Home » » Tips Dapat Jawatan Kosong Terkini Swasta

Tips Dapat Jawatan Kosong Terkini Swasta

Bagaimana mendapatkan jawatan kosong terkini di sektor swasta? Tentunya selepas anda menghabiskan pengajian anda tidak kira di peringkat sekolah menengah, kolej ataupun pengajian tinggi anda mesti berkira-kira untuk mendapatkan pekerjaan dengan segera.

Pekerjaan yang memerlukan banyak  jawatan kosong dengan segera kebanyakannya pekerjaan dari sektor swasta. Walau begitu pada zaman sekarang, terdapatnya banyak persaingan untuk mendapatkan pekerjaan hinggakan anda mesti memasang strategi yang betul agar anda mampu bersaing dengan individu-individu yang turut sama mencari pekerjaan seperti anda.

Strategi dan persediaan untuk memperolehi jawatan kosong yang terkini di sektor swasta
Tahukah anda, setiap hari di negara Malaysia sahaja, terdapat beribu-ribu orang yang mencari pekerjaan di kawasan kilang-kilang, supermarket, bahagian cari gali, perkapalan, dan banyak lagi. Hanya satu tujuan sahaja, mereka memerlukan wang untuk menyara hidup sama seperti anda. Untuk bersaing dengan individu yang mencari pekerjaan, berikut adalah tips dan persediaan yang mungkin berguna kepada anda sebelum datang ke tempat yang menawarkan jawatan kosong.

Ubah penampilan diri anda
Jika sebelum ini anda mempunyai gaya yang agak rock, rambut yang mengikuti gaya-gaya artis barat, ubalah gaya rambut kepada rambut yang kelihatan lebih kemas. Jika anda mewarnakan rambut anda dengan warna perang, hitamkan semula kerana penampilan rambut yang kemas banyak membantu anda semasa dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Setiap majikan memiliki etika kod pemilihan individu yang bekerja di syrikat mereka termasuklah rambut anda.

Bagi kaum lelaki, jika anda memiliki subang di telinga, buka lah subang tersebut, rantai-rantai di leher dan rantai-rantai perhiasan di tangan kerana sesetengah majikan tidak menyukai anda berpewatakan seperti itu dan mereka menganggap anda seperti samseng. Bagi kaum wanita pula, belajar lah menjadikan rambut anda kelihatan kemas. Bagi kaum wanita muslim, pemilihan tudung yang sesuai harus diberi perhatian.

Pilih pakaian-pakaian yang sesuai
Sebagai persediaan anda untuk datang temuduga, anda tidak rugi untuk mengeluarkan sedikit wang untuk memilih pakaian-pakaian yang sesuai bagi tujuan temuduga untuk mendapatkan kekosongan jawatan. Untuk kaum lelaki, memilih pakaian seperti kemeja berlengan panjang, seluar slack dan juga kasut hitam amat sesuai untuk pakaian temuduga. Bagi pekerjaan yang lebih profesional seperti jawatan sebagai manager , pengurus, atau pekerjaan profesional lainnya, pemilihan pakaian kot dan tali leher mungkin sesuatu idea yang baik.

Bagi wanita, pemilihan pakaian yang lebih kemas dan sopan perlu diambil kira kerana pakaian yang sopan adalah kreteria yang amat diberi perhatian bagi kebanyakan majikan untuk memilih calon pekerja bagi syarikat mereka.

Dokumen, pen dan sijil-sijil yang berkaitan
Sediakan awal dokumen-dokumen, pen untuk menulis dan sijil-sijil yang berkaitan seperti kelayakan-kelayakan anda, sijil mengenai kemahiran jika ada, salinan-salinan sijil yang berkaitan, gambar berukuran passport dan yang paling penting sekali adalah resume anda. Resume adalah satu profile ringkas mengenai diri anda, pengajian, kemahiran, dan pengalaman dalam kerjaya. Setiap resume anda perlu dibuat sebaik mungkin. Anda boleh merujuk di mana-mana internet atau kawan-kawan untuk membuat resume anda.

Iklan kekosongan jawatan di sektor swasta
Jika anda telah melakukan segala persediaan seperti yang dinyatakan diatas, strategi seterusnya adalah melihat iklan-iklan yang ditawarkan di mana-mana akhbar popular di Malaysia seperti Berita Harian, Utusan, Sinar Harian dan banyak lagi. Selain itu anda boleh melihat melalui web Jobstreet.com, jobsmalaysia.gov.my, mudah.com.my atau datang sendiri ke mana-mana kilang industri, supermarket, pejabat-pejabat syarikat-syarikat swasta, hotel kerana sesetengah mereka memerlukan pekerja tetapi masih belum mewar-warkan kekosongan jawatan tersebut ke dalam surat khabar ataupun internet.

Bagi kekosongan jawatan yang ditawarkan di surat khabar, anda perlu cepat untuk bertindak dengan sampai awal di tempat  syarikat yang menawarkan jawatan tersebut kerana tentunya ramai individu yang sama seperti anda menginginkan pekerjaan tersebut. Sesetengah majikan, apabila mereka menemukan calon yang sesuai bagi jawatan yang ditawarkan, iklan jawatan tersebut akan serta merta akan terbatal dan tidak lagi menerima temuduga dari calon-calon yang lewat.

Kemudahan kereta atau sekurang-kurangnya anda mempunyai motosikal untuk bersaing dengan individu lain untuk mendapatkan jawatan-jawatan yang ditawarkan di dalam surat khabar dengan sampai awal di tempat syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan. Jika anda tidak mempunyai kenderaan, ia tentunya agak bermasalah kepada diri anda dengan bersaing dengan orang lain yang akan sampai lebih awal dengan anda.

Walau begitu jika terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi, mungkin anda boleh bergerak seawal mungkin untuk sampai di tempat yang menawarkan pekerjaan.  Pastikan juga kawasan yang menawarkan pekerjaan itu  mudah untuk mendapatkan bas kerana sekiranya anda diterima untuk berkerja anda tidak mempunyai masalah untuk ke tempat kerja kerana adanya perkhidmatan bas.
Berjaya temuduga kerja
Gambar Hiasan
Tips untuk berjaya temuduga
Sebelum anda menginginkan tawaran kekosongan jawatan yang ditawarkan, anda mesti tahu mengenai pekerjaan yang ditawarkan, misalnya mengenai jawatan kerani pejabat (admin clerk), asas-asas utama pekerjaan ini adalah pengetahuan mengenai computer, asas-asas Microsoft exel, word, power point, tahu menggunakan printer dan sebagainya. Jika anda tidak mengetahui apa-apa tentang asas-asas ini, bagaimana anda  berjaya dalam tawaran pekerjaan ini?

Tips yang paling mudah, walau apa pun kemahiran anda, pililah jawatan yang menawarkan kekosongan jawatan sesuai mengikut kemahiran anda atau sesuai mengikut kelayakan yang anda ada. Semasa proses temuduga dilakukan, perkara yang paling penting jawaplah dengan yakin setiap soalan yang disoal oleh penemuduga kepada anda. Jika anda tidak tahu soalan yang ditanya kepada anda, jawablah dengan jujur, sekiranya anda tidak mengetahui mengenai soalan tersebut, kerana  majikan akan menyukai jawapan yang jujur.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.