Home » » Tempat Menarik Di Kuantan Pahang Wajib Dikunjungi

Tempat Menarik Di Kuantan Pahang Wajib Dikunjungi

Negeri Pahang adalah negeri yang terbesar di Semananjung yang mana pusat pentadbiran utama bagi negeri ini bertempat di Kuantan Pahang.

Admin pernah menetap di Kuantan anggaran sepuluh tahun dan artikel ini adalah perkongsian tempat yang menarik di daerah Kuantan.

Melalui pengalaman admin sendiri, daerah ini mempunyai banyak tempat yang menarik yang wajib anda kunjungi sekiranya anda sampai di negeri ini. Baik tanpa membuang masa, berikut adalah tempat yang perlu anda kunjungi di daerah ini.

Gambang Water Park
Gambang Water Park adalah taman tema air yang menjadi pilihan utama untuk dikunjungi oleh kebanyakan pengunjung  yang datang di daerah ini.

Hampir setiap hari, taman tema ini dipenuhi oleh ramai orang terutamanya masyarakat dari negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan masyarakat Pahang sendiri serta kunjungan orang ramai dari negeri-negeri lain, walaupun taman tema ini tidak standing dengan taman tema Sunway Lagoon tetapi anda akan mengalami pengalaman yang cukup istemewa ketika berkunjung dan mandi bersama keluarga atau kawan-kawan di kawasan ini.

Air terjun sungai Pancing
Air terjun Sungai Pancing juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri kerana lokasi yang berhampiran dengan bandar Kuantan dan menjadi tumpuan orang ramai bersantai, berkelah dan mandi-manda bersama kawan-kawan ataupun keluarga.

Kawasan air terjun ini akan menjadi sesak dengan pengunjung terutama sekali pada hujung minggu. Jika anda berniat untuk berkelah di kawasan ini, dinasihatkan anda datang pada sebelah pagi kerana kesukaran untuk mendapatkan parking kereta yang berhampiran dengan air terjun.

Muzium Sungai Lembing
Jika anda dari bandar Kuantan dan berhasrat untuk berkunjung di kawasan muzium ini, anda akan mengambil masa anggaran kurang sejam untuk sampai ke lokasi.

Muzium ini adalah mengenai sejarah perlombongan biji timah kawasan sungai Lembing dan kawasan ini pernah menjadi salah satu bandar  yang  termaju satu ketika dahulu, sebagai pengetahuan anda, perlombongan biji timah di kawasan ini pada zaman dulu dikatakan yang kedua terbesar dunia yang mana pada asalnya diterokai oleh British.

Gua Charas
Jika anda mengunjungi Muzium Sungai Lembing, jangan lupa untuk berkunjung di gua Charas kerana gua ini adalah unik kerana terletak di atas bukit dan mempunyai keluasan yang amat luas apabila anda memasuki di dalam kawasan gua ini. Kawasan ini dijadikan sebagai temple bagi penganut agama Hindu dan pada yang sama ia juga dijadikan sebagai pelancongan. Jangan merasa hairan jika anda melihat upacara keagamaan diadakan di dalam gua ini.

Teluk Cempadak
Teluk Cempadak adalah kawasan pantai yang dikunjungi oleh ramai orang pada waktu petang dan waktu malam. Tarikan utama pantai ini adalah kawasan pantai yang cantik, lokasi geografi yang menarik, jualan-jualan kraftangan, adanya pertunjukan band jalanan, jualan-jualan barangan yang unik, adanya kedai KFC, McDonald, restoran seafood, puasat hiburan kelab malam dan hotel-hotel bertaraf biasa hinggalah hotel lima bintang. Kawasan ini adalah kawasan yang kecil tetapi amat sesak oleh pengunjung pada waktu malam.

Esplanade
Tempat ini adalah kawasan lepak bagi kebanyakan orang pada waktu petang dan pada waktu malam bagi melihat keindahan sungai Kuantan.  Lokasinya berada di Kawasan bandar berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, kawasan ini terdapatnya restoran, orang-orang berniaga di sepanjang sungai ini bagi memudahkan orang ramai untuk membeli belah. Selain itu anda juga boleh mencuba untuk menaiki bot River Cruise untuk melihat pemandangan di sepanjang sungai Kuantan dan dan berpeluang untuk melihat kerlipan Kunang-Kunang di kawasan sungai Soi.
Tulisan gergasi bertulis Kuantan yang dilihat dari Esplanade Sungai Kuantan
Taman Gelora
Kawasan ini adalah tempat untuk berjogging pada waktu petang, menikmati air kelapa dan goreng pisang di gerai-gerai yang ada di kawasan ini pada waktu petang dan terdapatnya kedai makan seafood pada waktu malam. Selalunya tempat ini dikunjungi oleh ramai orang pada waktu petang untuk bersantai dan mengeluarkan peluh. Lokasi Tantai Gelora berhampiran dengan muara Sungai Kuantan.

Mini Zoo Teruntum
Mini zoo ini terletak berhampiran dengan Teluk Cempadak, mini zoo ini juga salah satu tarikan yang agak menarik di kawasan Kuantan kerana masuk adalah percuma dan anda berpeluang untuk melihat , taman buaya, rusa, burung unta, beruang, ular dan pelbagai lagi binatang yang lain.

Santuari penyu Cherating
Kawasan ini agak jauh sedikit dari bandar Kuantan tetapi untuk sampai ke sini dengan melalui high way Jabor, anda mempunyai masa kurang sejam untuk sampai di kawasan ini. Sebenarnya kawasan ini telah hampir dengan sempadan daerah Kemaman Terangganu. Anda akan melihat  banyak penyu dan anak-anak penyu di kawasan pusat penerangan dan santuari penyu di kawasan ini.

Pantai Cherating
Pantai Cherating mempunyai keistemewaan yang tersendiri kerana lokasi geografi yang menarik menjadikan pantai ini sebagai surga  bagi mereka yang mengemari sukan surfing. Kawasan ini terdapat banyak Chalet dan resort yang menghadap keindahan laut Cina Selatan dan amat indah untuk melihat matahari terbenam.

Pantai Balok
Pantai ini memiliki pantai berpasir yang amat luas dan cantik dan menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu. Anda boleh menyewa resort seperti Swiss Garden di kawasan ini, bagi pandangan penulis, pantai ini amat sesuai untuk percutian keluarga kerana kawasan yang luas bagi aktiviti riadah di kawasan pantai.

Pantai Batu Hitam
Lokasi pantai ini tidak jauh dengan pantai Balok, dan berhampiran dengan Baserah, apa yang menariknya pantai ini? Pantai ini unik kerana pantai ini mempunyai banyak batu-batu pantai yang berwarna hitam. Anda boleh menyewa resort atau chalet yang terdapat di kawasan ini sebagai percutian yang menarik kepada anda.

Ini adalah lokasi-lokasi panas yang menarik berhampiran dengan kawasan daerah Kuantan sebagai rujukan anda. Negeri Pahang adalah negeri yang kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan terkenal seperti Cameron Higlands, Genting Higlands, Pusat Perlindungan Gajah Kuala Ganda, Taman Negara, Gunung Tahan, Pulau Tioman, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Tasik Chini, Muzium diraja Pekan, dan banyak lagi, penulis tidak sempat berkongsi foto-foto yang menarik di  sekitar Kuantan tetapi seperti yang dinyatakan, inilah tempat yang menjadi tumpuan orang ramai di sekitar bandar ini. Baca juga Tempat Makan Sedap Waktu Malam di Kuantan.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.