Home » » 3 Sebab Kenapa Artis Menyukai Aplikasi Instragam

3 Sebab Kenapa Artis Menyukai Aplikasi Instragam

Aplikasi Instagram adalah antara aplikasi laman sosial yang amat popular sekali di dunia. Dianggarkan berjuta-jura orang dari seluruh dunia  menggunakan aplikasi ini sebagai medan perkongsian mengenai hal-hal peribadi, photo-photo, dan video berdurasi pendek.

Di Malaysia sahaja, menurut ranking alexa.com pada tahun 2016, laman sosial ini berada di rangking ke 19 web yang paling kerap dilawati oleh rakyat di Negara. Ini menjadikan ia salah satu medan bagi artis Malaysia untuk membolehkan rakyat di Negara ini mengikuti perkembangan-perkembangan semasa mereka.

3 sebab kenapa artis menyukai aplikasi Instagram
Baik berikut beberapa sebab kenapa artis di Negara ini menjadikan aplikasi ini sebagai medan utama mereka untuk  mengumpulkan peminat mereka.

Dengan aplikasi ini artis amat dekat dengan peminat
Aplikasi in membolehkan peminat  mengetahui kehidupan artis secara live atau amat dekat dengan kehidupan artis tersebut. Kerana hal ini lah artis amat menyukai aplikasi ini kerana ia boleh berkongsi dengan apa sahaja kepada peminatnya dengan secara live melalui telefon pintar. Contohnya anda meminati seorang artis dari barat seperti Britney Spears, anda taip sahaja nama artis tersebut dan klik button follow.
Setakat artikel ini ditulis, Britney Spear telah mempunyai follower  dari seluruh dunia sebanyak  8.3 million. Sekiranya anda ingin mengikuti perkembangan artis tersohor dalam Negara seperti  Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, anda hanya taip CTDK. Setakat ini, Siti Nurhaliza telah mempunyai pengikut Instagram sebanyak  2.6 million.

Video berdurasi  pendek amat mudah diupload
Bukan hanya photo  sahaja boleh di upload di dalam aplikasi ini tetapi video berdurasi pendek juga boleh diupload dengan secara mudah. Kebanyakan artis-artis amat suka mengupload video-video pendek yang diposkan ke dalam laman Instagram milik mereka untuk dipertontonkan secara langsung kepada follower mereka. Feed back dari peminat amat menggalakkan  menyebabkan adanya pertalian yang dekat diantara peminat dengan artis kesayangan mereka.

Senang mendapat follower
Dengan Instagram, artis dengan mudah memperolehi pengikut dengan amat mudah sekali serta peminat hanya perlu menekan button follow, ini secara tidak langsung mereka dengan mudahnya akan mengetahui perkembangan-perkembangan dari artis mereka sayangi dengan melalui telefon pintar sahaja.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.