Home » » Tips Berniaga Mee Goreng Di Pasar Malam

Tips Berniaga Mee Goreng Di Pasar Malam

Bagaimana caranya berniaga mee goreng di pasar malam? Tentunya anda yang membaca artikel ini berhasrat untuk berniaga di pasar malam tetapi kekurangan idea yang bernas bagi memulakan perniagaan.

Penulis cuba memberikan idea-idea yang boleh diguna pakai sebagai persediaan anda dan idea ini sebenarnya berdasarkan kajian keatas peniaga-peniaga yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan mee goreng di pasar malam.

Untuk memulakan perniagaan ini, anda mesti memohon permit untuk menjaja dan tapak khas yang mana anda boleh perolehi di mana-mana majlis perbandaran atau majlis daerah berhampiran dengan tempat tinggal anda kerana tanpa permit dan tapak yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, gerai anda berisiko untuk disita oleh penguatkuasa.

Baik apabila anda telah menguruskan permit atau lesen untuk berniaga di pasar malam, apa yang anda perlu sediakan adalah mengenai barang-barang atau peralatan untuk berniaga. Berikut adalah senarai penting yang perlu anda sediakan sebelum memulakan perniagaan anda.
Pasar Malam
Gambar Hiasan
Peralatan penting berniaga mee goreng di pasar malam

Kanopi
Sesetengah kerajaan tempatan menghendaki anda membeli kanopi pasang siap dari mereka misalnya majlis perbandaran kuantan telah mengarahkan peniaga-peniaga pasar malam dan pasar minggu untuk membeli kanopi dari mereka untuk keseragaman. Walau begitu tidak semua negeri atau daerah menghendaki  para peniaga berbuat demikian. Membeli kanopi atau khemah untuk perniagaan di pasar malam amat penting bagi mengelakkan anda dari hujan apabila berlakunya cuaca yang tidak baik.

Genarator/ genset/ enjin penjana kuasa
Sebagai permulaan anda boleh membeli ‘genarator’ kecil untuk memberikan lampu di kanopi anda untuk menerangi  aktiviti memasak mee goreng. Selain itu wayar, soket dan lampu elektrik perlu dibeli bersama-sama untuk kelengkapan-kelengkapan ini.

Kuali periuk kawah dan periuk belanga
Jika anda benar-benar serius untuk memulakan perniagaan mee goreng di pasar malam, sekurang-kurangnya sebiji kuali periuk kawah dan periuk belanga  perlu disediakan untuk digunakan memasak dan tempat untuk menyimpan  mee goreng yang telah dimasak sebelum dimasukkan ke dalam bekas untuk menyimpan mee goreng untuk pelanggan.  Sudu berukuran besar, garpu perlu disediakan untuk ketegori kelengkapan ini.

Meja lipat
Sediakan meja lipat yang sesuai dengan ukuran tapak anda berniaga di pasar malam. Mungkin anda pelu menyediakan dua hingga tiga meja lipat yang kukuh.

Tong gas dan gas stand untuk dapur gas outdoor
Sediakan sekurang-kurangnya satu atau dua biji gas untuk persediaan untuk memasak. Selain itu, penyediaan kaki gas atau gas stand untuk dapur gas outdoor amat sesuai untuk digunakan untuk perniagaan mee goreng di pasar malam kerana bukan sahaja memudahkan anda memasak tetapi keselesaan anda semasa memasak untuk pelanggan-pelanggan anda.

Kereta, van atau pickup
Kenderaan amat penting bagi memulakan perniagaan pasar malam dan sebagai tempat untuk membawa dan menyimpan peralatan perniagaan pasar malam. Van atau pickup amat sesuai untuk perniagaan mee goreng anda kerana mampu memuatkan peralatan-peralatan perniagaan anda tanpa sebarang masalah mengenai ruang yang sempit.

Kelengkapan Menu mee goreng
Apabila anda benar-benar ingin memulakan perniagaan mee goreng di pasar malam, suda tentunya anda mempunyai kepakaran untuk memasak menu ini. Plenyediaan kelengkapan ini adalah seperti  mee kuning buatan tempatan, bawang putih dan bawang merah, telur, daging ayam atau daging lembu, minyak masakan, sayuran hijau, kicap manis, kicap masin, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, garam dan ajinomoto. Ini adalah persediaan asas dan tentunya anda mempunyai menu yang tersendiri untuk perniagaan ini.

Bekas polistrin, bekas plastik, kertas pembukus makanan dan sudu plastik
Anda boleh memilih pembukus mee goreng untuk pelanggan anda sama ada bekas polistrin, bekas plastik atau kertas pembukus makanan untuk pelanggan anda. Sudu plastik juga perlu disediakan bagi melengkapi bungkusan makanan untuk pelanggan.

Strategi menjual mee goreng di pasar malam
Pasar malam adalah tumpuan ramai orang pada waktu malam, ramai peniaga pasar malam mengelarkan pasar malam adalah sebagai lubuk duit. Baik, strategi untuk menjual mee goreng anda adalah seperti ini, sediakan awal segala bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak agar mudah anda mengendalikan sewaktu memasak.

Masak menu mee goreng dalam jumlah tertentu dan masukkan ke dalam bekas polistrin untuk pelanggan yang memerlukan dengan cepat. Apabila pelanggan semakin ramai memenuhi pasar malam, mulakan strategi dengan memasak menu mee goreng anda dan pastikan anda memasak berdekatan dengan laluan pelanggan dengan menggunakan gas stand untuk dapur gas outdoor.
Apabila orang ramai yang lalu lalang melihat anda memasak dengan menggunakan kuali kawah ditambahi dengan bau yang membuatkan mereka lapar, orang ramai akan berpusu-pusu untuk mendapatkan mee goreng anda.

Untuk menarik pelanggan-pelanggan ini, kebersihan gerai, kebersihan diri, dan rahsia mee goreng yang sedap adalah senjata utama untuk menjadikan mee goreng anda popular dikalangan pelanggan anda. Untuk menjayakan misi ini, sekurang-kurangnya anda mempunyai dua hingga tiga pembantu untuk menguruskan perniagaan mee goreng di pasar malam. Selain itu penetapan harga bagi setiap bungkusan mee goreng juga mempengaruhi pelanggan anda, anda boleh mengenakkan setiap bungkusan mee goreng berharga RM4 ataupun sebaliknya tetapi pastikan harga yang anda tetapkan tidak terlalu mahal kerana anda mesti mengingati harga mee goreng dari pesaing anda yang mungkin mengenakan harga yang lebih murah dari jualan anda.

Perniagaan mee goreng andalah perniagaan yang amat menguntungkan jika anda melakukan strategi yang betul bagi menarik pelanggan di pasar malam. Selain itu, perniagaan ini agak mudah diuruskan kerana anda hanya tertumpu  pada satu menu sahaja. Setiap daerah mempunyai pasar malam yang beroperasi setiap hari. Anda harus  menggunakan  peluang ini dengan sebaik mungkin untuk mengaut keuntungan hasil perniagaan anda. Moga tips ini bermanfaat kepada anda dan semoga berjaya.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.