Home » » Panduan Mengetahui Nombor Plat Terkini Kenderaan Di Malaysia

Panduan Mengetahui Nombor Plat Terkini Kenderaan Di Malaysia

Artikel ini memberi panduan bagaimana mengetahui nombor flat terkini kenderaan di seluruh Malaysia dengan secara online.

Tentunya anda yang membaca artikel ini sedang berkira-kira untuk membeli kenderaan baru dan ingin merancang untuk membeli nombor Plat yang cantik dan anda rasakan nombor tersebut sebagai membawa tuah atau nombor tersebut membawa makna yang penuh erti  bagi diri anda.

Sebagai pengetahuan anda, setiap hari nombor plat di seluruh Malaysia berubah kerana permintaan bagi kenderaan yang dibeli oleh rakyat di Negara ini. Jika anda menginginkan untuk memilih nombor pendaftaran kenderaan anda, anda haruslah merancang untuk membeli kenderaan dan melakukan tempahan nombor plat pilihan anda sendiri.
Sebenarnya terdapat beberapa cara yang paling mudah untuk mengetahui nombor plat terkini kenderaan di Negara ini, cara yang pertama adalah dengan mengunjungi laman web rasmi pihak yang berwajib mengendalikan nombor pendaftaran semua kenderaan di Malaysia iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebagai kemudahan anda, penulis telah menyediakan link terus ke web rasmi JPJ bagi semakan nombor plat terkini dengan mengklik link ini,


Apabila anda telah memasuki web tersebut, masukkan paparan nombor yang diminta dan klik button submit. Anda akan dipaparkan nombor pendaftaran terkini di seluruh Malaysia.

Bagi cara yang kedua, penulis ingin mengajar anda melihat nombor pendaftaran kenderaan terkini secara online melalui telefon pintar versi android. Penulis bukan mempopularkan aplikasi  ini kerana penulis tidak memperolehi apa-apa keuntungan melalui aplikasi ini tetapi penulis melihat ia amat berguna sebagai panduan semua orang.

Baiklah, jika anda mempunyai telefon pintar versi android misalnya dari jenama Samsung, Oppo, LG, atau dari jenama lain, pergi ke Play Store, dan taip Malaysia Latest Car Plate. Anda akan dipaparkan hasil carian dan install aplikasi yang sama dengan tulisan yang anda taip tersebut.

Apabila anda berjaya menginstall aplikasi tersebut, klik pada button  ‘Open’ dan anda akan dipaparkan dengan nombor plat terkini bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta nombor pendaftaran bagi nombor tender dan juga map menunjukkan nombor-nombor plat di seluruh Malaysia.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.