Home » » Idea Memulakan Bisnes Jual Jersi Bola Secara Online

Idea Memulakan Bisnes Jual Jersi Bola Secara Online

Ramai individu di negara ini cuba melakukan perniagaan secara online, tidak dinafikan ramai yang telah berjaya dengan cara ini malahan ada diantara yang bekerja sepenuh masa dengan hanya menjual barangan mereka di dalam talian, perniagaan ini amat mudah kerana anda tidak memerlukan kedai untuk memulakan perniagaan anda.

Walau begitu, anda haruslah melakukan cara yang betul bagi memulakan perniagaan ini. Artikel ini cuba memberikan idea bagaimana memulakan bisnes jual jersi bola secara online, bisnes ini amat berpotensi kerana jersi bola mempunyai ramai peminat yang tersendiri di Malaysia.

Cari pemborong jersi bola
Bagi memulakan bisnes ini, anda haruslah mencari pembekal jersi bola dengan harga borong dan murah kerana dengan cara ini anda mampu bersaing dengan pesaing-pesaing anda. Selain itu, anda harus rajin mengunjungi pasar raya, pusat membeli belah bagi melihat harga-harga promosi jersi yang dijual di kawasan tersebut kerana ia mungkin boleh dijual secara dalam talian.
Jersi Bola Mancester United
Jersi Bola Mancester United
Jual di Mudah.com
Cara pertama untuk menjual jersi anda adalah melalui web terkenal di Malaysia iaitu mudah.com.my.  Laman ini dikunjungi oleh beribu-ribu orang secara  setiap hari bagi melihat dan membeli barangan  yang dijual di dalam web tersebut. Peluang jersi anda terjual amat cerah melalui cara ini.

Jual di lelong.com.my
Bagi menjual dalam laman ini, anda harus membuka kedai online yang disediakan oleh pihak lelong dengan menyewa kedai e-dagang dimana anda boleh mengurus dan mengupload seberapa banyak gambar barangan anda dalam web ini. Lelong.com.my antara web membeli belah yang paling sesak dengan pengunjung online setiap hari .

Jual di ebay
Tahukah anda walupun web ini dimiliki oleh negara dari luar, web membeli belah ini antara web yang paling popular di Malaysia? Bahkan web ini tersenarai dalam web paling dikunjungi oleh orang ramai di Negara ini? Ebay adalah laman membeli belah yang tersohor di dalm dunia ini. Penulis percaya web ini adalah platform yang terbaik bagi mereka yang menjual secara dalam talian kerana ramai yang telah menjadi jutawan dengan hanya menjual di web ini.

Jual di Facebook
Laman sosial milik Mark zukerberg iaitu Facebook juga mempunyai potensi dan pengaruh yang tersendiri. Laman ini adalah laman kedua paling kerap dikunjungi di Negara ini selepas web carian google. Bayangkan terdapat beratus ribu orang setiap masa, setiap jam, melayari web ini? Jangan lepaskan peluang ini untuk mempromosikan dan menjual barangan anda di dalam web ini.

Jual di instragram
Instagram adalah satu fenomena di negara ini pada masa ini. Dianggarkan berjuta pengguna instagram di Malaysia sahaja. Laman sosial ini dikhaskan untuk capaian telefon pintar dan amat mudah diakses menjadikan begitu popular hainggakan golongan artis, ahli suka terkenal,dan masyarakat biasa menggunakan platform ini. Hanya dengan sekali klik follow, anda dapat mengikuti berita-berita dari kegiatan peribadi, artis, ahli sukan, ahli politik dan sesiapa sahaja yang mengupload kegiatan mereka untuk dikongsi bersama melalui instagram. Pendek kata, dengan instagram menjadikan kedai online anda lebih dikenali, memperolehi pembeli baru yang berminat dengan jersi anda.

Twitter
Twitter adalah laman sosial paling popular selepas facebook di negara ini. Gunakan platform ini sama seperti facebook untuk menjual barangan dan mempromosi bisnes online anda.

Tips untuk berjaya
Apa yang paling penting sekali, jersi bola yang anda ingin jual haruslah diperolehi dari harga borong. Jika anda memperolehi  jersi  bola dengan harga yang mahal dan menjual semula dalam talian, amat sukar untuk menjualnya semula. Cuba lakukan peminat jersi bola tertarik dengan harga yang ditawarkan dimana ianya amat murah berbanding dengan harga pasaran.

Sebelum meletakkan harga setiap baju jersi, pastikan anda telah mengkaji harga-harga dalam pasaran, meneliti harga-harga di pasaran amat penting bagi memastikan anda mampu bersaing dengan pesaing-pesaing anda yang lain.

Rahsia untuk berjaya dalam perniagaan baju jersi online adalah kejujuran mengenai kualiti jersi misalnya gred jersi yang terbaik selain jersi original adalah dikenali sebagai  gred AAA dimana kualiti jersi baju ini amat bagus dan boleh diperolehi dengan harga yang murah dengan harga borong. Selain itu kejujuran mengenai alamat tempat anda beroperasi, nombor untuk dihubungi, gambar sebenar anda untuk digunakan ketika berniaga, penghantaran melalui pos dengan cepat membuatkan pelanggan amat yakin dengan perniagaan anda.

Selain itu, mendaftarkan bisnes anda kepada  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menguatkan lagi keyakinan orang ramai terhadap bisnes anda dan menunjukkan anda benar-benar seorang peniaga yang berlesen walaupun pengoperasian anda sebenarnya hanya melalui rumah anda sendiri. Sebagai permulaan, anda masih boleh mendaftarkan perniagaan anda melalui SSM walaupun anda masih belum memiliki kedai tetapi ianya bergantung dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh SSM.


Artikel ringkas ini mungkin berguna kepada anda sebagai gambaran awal bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Jika tawaran harga yang anda berikan kepada orang ramai adalah harga yang lebih murah dengan harga di pasar malam atau mana-mana kedai, peluang untuk  jersi bola terjual kepada pelanggan  amat cerah. Pemilihan jersi bola dari kelab pasukan terkenal liga Inggeris seperti Mancester United, Celsea, Liverpool, Mancester City serta dari liga eropah amat digemari dan dicari oleh peminat-peminat bola sepak.




2 comments

Adakah tuan tahu pemborong jersi kelab bolasepak ?

Untuk dapatkan jersi AAA gred dengan harga murah,borong pun boleh..
Sila hubungi saya untuk detail, 017-9696320 @ refer ig kami impianajt_jersey.. InshaAllah sedia membantu sampai jadi..

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.