Home » » Perlukah Membawa Kereta Semasa Bercuti Di Pulau Labuan

Perlukah Membawa Kereta Semasa Bercuti Di Pulau Labuan

Bagi mereka yang berkira-kira untuk datang bercuti di Pulau Labuan dengan menggunakan kenderaan sendiri, penulis akan memberikan tips sama ada perlu membawa kereta sendiri semasa memasuki pulau ini atau sebaliknya bagi mengira segala kos adakah berbaloi datang di pulau ini dengan membawa kereta sendiri.

Bagi pandangan penulis yang tinggal di pulau ini, jika anda datang di pulau ini bersama-sama dengan keluarga atau kawan-kawan untuk tujuan untuk bercuti, anda harus mengetahui tambang atau kadar bayaran keatas kenderaan anda semasa menaiki feri kenderaan(ro-ro).

Bagi kenderaan biasa tambang yang akan dikenakan adalah sebanyak RM40 untuk sekali perjalanan dan untuk kereta komersial/ single/ double cabin/ pacuan empat roda/ van persendirian, kadar tambang adalah sebanyak RM60.

Caj pendaratan dan perkapalan yang dikenakan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di Menumbok adalah RM2 bagi basikal dan motosikal, motokar adalah RM14 dan untuk  van, pickup,4WD caj yang dikenakan adalah sebanyak RM16 ringgit.

Selepas anda mendapatkan tiket kenderaan anda untuk menaiki feri kenderaan dan  membeli tiket bagi penumpang anda harus ke kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah untuk melalukan pembayaran cukai pendaratan. Bagi cukai penumpang pula, cukai yang dikenakan adalah RM1.50 seorang.
Perlukah Membawa Kereta Semasa Bercuti Di Pulau Labuan
Itu adalah kos-kos yang anda perlu bayar jika anda memasuki Labuan dari Menumbok dengan menaiki feri kenderaan(ro-ro). Jika anda tidak membawa kereta anda dan ingin menaiki feri kenderaan, anda hanya perlu membayar tambang sebanyak RM 2.50 seorang di kaunter tiket feri dan RM1.50 bagi cukai caj penumpang di kaunter Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah di Terminal Menumbok.

Jika anda ingin menaiki speed bot, kadar tambang yang dikenakan adalah sebanyak RM7.50 seorang bagi sekali perjalanan ke Pulau Labuan. Contoh kos misalnya anda ingin datang ke Labuan dengan kereta Proton Saga berserta tiga rakan anda, tambang  feri adalah sebanyak RM40 untuk sekali perjalanan dan jika perjalanan sehala, anda perlu membayar RM80, RM14 caj cukai pendaratan dan tambang RM7.50 bagi tiga penumpang (rakan anda) serta  caj penumpang bagi Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah adalah RM4.50 bagi tiga penumpang. Kos keseluruhan yang anda perlu bayar untuk memasuki Labuan adalah sebanyak RM106 ringgit.

Itu adalah gambaran sebenar kos yang anda perlu bayar semasa memasuki Pulau Labuan dengan kenderaan anda sendiri. Sama ada anda ingin membawa kereta anda atau sebaliknya, terpulang kepada anda kerana keputusan bergantung kepada kedudukan kewangan anda sendiri. Bagi pandangan penulis, jika anda tidak menghadapi sebarang masalah mengenai kos tambang feri, ada baiknya anda membawa kenderaan sendiri untuk melawat tempat-tempat yang menarik di pulau ini. Jika anda berhasrat tidak membawa kereta anda, perkhidmatan teksi dan kereta sewa banyak di pulau ini.

Penulis merujuk kepada tambang-tambang terkini feri kenderaan, caj yang dikenakan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, caj tambang bagi penumpang feri kenderaan dan caj bagi menaiki speed bot. Walau begitu, anda perlu merujuk kepada pihak yang berkenaan bagi mengesahkan kadar caj terkini kerana caj dan tambang mungkin telah berubah mengikut perubahan dasar yang dikenakan oleh pihak kerajaan atau pihak pengusaha bot dan feri di Menumbok Sabah.

Semoga perkongsian artikel ini, serba sedikit membantu anda merancang kos yang perlu anda bayar semasa menaiki feri ke Pulau ini. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.