Home » » 10 Sebab Kenapa Anda Mesti Tinggal Di Kampung Air Kota Kinabalu

10 Sebab Kenapa Anda Mesti Tinggal Di Kampung Air Kota Kinabalu

Dimanakah lokasi Kampung Air di Kota Kinabalu? Mungkin bagi anda yang belum pernah sampai di tempat ini, anda berfikir, kampung air ini adalah satu perkampungan tradisional yang berada berhampiran dengan  bandaraya ini.

Anda jangan silap, Kampung Air di KK, hanya sebagai gelaran kampung tetapi, tempat ini adalah kawasan bandaraya yang dipenuhi dengan hotel-hotel tumpuan orang ramai dan satu tempat yang strategik sebagai persinggahan semasa anda berada di Kota Kinabalu.

Baik, Berikut adalah bebarapa sebab, kenapa anda perlu menginap di kawasan ini.

1. Kampung Air dipenuhi oleh hotel murah
Apabila anda sampai di Kampung Air, kawasan ini dipenuhi oleh banyak hotel yang murah tetapi selesa diduduki. Antara hotel yang ada di kawasan ini adalah Hotel Traveller, Hotel Kinabalu, Hotel Asia City, Winner Hotel, dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan penginapan di kawasan ini dengan harga yang amat murah dari harga RM 60 hingga RM 200 semalam.

2. Perkhidmatan teksi yang mudah
Berhampiran dengan hotel-hotel di kawasan ini terdapat banyak perkhidmatan teksi yang beroperasi sehingga lewat malam. Bagi anda yang datang di Kota Kinabalu tanpa menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh memilih perkhidmatan mereka untuk bergerak di lokasi-lokasi yang anda tujui di sekitar bandar raya ini.
Kawasan Kg Air Kota Kinabalu
Sumber foto: Google s/view
3. Pengangkutan bas yang banyak
Kawasan Kampung Air juga amat mudah untuk mendapatkan perkhidmatan bas. Misalnya jika anda ke Keningau, Sepitang, Beaufort, Sepitang, Lawas, Labuan dan daerah-daerah lain di sekitar negeri Sabah, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bas yang terletak berhampiran dengan Kg Air. Anda boleh bertanya dengan orang ramai lokasi terminal bas ini. Jika anda menginap hotel di kawasan Kg Air ini, hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai di terminal bas yang berhadapan dengan Makamah Tinggi Sabah.

4. Kawasan pasar malam
Pada waktu malam, terdapat pasar malam yang dibuka di kawasan ini bermula jam 0700 petang hingga 1200 malam. Pasar malam ini menjual pakaian-pakaian bundle, pakaian baru, mutiara Sabah, dan bermacam-macam lagi. Pasar malam ini wajib perlu anda kunjungi untuk melihat-lihat sekiranya terdapat barangan untuk dijadikan sebagai keperluan diri sendiri atau buah tangan untuk keluarga atau kawan-kawan anda.

5. Berhampiran dengan shopping kompleks
Sebagai pengetahuan anda, kawasan Kg Air berhampiran dengan pusat membeli-belah atau shopping Kompleks seperti Center Point, Segama, Wawasan Plaza, Wisma Merdeka, Suria Sabah dan banyak lagi. Anda boleh berjalan kaki untuk sampai ke kawasan membeli-belah ini kerana lokasi yang amat dekat dengan kawasan Kg Air, walau begitu sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan teksi, ia adalah pilihan anda sendiri.

6. Berhampiran dengan panggung wayang
Lokasi Kg Air juga berhampiran dengan panggung wayang yang terkenal di Kota Kinabalu seperti Growball Cinemax yang berada di pusat shopping Kompleks Centre Point dan GSC Cinemas yang berada di pusat shopping Kompleks Suria Sabah Shopping Mall.

7. Berhampiran dengan pasar kraftangan Sabah
Menginap hotel-hotel di kawasan Kg Air memudahkan anda untuk membeli-belah kraftangan yang unik di negeri ini. Lokasi pasar kraftangan tidak jauh dengan lokasi Kg Air dimana anda boleh sampai di tempat ini dengan hanya berjalan kaki. Pasar Kraftangan ini amat popular sekali di negeri hinggakan menjadi tumpuan bagi pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa untuk membeli kraftangan buatan tangan penduduk tempatan negeri Sabah dan juga mutiara Sabah yang amat diminati oleh pelancong. Pasar Kraftangan ini juga digelar sebagai Pasar Philippine oleh penduduk tempatan.

8. Kemudahan bank-bank dan mesin ATM
Kawasan Kg Air juga mempunyai kemudahan bank untuk memudahkan orang ramai untuk mendapatkan wang di kawasan ini. Bank dan ATM yang paling dekat adalah seperti bank Maybank, Cimb Bank dan bank BSN berhampiran dengan kawasan Sinsuran, Cimb Bank dan  yang berada di kawasan Shopping Kompleks Center Point adalah mesin ATM Am Bank dan juga Publik Bank.

9. Kemudahan restoran yang banyak
Sekiranya anda risau untuk mendapatkan makanan di kawasan Kg Air, jagan risau terdapat banyak restoran di kawasan ini seperti kedai-kedai makan Cina, Kedai Mamak, Kedai Makan Melayu, makanan segera seperti Mc Donald, KFC dan restoran medan selera yang berada di pusat membeli belah Center Point.

10. Pasar Minggu Jalan Gaya Street
Jika anda menginap di Kg Air pada hujung minggu, jangan lupa untuk mengunjungi pasar minggu di kawasan jalan Gaya Street. Anda boleh datang seawal jam 0800 pagi di kawasan ini dimana pasar minggu ini menjadi tumpuan ramai orang kerana terdapat bermacam-macam barangan dijual seperti sayur-sayuran, daging ayam, daging lembu, ikan, keperluan barangan rumah, binatang-binatang peliharaan seperti kucing, ikan laga, kraftangan, pakaian, dan bermacam-macam lagi, menjadikan pasar minggu ini tumpuan penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa.

Sekiranya anda berasal dari negeri-negeri Semananjung atau Sarawak, mungkin artikel ini serba sedikit boleh membantu anda. Sebagai tips anda semasa anda berada di Kota Kinabalu, anda dicadangkan untuk menggunakan perkhidmatan google map Street View bagi memudahkan perjalanan anda. Baca juga artikel Buah Tangan Menarik Wajib Dibeli Semasa Melancong Di KotaKinabalu.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.