Home » » Cara Renew Road Tax Motor Dan Kereta Anda

Cara Renew Road Tax Motor Dan Kereta Anda

Bagaimana cara untuk renew roadtax motor dan kereta? Ramai individu yang tidak mengetahui prosuder untuk memperbaharui cukai jalan milik kenderaan mereka terutama yang baru memiliki kereta baru .

Apabila hal ini berlaku, sudah tentu anda akan kehulu dan kehilir serta banyak masa yang terbuang untuk menguruskan perkara ini kerana tidak mengetahui prosuder yang sepatutnya. Jika anda telah mengetahui caranya  ia sebenarnya amat mudah sekali, anda boleh menguruskannya sendiri tanpa bantuan dari orang lain.

Berikut adalah langkah-langkah yang mudah perlu anda ikuti bagi memperbaharui cukai motor atau kereta anda.

Road tax tamat tempoh
Lesen Kenderaan Motor (LKM), road tax atau cukai jalan yang tamat tempoh boleh dilihat pada geran kereta/motosikal yang mana tarikh luput tertera pada belakang geran atau LKM yang dilekatkan di hadapan cermin kenderaan.

Bagi motosikal, LKM selalunya disimpan oleh individu masing-masing di dompet atau digandingkan sekali dengan kunci motor mereka. Bagi mereka yang tidak mengetahu apa itu road tax atau cukai jalan, ia bermaksud bayaran wajib yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut jenis-jenis kenderaan untuk membolehkan kenderaan milik kita boleh bergerak di jalan raya.

Untuk pengetahuan anda, sesetengah orang memanggil geran kereta atau motor sebagai green kad, bagi di negeri Sabah pula mereka menamakannya sebagai blue kad.
Contoh geran kenderaan
Contoh Geran Kenderaan
Perbaharui insuran kereta/motor terlebih dahulu
Bila anda mengetahui cukai jalan anda akan tamat tempoh, apa yang anda perlu lakukan adalah memperbaharui insuran kenderaan anda terlebih dahulu kerana cukai jalan tidak boleh diperbaharui tanpa insuran yang baru.

Maksudnya disini, insuran kenderaan anda juga telah tamat tempoh. Bagaimana jika insuran kereta masih beberapa bulan lagi akan tamat tarik luput tetapi cukai jalan telahpun tamat tempoh?

Sebenarnya hal ini terjadi apabila anda membeli kereta dari syarikat kereta terpakai@usecar yang mana mereka memperbaharui cukai kereta untuk tempoh enam bulan tetapi insuran kereta adalah tempoh setahun atau kelewatan pihak kereta terpakai untuk memperbahrui cukai jalan sedangkan insuran kereta tersebut telah diambil lebih awal.

Apabila anda membeli kereta ini, yang akan menjadi masalah sekarang, pertindihan tarikh insuran tamat tempoh dan cukai jalan.

Sekiranya perkara ini berlaku, hanya ada dua pilihan yang perlu anda lakukan, pertama memperbaharui semula insuran tersebut atau membatalkannya dan ambil insuran yang baru.

Jika anda tidak mengalami sebarang masalah dengan tarikh insuran dan tarikh LKM, apa yang anda perlu lakukan, misalnya insuran bagi kereta anda adalah Insuran Etiqa, bawa polisi insuran lama ke mana-mana cawangan syarikat insuran Etiqa yang berhampiran dan bagitahu staff tersebut untuk memperbaharui insuran yang baru dan jangan lupa untuk membawa original geran atau salinan sebagai rujukan mereka.

Perkara yang sering ditanya oleh pihak insuran semasa membeli insuran anda adalah mengenai peratus NCD kenderaan anda. Apa itu NCD? NCD diertikan sebagai 'Non Claim Discount' yang mana ia adalah rebat bayaran insuran kepada semua pemilik kenderaan sekiranya tanpa melakukan apa-apa tuntutan insuran.

Rujukan peratus NCD bagi setiap kenderaan adalah seperti berikut, pada tahun pertama NCD anda adalah 0%, tahun kedua 25%, tahun ketiga 30%, tahun keempat 38.33%, tahun yang ke lima 45% dan tahun yang keenam dan seterusnya berjumlah 55%.

Adalah wajib untuk mengetahui jumlah peratus NCD anda kerana sesetengah ejen akan mencari peluang mengenakan bayaran yang tinggi terhadap insuran kenderaan anda sedangkan NCD bagi kenderaan anda telahpun mencapai 55%, selain itu pengetahuan bagi value atau nilai kenderaan anda di pasaran harus diketahui dengan jelas dengan merujuk kepada pihak bank atau syarikat kereta terpakai kerana mereka mempunyai senarai terkini nilai kereta yang ada di pasaran Malaysia.

