Home » » Cara Pakai Tali Pinggang Kapal Terbang

Cara Pakai Tali Pinggang Kapal Terbang

Bagaimana cara pakai tali pinggang keselamatan di kapal terbang? Artikel ini memberi panduan kepada individu yang baru pertama kali menaiki kapal terbang dan tidak mengetahui  cara untuk memakai tali pinggang keselamatan semasa berada di dalam pesawat.

Melalui kajian, ramai individu yang tidak mengetahui cara ini oleh itu jika anda membaca artikel ini diharap anda tidak ragu-ragu untuk memakai tali pinggang keselamatan semasa berada dalam pesawat untuk mengelakkan anda ditertawakan oleh penumpang lain.

Cara memakai seatbelt dalam kapal terbang
Semasa menaiki pesawat apa yang anda perlu lakukan adalah bertenang dan cuba menunjukkan reaksi seperti biasa  seperti penumpang lain walaupun anda baru pertama kali menaiki pesawat. Memasuki ruang tempat duduk penumpang, cari number seat atau nombor tempat duduk anda seperti mana yang tertera di tiket kapal terbang anda.

Apabila anda telah menjumpai nombor tempat duduk anda, duduk secara rileks dan pakai tali pinggang keselamatan anda yang berada di tepi sisi tempat duduk  kiri dan kanan anda. Untuk peringatan, jangan memakai tali pinggang keselamatan seperti tali pinggang kereta kerana cara pemakaiannya adalah  tidak sama.

Cara  pemakaiannya adalah seperti gambar yang tertera di bawah.
Jangan risau, cara menggunakannya adalah amat mudah dan tali pinggang ini adalah boleh diubah / boleh dilaraskan mengikut saiz pinggang anda.
Cara pakai tali pinggang Kapal Terbang
Prosuder pemakaian tali pinggang pesawat
Jika anda masih ragu-ragu, sebenarnya sebelum pesawat berlepas Pramugari  atau Pramugara akan menunjukkan cara-cara pemakaian tali pinggang keselamatan dengan betul dan prosuder keselamatan yang perlu dilakukan semasa dalam pesawat sekiranya terjadi situasi kecemasan.
Kedudukkan pemakaian tali pinggang Kapal terbang
Apabila pesawat hendak berlepas, kru-kru kapal akan memastikan semua penumpang memakai tali pinggang dengan betul dan sekiranya anda memakai tali pinggang dengan cara yang salah, kru kapal akan menunjukkan cara pemakaian yang betul.
Kedudukan seatbelt dalam pesawat
Fasten seatbelt pesawat untuk penumpang lebih kurang sama dengan memakai tali pinggang seluar yang anda pakai sehari-hari tetapi bentuk yang agak berbeza sedikit dan cara pemakaian yang direka untuk pemakaian yang paling cepat serta  mudah dilaraskan mengikut keselesaan anda.
Bentuk Sebenar Seatbelt Kapal Terbang
Kebanyakan pesawat di seluruh dunia menggunakan seat belt yang sama. Jika anda masih tidak memahami penerangan ini, apabila berada di dalam pesawat sebelum berlepas, jangan ragu dan malu meminta tunjuk ajar kepada kru kapal kerana mereka akan membantu anda sebaik mungkin. Baca juga,







Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.