Home » » Apa Maknanya Mimpi Babi?

Apa Maknanya Mimpi Babi?

Jika anda meneliti astrolog bagi kaum Cina, babi melambangkan kasih sayang, ataupun mewakili cinta serta mengenai impian di dalam kehidupan anda selepas anda mimpi babi.

Beberapa unsur negatif misalnya kerakusan serta keegoan harus dipertimbangkan kerana haiwan ini mewakili unsur-unsur ini.

Walau begitu makna sebenar mimpi anda bergantung kepada situasi dan keadaan bagaimana anda bermimpi haiwan ini. Baik mari kita jelaskan kemungkinan-kemungkinan mengenai  maksud mimpi anda.

Tafsir mengenai mimpi babi
Dikatakan jika anda bermimpi babi, ia sebenarnya tidak mewakili simbol negatif sepenuhnya terhadap mimpi anda. Apabila anda melihat babi yang gemuk serta lemak yang berlebihan, ia melambangkan symbol kepada kekayaan, harta atau mengenai rezeki  anda di masa yang akan datang.
Bagi kaum petani, bermimpi lemak babi yang berlebihan disifatkan sebagai rezeki pertanian yang bertambah baik atau memperolehi keuntungan yang besar hasil dari jualan pertaniaan nya pada bulan-bulan jangkaan pengeluaran hasil tani.

Sekiranya anda melihat babi dalam keadaan yang kotor ia akan melambangkan kawan rapat anda telah menuduh anda secara serius mengenai hal-hal yang berlaku di sekitar anda misalnya dalam pergaulan sehari-hari atau hal mengenai di tempat kerja.

Tafsiran berbeza pula apabila anda bermimpi melihat babi dalam keadaan  gembira dan bergolek-golek di kawasan tanah. Ia dikatakan memberi makna bahawa terdapatnya kahbar gembira dan penting yang berlaku di dalam kehidupan anda.

Apabila anda melihat di dalam mimpi anda seekor babi yang telah terperangkap serta dalam kesusahan, dikatakan mungkin terdapatnya beberapa unsur-unsur negative di dalam persekitaran kehidupan anda misalnya kemungkinan beberapa rakan anda akan menyakiti hati anda.

Beberapa kepercayaan yang harus anda pertimbangkan dan agak karut, dikatakan bermimpi babi dalam kesusahan akan  mengakibatkan kehilangan perniagaan atau nasib yang tidak baik di dalam bisnes anda.

Mimpi babi juga menggambarkan mengenai impian di dalam kehidupan anda untuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu walaupun terdapatnya rasa bersalah terhadap orang lain semasa mencapai matlamat tersebut kerana terdapatnya unsur khianat.

Anda harus menilai semula impian-impian anda yang berkait rapat dengan orang-orang di sekeliling kerana ia boleh membuatkan membahayakan diri anda dan juga orang-orang di sekitar diri anda.

Sekiranya anda bermimpi anda tinggal di sebuah rumah dan di sekitar anda terdapatnya kandang bagi haiwan peliharaan  anda dan termasuklah haiwan babi dan didalam mimpi anda telah didatangi oleh seorang lelaki lalu menyakiti haiwan-haiwan peliharaan anda dan anda sendiri telah mendengar raungan-raungan kesakitan haiwan-haiwan peliharaan anda serta pada masa yang sama anda terjaga dari tidur, ia menggambarkan kesusahan hidup anda di masa akan datang.

Jika anda seorang wanita bermimpi hal seperti ini, kemungkinan terdapatnya masalah di dalam rumah tanggan anda. Jika anda masih belum berkhawin dan bermimpi seperti situasi ini, dinasihatkan  anda untuk berhati-hati ketika memilih pasangan kerana mungkin pasangan anda memiliki sifat yang tidak baik serta mementingkan diri.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.