Home » » Benarkah Cicak Tokek Berbisa

Benarkah Cicak Tokek Berbisa

Artikel ini memberi penerangan mengenai benarkah cicak tokek berbisa berdasarkan teori-teori asas mengenai binatang liar ini. Mungkin anda harus merujuk sepenuhnya kepada pihak hidupan liar ataupun doktor jika anda ingin mengetahui secara lebih lanjut mengenai haiwan liar ini. Cicak tokek atau dikenali oleh sesetengat tempat sebagai cicak Pokey ataupun Tokey.

Dalam bahasa inggeris cicak ini dikenali sebagai gecko lizard dan tidak dinafikan cicak ini amat digemari oleh masyarakat barat sebagai haiwan peliharaan mereka dan bagi masyarakat asia tenggara, cicak ini amat popular beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan sesetengah individu mengatakan haiwan ini memiliki harga yang amat mahal kerana ia dikatakan mampu mengubat beberapa penyakit yang merbahaya.

Pendapat-pendapat mengenai cicak Tokek
Sesetengah masyarakat di asia tenggara terutama Malaysia mengatakan haiwan ini mempunyai bisa yang setanding dengan ular tedung?

Benarkah begitu? Sukar untuk mengetahui adakah haiwan ini berbisa atau sebaliknya kerana belum ada kajian lebih mendalam tentang itu tetapi menurut kepercayaan orang tua-itua di Malaysia, pada zaman dahulu kononnya seekor cicak tokek yang berukuran yang besar telah bertembung dengan seekor ular tedung dan terjadilah perkelahian diantara kedua-dua haiwan ini. Diakhir perkelahian ini, dikatakan ular tedung telah mati akibat bisa gigitan cicak tokek.
Credit: geckotime
Akibat cerita mitos ini, ramai diantara masyarakat takut untuk menyentuh binatang ini walaupun sesetengah dari mereka berani untuk menangkap haiwan ini tetapi mereka masih tidak berani memegang dengan menggunakan tangan. Baik jika anda melihat video-video di Youtube di Negara barat, haiwan ini dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan dijadikan sebagai haiwan mainan mereka sehari-hari hinggakan ada diantara mereka bertindak memeluk binatang ini.

Cicak Tokek dianggap tidak merbahaya di Barat
Persoalannya, kenapa haiwan ini dianggap tidak berbisa di Negara barat? Di Malaysia pula dianggap sebagai haiwan yang berbisa. Jika kita melihat kajian-kajian menerusi carian di internet masih terdapat beberapa jenis cicak yang berbisa tetapi bukannya cicak tokek tetapi agak menyerupai cicak Tokek misalnya Gila Monster yang mana haiwan ini dianggap sebagai berbisa tetapi masih tidak merbahaya kepada manusia. Gila Monster adalah sejenis cicak yang hanya ditemui di  barat daya Amerika Syarikat dan Mexico.

Terdapat cicak yang digelar sebagai Beaded lizard yang hanya ditemui di Mexico dan sempadan Guatemala dimana cicak ini juga agak menyerupai dengan cicak tokek tetapi masih belum terdapat kes manusia yang dicederakan oleh cicak jenis ini. Jika anda melihat video yang di upload di Youtube dari negara Thailand yang mana cicak tokek telah bertembung dengan seekor ular hijau yang tidak  berbisa menunjukkan kesudahan cicak Tokek telah dimakan hidup-hidup oleh haiwan ini. Video tersebut telah menyangkal bahawa haiwan ini memiliki bisa berdasarkan apa yang berlaku menerusi video tersebut.

Jika anda melihat gigi pada cicak Tokek, ia hanyalah gigi yang kelihatan halus dan jika ia mengigit manusia, mungkin hanya terdapat sedikit kecederaan yang tidak serius bagi manusia dewasa. Mengikut rekod di Malaysia, masih belum terdapat mana-mana kes yang mengakibatkan kecederaan serius melibatkan haiwan ini apatah lagi melibatkan kematian. Walau begitu, gigitan cicak ini mungkin agak merbahaya bagi kanak-kanak kerana ia adalah cicak yang berukuran yang besar. Selain itu dikhuatiri gigitan cicak ini mengandungi bakteria yag memungkinkan jangkitan yang lebih serius.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.