Home » » Tafsir Mimpi Mengandung Menurut Ahli Psikik

Tafsir Mimpi Mengandung Menurut Ahli Psikik

Mimpi mengandung adalah perkara yang amat biasa bagi golongan wanita, walau begitu mungkin terdapat persoalan di dalam minda anda makna mimpi tersebut. Pada waktu malam semasa anda tidur, mungkin anda telah bermimpi diri anda sedang mengandung dan terjaga diri tidur serta memikirkan makna sebenar mimpi anda.

Kadang-kadang, mimpi mengandung mungkin dialami secara berulang-ulang kali dan sudah tentunya mimpi ini memberi makna yang tersendiri.

Makna mimpi mengandung menurut ahli psikik (Psychic)
Menurut pakar kajian mimpi dan juga ahli psikik serta ahli asrtologi yang berkerja di  Jungian Institut Los Angeles yang bernama Ally Mead, mimpi mengandung memberi makna seperti kretiviti anda terhadap sesuatu yang anda sedang lakukan pada masa sekarang ataupun anda mempunyai keinginan untuk melakukan kretiviti terhadap sesuatu. Menurutnya lagi, wanita benar-benar mencipta kehidupan yang baru dari tubuh mereka sendiri. 

Kehidupan baru bererti kelahiran kehidupan baru bagi bayi sama ada ianya telah dilahirkan ataupun masih dalm fetus atau dalam impian wanita itu sendiri. Mimpi mengandung juga bererti anda melakukan sesuatu projek kecil yang anda lakukan di rumah ataupun anda mungkin melakukan sesuatu perkara yang benar-benar memberi makna kepada kehidupan anda.
Mimpi mengandung
Gambar hiasan
Ally Mead juga mengatakan, mimpi mengandung yang berulang-ulang  disebabkan oleh janin di dalam perut  wanita sama ada ianya telah diterima oleh wanita itu sendiri atau pun sebaliknya. Menurut analisis pakar mimpi ini mengatakan, kebanyakan mereka yang sering mengalami mimpi mengandung, telah terlepas dari matlamat ataupun keinginan sesuatu dalam hidup mereka. Umpamanya, seseorang mungkin mempunyai jalan dan hasrat untuk belajar ke menara gading tetapi mengambil jalan untuk menjadi guru. Hal ini terjadi kerana disebabkan mungkin  terlalu memikirkan untuk hamil hinggakan terpaksa mengambil keputusan seperti itu dan telah berhubung dengan semangatnya  yang lebih awal.

Untuk mengelakkan mimpi-mimpi ini berlaku, jangan terlalu memikirkan untuk mengandung kerana ia akan menyebabkan anda sering mengalami mimpi seperti ini. Semasa anda hendak tidur, pastikan anda memikirkan apa yang anda telah lakukan di dalam dunia yang nyata dan hal ini akan memberikan anda mimpi-mimpi mengenai dunia sebenar anda kerana anda telah memupuk hal-hal yang nyata sebelum ini.

Bagi mereka yang bermimpi mengenai orang lain mengandung , menurut Ally Mead,  kadang-kadang mimpi tersebut memberikan makna sebenar bahawa orang tersebut benar-benar sedang mengandung. Mimpi seperti ini sebenarnya, ia lebih kepada  emosi, ambil berat sama ada dalam bentuk fizikal terhadap orang yang telah di mimpikannya.


Selain itu juga ahli astrologi ini mengatakan, mimpi mengandung juga memberikan makna kepada kebudayaan dan sesuatu etnik tertentu. Apa yang diperolehinya, mimpi mengandung mempunyai kunci utama iaitu kesuburan. Ia melambangkan simbol –simbol tertentu seperti simbol bunga teratai yang melambangkan kebudayaan masyarakat Asia dan juga simpulan Celtic yang memberikan makna kitaran kelahiran dan kematian bagi manusia.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.