Home » » Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Beberapa hari lalu admin ke Bank Rakyat  cawangan Labuan untuk meminta borang berserta jadual pinjaman peribadi bank ini. Admin sebenarnya hanya ingin melihat jika boleh membuat pinjaman peribadi melalui bank ini serta melihat apakah kreteria dan syarat yang diperlukan oleh bank ini bagi membolehkan lulus untuk membuat pinjaman peribadi. Walau begitu,  pinjaman peribadi i-Aslah ini hanya tertakluk kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan sahaja.

Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Tawaran hebat Bank Rakyat kepada kakitangan kerajaan dikenali sebagai pembiaan peribadi i-Aslah dimana menurut pada borang tersebut, kadar keuntungan adalah serendah 3.27%, bagi tempoh pembayaran ansuran adalah sehingga mencapai sepuluh tahun sahaja.

Bagi had pembiayaan boleh mencapai sehingga dua ratus ribu ringgit dan tidak memerlukan penjamin bagi pemohonan ini. Selain itu, pembiaan ini dilindungi sepenuhnya oleh insuran Takaful dan bagi proses permohonan adalah kelulusan segera.
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Jadual Pinjaman Peribadi Bank Rakyat
Syarat-syarat bagi pemohon pinjaman
Untuk syarat-syarat permohonan pinjaman ini adalah, satu salinan kad pengenalan, slip gaji selama tiga bulan berturut-turut yang terkini, penyata akaun gaji terima dalam tiga bulan terkini, surat pengesahan jawatan atau surat lantikan jawatan berserta salinan bagi opsyen untuk pencen. Semua syarat dan permohonan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak bank.

Bagaimana untuk mendapatkan borang pinjaman ini? Bagi anda yang bekerja di sektor kerajaan, lengkapkan terlebih dahulu segala dokumen yang diperlukan dan datang ke mana-mana bank Rakyat yang berhampiran tempat tinggal anda untuk mendapatka pertanyaan lanjut atau bawah slip gaji terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah kelayakan pinjaman yang anda layak, bertanyakan lebih lanjut mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mudah anda lebih memahaminya. Baca juga,
Jika anda hanya ingin bertanya kelayakan pinjaman anda dan tidak berkesempatan untuk ke Bank Rakyat, anda boleh melakukan panggilan ke mana-mana cawangan bank ini dengan bercakap kepada staff yang bekerja di bahagian pinjaman kerana mereka akan melakukan kiraan kelayakan pinjaman anda berdasarkan jumlah gaji anda. Bagaimana? Amat mudah bukan?

Borang pinjaman i-Aslah ini diperlolehi di Bank Rakyat Labuan pada bulan januari 2016. Artkel ini ditulis berdasarkan promosi dan syarat yang tertera pada borang pinjaman. Artikel ini hanya sebagai panduan dan rujukan awal sekiranya anda ingin membuat pinjaman di bank ini. Segala pertanyaan mengenai pinjaman ini anda boleh merujuk sepenuhnya kepada pihak Bank Rakyat sebagai bank yang menawarkan pinjaman peribadi i-Aslah.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.