Home » » Cara Menaiki Bas Express Dari Menumbok Ke Keningau

Cara Menaiki Bas Express Dari Menumbok Ke Keningau

Saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana caranya untuk menaiki bas dari Menumbok ke Keningau Sabah berdasarkan pengalaman sendiri  menaiki bas Tung Ma Nui Luk Express.

Mungkin artikel ini sedikit membantu anda bagi mengetahui jadual perjalanan bas ini dan sebagai panduan kerana sesetengah dari anda mungkin tidak pernah menaiki bas ke daerah Keningau melalui Menumbok, apabila anda mengetahui sebenar jadual perjalanan daripada syarikat bas berkenaan, tentunya anda tidak akan mengalami sebarang masalah bagi mendapatkan bas.

Pengalaman menaiki bas dari Menumbok ke Keningau
Baik, sebelum saya menerangkan jadual perjalanan bas tersebut, saya ingin menceritakan bagaimana saya pada mulanya tidak mengetahui bagaimana untuk menaiki bas ke Keningau.

Maklumlah saya selalu ke Keningau menggunakan kenderaan sendiri. Saya sebenarnya menetap di Labuan dan tentunya menjadi masalah apabila tidak mengetahui jadual bas perjalanan ini lebih-lebih lagi berlakunya hal-hal yang penting yang dan tidak berkesempatan membawa kenderaan sendiri disebabkan kehabisan tiket feri kenderaan.
Gambar Hiasan
Beberapa bulan lepas, saya ke Keningau kerana mempunyai hal penting, saya mengetahui terdapatnya pengangkutan bas dari Menumbok terus ke Keningau melalui rakan saya tetapi masalahnya kawan saya sendiri tidak mengetahui jadual perjalanan tersebut  dan mencadangkan saya untuk datang ke Menumbok bagi mendapatkan bas.

Menaiki feri Kenderaan dan penumpang
Dari Labuan saya menaiki feri kenderaan dan penumpang (Ro-Ro) ke Menumbok (anggaran jam 0800 pagi) tanpa membawa kenderaan sendiri disebabkan kehabisan tiket kereta. Saya pada mulanya ingin menaiki speed bot dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan tetapi membatalkan hasrat kerana cuaca yang kurang baik.

Menaiki feri kenderaan hanya dikenakan tambang RM2.50 sen bagi setiap perjalanan yang boleh diperolehi di Terminal Kaunter Tiket Feri Kenderaan dan Penumpang di Labuan.

Menaiki feri kenderaan dari Labuan ke Menumbok mengambil masa anggaran sejam lebih untuk sampai di terminal feri Menumbok. Feri yang saya naiki sampai di terminal Menumbok dalam anggaran 0945 pagi.

Saya segera ke perhentian bas yang berhampiran dan apa yang saya dapati bas Tung Ma  Express ke Keningau hampir penuh dengan penumpang yang ingin ke daerah Keningau.

Jadual Perjalanan dan cara beli tiket bas Keningau di Terminal bas Menumbok
Nasihat saya, jika anda ingin ke Keningau, beli terus tiket anda kerana dikhuatiri bas penuh dengan penumpang.

Anda boleh mendapatkan tiket yang berada berhampiran dengan gerai makan di terminal bas tersebut atau bertanya terus dengan kundaktor bas. Apa yang saya dapati jadual perjalanan bas dari Menumbok  ke Keningau & Keningau ke Menumbok adalah seperti berikut:-

  • Bas Tung Ma Nui Luk Express Menumbok ke Keningau= Jam 10.00 pagi & Jam 04.00 petang
  • Bas Tung Ma Nui Luk Express Keningau ke Menumbok= Jam 07.00 pagi & Jam 01.00 petang
  • Sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut mengenai jadual perjalanan ini atau risau terdapatnya perubahan jadual perjalanan, anda boleh menghubungi terus nombor telefon Kaunter Tiket Tung Ma di Keningau  di talian 088-264315.

Bas akan bergerak jam 10.00 pagi dan sekiranya bas tidak penuh dengan penumpang, bas akan singgah ke Pekan Beufort anggaran jam 11.00 pagi terlebih dahulu untuk mendapatkan penumpang ke Keningau dan seterusnya bas akan bergerak terus melalui jalan Kimanis dan dijangka sampai di pekan Keningau dalam anggaran jam 01.00 petang.

Apabila anda tiba di terminal bas Tung Ma Express di Keningau, penumpang telah ramai menunggu bas ini ke Pekan Beufort atau ke Menumbok kerana ingin ke Labuan.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.