Home » » Cara Untuk Menghentikan Kaki Berbau Busuk

Cara Untuk Menghentikan Kaki Berbau Busuk

Bagaimana untuk mengehentikan kaki yang  berbau busuk? Tentunya apabila anda menghadapi masalah ini ia sesuatu hal yang tidak menyeronokan hinggakan anda merasa rendah diri ketika berada di tempat awam.

Dikatakan punca utama kaki berbau busuk disebabkan kaki anda berpeluh dan memakai kasut yang sama setiap hari. Walau begitu masih terdapat cara yang mudah, murah dan berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.


Kenapa kaki mengeluarkan peluh
Menurut kajian oleh bahagian perubatan, kaki berpeluh disebabkan terdapatnya tekanan keatas kaki anda atau anda mungkin mengalami satu penyakit yang dikenali sebagai Hyperhidrosis dimana gejala ini dikenali sebagai peluh yang berlebihan.

Selain itu jangkitan kulat pada kaki misalnya  kulat air akan menyebabkan bau kaki yang kurang menyenangkan.  Semua orang mengalami peluh pada kaki tetapi mereka yang cenderung mengeluarkan peluh adalah golongan remaja dan wanita yang mengandung kerana perubahan hormone dalam tubuh badan.

Kajian oleh podiatrist (ahli penyakit kaki) menunjukkan kaki berbau busuk disebabkan peluh yang menyerap ke dalam kasut masih dalam keadaan yang belum kering dan akan dipakai semula. Bakteria-bakteria pada kulit kaki akan memecahkan peluh dari liang dan kaki berbau disebabkan peluh yang telah terurai.

Jika anda memakai kasut sepanjang hari, kaki anda akan mengeluarkan peluh dan di dalam kasut anda akan menjadi lembab menyebabkan bakteria akan berkembang. Menyimpan kasut di dalam almari akan memburukkan lagi keadaan yang mana kawasan yang gelap, bertutup, lembap serta suhu yang agak panas adalah tempat yang paling baik bagi bakteria untuk membiak.

Cara untuk menghentikan kaki yang berbau busuk
Cara yang terbaik bagi menghentikan kaki yang berbau busuk adalah dengan membasuh kaki setiap hari dengan sabun anti bakteria. Mengikut ahli podiatrist yang dikenali sebagai Dr Lorriane, sabun anti bakteria yang terbaik untuk menghentikan kaki berbau busuk adalah sabun yang dikenali sebagai Hibiscrub dimana sabun ini berupaya menghentikan kaki berbau anda hanya dalam tempoh seminggu.
Kaki Berbau Busuk
Teknik mencegah kaki dari berbau
Apa yang paling penting sekali adalah menjaga kebersihan diri anda terutama sekali memberi perhatian sepenuhnya kepada kebersihan di kaki anda dan amat disarankan untuk menukar kasut setiap hari untuk mencegah dari kaki berbau. Pastikan juga kasut yang telah dibasuh telah kering sepenuhnya sebelum memakainya kerana memakai dalam keadaan lembab akan  menimbulkan pembiakan bakteria.

Jangan memakai kasut yang sama dalam dua hari yang berturut-turut, tips nya mudah, guna sekurang-kurangnya dua pasang kasut untuk kegunaan anda bagi memastikan kaki sentiasa segar dan pastikan kasut yang anda pakai pada hari berikutnya dalam keadaan bersih dan kering.

Setiap hari, kaki anda perlu dicuci dengan bersih dan pastikan juga selepas mencuci kaki anda, pastikan anda mengeringkan celah-celah jari kaki dan keseluruhan pada bahagian kaki. Anda mesti menukar stokin setiap hari dan stokin haruslah daripada jenis kain kapas (cotton) bagi penyerapan peluh yang baik. Jangan menggunakan stokin dari kain nylon kerana peluh tidak menyerap dan akan menyebabkan kaki anda berbau.

Kuku-kuku jari kaki haruslah dipotong dengan sependek mungkin tetapi pastikan tidak mencederakan jari kaki anda. Pastikan juga kuku pada jari kaki anda dalam keadaan bersih dan buang segala kulit-kulit keras di bahagian kaki kerana apabila kulit ini menjadi lembab, bakteria akan menjadikan sebagai rumah mereka.

Mungkin idea-idea ini boleh membantu anda jika anda terdedah kepada kaki berpeluh, selepas mandi keringkan kaki anda dengan tuala yang bersih dan gunakan kapas untuk mengeringkan celah-celah kaki. Gunakan bedak antiseptik untuk mengeringkan kaki dan mencegah kaki dari pertumbuhan bakteria.

Selain penjagaan kebersihan pada kaki anda, cara terbaik untuk menghilangkan bau kaki anda selama-lamanya adalah menggunakan sarung kaki berjari. Tetapi pastikan menggunakan sarung kaki berjari dengan kain kapas kerana ianya amat bagus untuk menyerap perpeluhan pada kaki dan di celah-celah jari kaki anda. Penggunaan secara berterusan sarung kaki jenis ini boleh dikirakan anda kini boleh mengucapkan selamat tinggal pada bau kaki.

Penggunaan dedoran jenis spray atau semburan boleh dilakukan pada jari kaki dan stokin anda kerana dedoran bukan sahaja untuk menghilangkan bau peluh yang dihasilkan oleh ketiak tetapi peluh pada kaki juga boleh dihilangkan dengan menggunakan dedoran spray.

Elakkan menggunakan kasut jenis getah kerana ia hanya akan memburukkan lagi bau kaki anda. Gunakkan kasut diperbuat dari kulit atau kanvas kerana ia amat sesuai menyerap peluh dan pengudaraan yang lebih baik berbanding dengan kasut getah.

Jika cadangan-cdangan ini tidak menghilangkan bau kaki anda, mungkin telah tiba masanya anda berjumpa dengan doktor anda untuk meminta nasihat dan kaedah rawatan yang terbaik kerana hanya doktor anda yang mungkin memahami sepenuhnya masalah anda. Moga tips ini berguna kepada anda dan selamat maju jaya.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.