Home » » Cara Memohon Kad Kredit Di Bank Malaysia

Cara Memohon Kad Kredit Di Bank Malaysia

Bagaimana cara memohon kad kredit? Dengan kad kredit anda boleh melakukan pembelian apa-apa barangan yang anda kehendaki di  kedai-kedai  yang terpilih tanpa melakukan bayaran melalui wang tunai. Walau begitu anda akan dikehendaki melakukan bayaran semula penggunaan kad kredit dalam tempoh 25-30 hari kepada pihak bank.

Jika anda gagal melakukan bayaran, anda akan dikenakan faedah diatas apa yang anda pinjam kepada pihak bank.  Artikel ini memberi gambaran awal apakah persedian-persedian yang  perlu anda sediakan sebelum memohon kad kredit di mana-mana bank di Malaysia.

Dokumen Persediaan Sebelum Memohon Kad Kredit
Sebelum anda ingin memohon kad kredit di mana-mana bank, tentunya anda tertanya-tanya apakah persediaan yang perlu disediakan sebelum datang di bank ini. Pada kebiasaanya syarat yang ditetapkan oleh pihak bank adalah, anda haruslah memiliki pendapatan yang tetap, memiliki slip gaji, bekerja di sektor swasta atau kerajaan dan tidak dibebani oleh hutang yang melebihi dari kemampuan anda dan juga tidak bankrap@muflis. Berikut adalah syarat asas yang perlu disediakan sebelum memohon kad kredit:-
  • Slip gaji 3 bulan (Pendapatan melebihi RM2,000 sebulan)
  • Copy kad pengenalan
Apabila syarat diatas memenuhi kriteria  diri anda dan anda telah menyediakan dokumen yang perlukan, anda boleh ke mana-mana bank bagi memohon kad kredit tetapi pastikan anda memilih bank yang mempunyai intrest atau faedah yang rendah. Bagi memudahkan anda, anda boleh mengunjungi web ringgitplus.com untuk melihat perbandingan secara online, bank apakah yang menawarkan faedah kad kredit yang rendah.
Gambar hiasan
Apabila anda telah menentukan bank bagi memohon kad kredit, pergi ke kaunter khidmat pelanggan bagi bank tersebut dan selalunya anda terpaksa mendapatkan nombor giliran terlebih dahulu dan sekiranya giliran anda telah sampai, pergi ke kaunter tersebut dan serahkan dokumen yang diperlukan. Dalam proses tersebut mereka akan menilai semula pendapatan sebenar anda, komitmen kewangan anda seperti sewa rumah, kenderaan, bil air, dan hutang-hutang yang lain. Sekiranya tapisan awal ini memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak bank, anda akan dikehendaki mengisi borang permohonan kad kredit.

Apabila anda selesai melakukan permohonan kad kredit, pihak bank akan menghantar permohonan anda ke pusat bahagian kad kredit dan mereka akan memproses permohonan anda dalam beberapa minggu. Dalam proses tersebut pusat kad kredit bagi bank tersebut akan menilai semula pendapatan sebenar anda dan adakalanya mereka akan menghubungi keluarga terdekat anda dan juga pejabat tempat anda bekerja bagi memastikan anda benar-benar bekerja di tempat yang anda nyatakan di dalam borang permohonan serta adakah benar gaji anda seperti yang tertera di dalam slip gaji.

Sekiranya permohonan anda diluluskan, pihak bank akan menghubungi  anda semula dan akan menghantar kad kredit  di alamat kediaman anda. Apabila anda telah menerima kad kredit tersebut anda perlu mengaktifkan terlebih dahulu kad kredit dan barulah kad itu boleh digunakan. Cara untuk mengaktifkan kad kredit bergantung kepada ketentuan bank masing-masing kerana prosuder mereka tidak sama. Terdapat bank yang menghantar kad kredit kepada pelanggan berserta nombor pin pengaktifan dan terdapat juga bank yang akan menghantar kad kredit tanpa nombor pin pengaktifan. Sekiranya pelanggan menerima kad kredit tersebut, pelanggan harus menghubungi pihak bank bagi menghantar nombor pin pengaktifan.

Menggunakan kad kredit mempunyai kebaikan serta keburukan masing-masing, anda harus mengawal sepenuhnya penggunaan kad kredit anda kerana sekiranya penggunaan tanpa kawalan, anda akan dibebani hutang serta bayaran faedah yang tinggi dari pihak bank. Tips paling penting dalam penggunaan yang berhemah, gunakan kad kredit terhadap hal-hal yang penting sahaja misalnya untuk mengisi minyak kereta, barang-barang keperluan di pasar raya, tiket penerbangan dan hal-hal kecemasan.

Pastikan  apabila anda telah menggunakan kad kredit anda, pastikan anda memiliki disiplin yang tinggi dengan  melakukan bayaran semula  penggunak kad kredit tersebut kepada pihak bank di mesin ATM, kaunter bank atau bayaran secara online. Jika anda pada masa itu mengalami masalah pembayaran semula kad kredit, sekurang-kurangnya anda melakukan bayaran minima kad kredit tersebut tanpa menangguhkan  bayaran kerana faedah bagi kad kredit adalah tinggi. Anda juga tidak digalakkan melakukan pengeluaran wang tunai bagi kad kredit anda kerana setiap pengeluaran wang akan dikenakan faedah yang amat tinggi.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.