Home » » Kereta Jimat Minyak Keluaran Malaysia

Kereta Jimat Minyak Keluaran Malaysia

Kereta Jimat Minyak . Kebanyakan bandaraya di banyak tempat di seluruh Malaysia mengalami kesesakan oleh kenderaan pada waktu awal pagi, waktu petang, musim perayaan dan semasa adanya anjuran aktiviti festival yang dianjurkan oleh badan-badan ngo mahupun kerajaan.

Hal ini tentunya amat menyeksakan bagi mereka yang terperangkap di kesesakan jalan raya lebih-lebih lagi pada masa kini harga minyak kereta yang semakin mahal, sudah tentunya anda mula berfikir untuk mencari altenatif untuk mencari kereta pendua yang jimat minyak.

Penulis cuba berkongsi kereta yang paling jimat minyak keluaran Malaysia untuk sebagai panduan kepada rakyat di Negara ini berdasarkan pengalaman sendiri memandu kereta daripada keluaran Perodua yang amat terkenal dengan kereta yang jimat minyak.

Kenapa kereta-kereta ini jimat minyak?  Menurut pandangan penulis sendiri, kereta keluaran perodua seperti Viva, Axia, Kancil, Kenari dan Perodua Kelisa dicipta sebagai kereta mini kompak, memiliki rangka yang ringan sesuai dengan keupayaan enjin 660, 850 dan 1.0.
Perodua axia
Sumber photo: Perodua.com.my
Sebenarnya, design kereta-kereta mini kompak keluaran Perodua  mengikut design berdasarkan kereta daripada Jepun misalnya kereta Viva yang mana  pada asalnya kereta ini mengikut bentuk daripada Daihatsu Mira dan menggunakan enjin Daihatsu DVVT DOHC 13. Tidak dinafikan, kereta Viva amat terkenal kerana kereta ini amat jimat minyak, bayangkan jika anda memandu kereta Viva cc850 dalam jarak 100KM pada kelajuan 90 hingga 100KM sejam, anda hanya memerlukan kos minyak petrol sebanyak RM20.

Kereta terbaru keluaran Perodua seperti Axia juga dikatakan mempunyai keupayaan enjin yang terbaik dan kekuatan enjin adalah 1.0cc yang mana kereta ini juga amat jimat minyak. Jika anda inginkan kereta yang jimat minyak, penulis syorkan anda membeli kereta kompak keluaran Perodua kerana bukan sahaja kereta ini amat jimat minyak tetapi mudah mendapatkan alat ganti di pasaran Malaysia serta harga yang masih boleh diketegorikan sebagai harga yang mampu milik.

Jika anda tidak berminat dengan kereta keluaran Perodua, mungkin anda boleh memilih kereta jimat minyak dari keluaran Honda, Suzuki, Toyota, dan Mitsubishi, tetapi pastikan ada memilih kereta yang mempunyai keupayaan enjin 1.3  kebawah, bentuk yang kompak sesuai dengan keupayaan enjin kerana selalunya kereta ini mempunyai prestasi yang jimat minyak.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.