Home » » Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu?

Beli Kereta Tanpa Lesen Memandu?

Bagaimana cara beli kereta tanpa lesen memandu? Pertanyaan ini sering ditanya oleh kebanyakan individu yang masih belum memiliki lesen kereta tetapi pada yang sama mereka ini sebenarnya telah mahir memandu kereta.

Penulis faham mengapa anda masih gagal untuk mendapatkan lesen memandu kerana anda merasakan prosuder yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen agak merumitkan anda ditambahi dengan masa anda yang terhad untuk mengikuti kelas-kelas memandu yang wajib anda hadirkan diri.

Dalam prosuder yang ada di Malaysia, membeli kereta tanpa lesen agak sukar untuk dilaksanakan kerana prosuder pihak bank mewajibkan mana-mana individu yang melakukan loan atau pinjaman kereta mesti memiliki lesen memandu.

Kenapa pihak bank mewajibkan lesen memandu? Sebagai pengetahuan anda, pihak bank sebenarnya harus memastikan peminjam-peminjam sewa beli kenderaan dengan mereka mesti memiliki lesen memandu bagi menjamin mereka tidak akan mengalami kerugian sekiranya terjadi kemalangan.
Semasa anda membeli kereta baru  atau kereta terpakai, lesen memandu adalah perkara yang paling penting sebagai syarat wajib. Sekiranya anda tidak memiliki lesen, sudah tentunya permohonan anda untuk membeli kereta tidak akan diluluskan oleh pihak bank.

Jika anda benar-benar ingin membeli kereta tanpa lesen, anda masih boleh melakukannya dengan cara membeli kereta tersebut dengan secara cash atau tunai dengan melakukan bayaran keseluruhan harga kereta tanpa hutang lagi. Tetapi yang akan menjadi masalahnya apabila anda ingin melakukan pembelian insuran keatas kereta anda dan pada masa yang sama, kereta yang anda telah beli sukar untuk melakukan proses tukar nama pada geran.

Walaupun sesetengah ejen mengatakan mereka boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini, perkara yang akan menjadi masalah nanti apabila sekiranya anda akan melakukan tuntutan insuran misalnya, tuntutan insuran kemalangan. Pihak insuran mempunyai hak menolak tuntutan anda kerana anda tidak memiliki lesen memandu.

Pendek kata, dalam hal ini membeli kereta tanpa lesen bukan sahaja anda akan mengalami masalah yang akan datang tetapi prosuder yang ada di dalam Malaysia mewajibkan mana-mana individu yang ingin membeli kereta mesti memiliki lesen memandu. Untuk membeli kereta tanpa sebarang masalah, berusahalah untuk mendapatkan lesen memandu terlebih dahulu dengan mengikuti kelas-kelas memandu di mana-mana sekolah memandu.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.