Untuk mengetahui jumlah peratus NCD kenderaan anda secara online, anda boleh merujuk web mycar.info.my atau klik terus ke laman mereka ini NCD ONLINE dan masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda dan nombor IC atau Mykad anda, tick 'yes' pada tombol privacy notice dan klik pada tombol Get My NCD Report. Seterusnya peratus NCD kenderaan anda akan dipaparkan secara detail.

Cara Renew roadtax di JPJ
Bagi anda yang telah memiliki geran kereta/motor yang disimpannya sendiri dan ingin ke JPJ untuk melakukan pembaharuan cukai jalan setelah memperbaharui insuran kenderaan, mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana jika geran/motor kereta masih dipegang oleh pihak bank atau bagi motorsikal dipegang oleh kedai?

Dalam kes ini, selalunya pihak bank atau pihak kedai akan membantu anda untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan anda kerana menjadi prosuder mereka tidak akan menyerahkan geran kereta selagi sewa beli masih belum habis dibayar, walau begitu sesetengah kes mereka akan menyerahkan geran asal hanya untuk tujuan untuk memperbaharui cukai jalan dan harus memulangkan semula geran kepada mereka.

Bawa geran asal ke mana-mana JPJ yang berhampiran untuk urusan memperbaharui cukai jalan. Apabila anda sampai di JPJ, pergi ke kaunter dan ambil nombor giliran, bila nombor giliran anda telah tiba, datang ke kaunter dan serahkan geran asal kepada staff JPJ dan katakan kepada mereka untuk renew cukai jalan, pihak mereka akan melakukan semakan secara online sama ada anda telah mendapatkan insuran ataupun sebaliknya.

Insuran yang anda beli untuk kenderaan anda akan link secara online dengan pihak JPJ. Bagi bayaran cukai jalan, ianya bergantung kepada jenis-jenis kenderaan anda gunakan, contohnya cukai jalan bagi kereta Produa Viva berjumlah RM20, manakala bagi cukai jalan motosikal 150cc hingga 200cc hanya berjumlah RM30.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bayaran cukai jalan (LKM) mengikut jenis-jenis kereta, anda boleh merujuk link website JPJ dengan klik link ini PANDUAN PENGIRAAN KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) . Baik, berbalik kepada urusan di kaunter JPJ itu tadi, Apabila anda selesai melakukan bayaran, anda akan memperolehi LKM yang baru.

Cara Renew di pejabat pos
Untuk pengetahuan anda, anda tidak dapat menguruskan cukai jalan di pejabat pos jika cukai jalan kereta atau motor telah tamat melebihi setahun, adalah wajib untuk melakukan pemeriksaan di Puspakom terlebih dahulu dan barulah anda mendapatkan insuran dan seterusnya berurusan di JPJ. Sekiranya telah berapa bulan cukai jalan telah tamat tempoh tetapi tidak melebihi setahun anda juga harus berurusan renew road tax di JPJ dan urusan ini tidak dapat dilaksanakan di pejabat pos.

Sekiranya geran kereta/motosikal tidak menghadapi masalah anda boleh berurusan terus di mana-mana pejabat pos dengan wajib untuk membawa geran kereta yang original bagi membolehkan kerani pejabat pos mengemaskini cetakan komputer tarikh pambayaran LKM pada belakang geran. Bagi bayaran perkhidmatan ini, anda akan dikenakan bayaran GST sebanyak 6% iaitu sebanyak RM2. Ini bermakna, sekiranya LKM kenderaan anda adalah Perodua Viva dengan bayarannya adalah RM20 dan ditambah dengan GST RM2, bayaran keseluruhan yang anda perlu bayar adalah sebanyak RM22.

Artikel ini ditulis sebagai panduan dan gambaran awal semasa ingin memperbaharui LKM anda di JPJ atau di pejabat pos berdasarkan pengalaman-pengalaman admin semasa berurusan dengan pihak yang terlibat. Sekiranya terdapat kesalahan ataupun penambahan mengenai artikel ini, sila berkongsi dengan kami disini. Semoga info ini bermanfaat kepada anda semua.






5 comments

senang nak paham , berguna maklumat ni, tak pening kalau baca

http://www.insuranskereta.my

Photocopy geran x boleh ke, sebab geran asal bank pegang

Photocopy geran x boleh ke, sebab geran asal bank pegang

hi, nama saya syah...
pada sesiapa yang ingin memperbaharui cukai jalan & insurans kenderaan, sila hubungi saya di nombor 013-3417750 atau email kepada syahimiggc16@gmail.com
terima kasih guys.

encik almubin jayatin,
sila hubungi saya di nombor 013-3417750 syahimi
atau email kepada syahimiggc16@gmail.com
sekiranya encik almubin ingin memperbaharui cukai jalan & insurans kenderaan.Disini syarikat consultant kami ada beri faedah kepada pelanggan.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.