Home » » Cara Mengetahui Kebocoran Enjin Kereta

Cara Mengetahui Kebocoran Enjin Kereta

Perkara yang sering terjadi pada semua kenderaan adalah terjadinya kebocoran di bahagian enjin kereta. Untuk mengelakkan terjadinya perkara yang lebih buruk, anda mesti mengenalpasti apakah cecair tersebut dan berpunca daripada mana. Pada bahagian enjin kenderan anda terdapat beberapa jenis cecair seperti coolant, minyak brek, minyak power stering, air, minyak enjin, dan bagi kereta transmisi outo, terdapat minyak minyak gear transimisi automatic. Mungkin semasa anda membaca artikel ini, anda mungkin telah terlihat mengenai titisan cecair dibawah enjin kereta anda, persoalannya disini, apakah cecair itu?

Kenal pasti jenis cecair yang jatuh di bawah enjin kereta
Sebagai langkah pertama, anda mesti mengetahui jenis bendalir yang jatuh itu. Jika kebocoran pada minyak enjin kereta anda, selalunya minyak enjin adalah berwarna kuning atau cokelat. Bagi minyak enjin yang telah lama bekerja pada enjin kereta, minyak ini adalah berwarna kehitaman.

Bagi minyak transmisi gear outomatik pula, ia berwarna merah dan bagi minyak transmisi manual ia boleh datang dengan pelbagai warna. Minyak brek pula adalah berwarna  kekuningan dan jika minyak terlalu lama, ia kelihatan berwarna cokelat kekuningan.
Enjin Kereta Bocor
Gambar Hiasan
Minyak power stering adalah berwarna  kuning cerah dan jika minyak ini terlalu lama ia adalah berwarna cokelat. Dan bagi warna coolant, ia boleh datang dalam pelbagai warna seperti kuning, merah, jingga, tetapi secara tradisinya, coolant adalah berwarna hijau.

Mengenal pasti jenis-jenis bendalir ini penting sebagai langkah permulaan untuk mengetahui bahagian-bahagian yang berkemungkinan telah bocor. Seterusnya anda harus mencari punca-punca yang menyebabkan bendalir ini bocor.

Sekiranya minyak jatuh terus dari bahagian bawah enjin, selalunya memang terdapat kebocoran pada enjin kenderaan anda, persoalannya dari mana minyak itu datang? untuk mengetahui dari mana kebocoran tersebut, lihat secara teliti dari mana punca minyak itu mengalir dan sekiranya perlu  anda harus membersihkan enjin anda terlebih dahulu dengan menggunakan cecair pencuci khas yang mampu membersihkan kotoran-kotoran minyak yang melekat pada bahagian enjin.

Secara teorinya, kebocoran minyak pada enjin kenderaan anda berkemungkinan dari gasket-gasket yang telah rosak dan  bahagian-bahagian oil seal, rocker cover gasket, oil sump, enjin oil cap, oil pump, stick oil level gauge dan head gasket. Bagi mengetahui tahap teruknya kebocoran-kebocoran minyak ini, anda boleh melihat pada level penyukat minyak enjin dan juga melihat tompokan  titisan bendalir yang jatuh di bawah enjin.

Jika kebocoran bukan berpunca dari enjin, anda harus meneliti saluran-saluran paip pada minyak brek, minyak power stering, minyak gear  tranmisi automatic dan bagi kebocoran berpunca dari coolant, selalunya kebocoran dari radiator atau dari saluran paip coolant pada kenderaan anda.

Apa-apa pun penyelesaian terbaik bagi masalah anda adalah mencari mekanik yang berpengalaman dan dikenali serta kos upah pembaikan yang berbaloi. Sesetengah mekanik menggunakan kesempatan atas masalah anda ini dengan mengenakan bayaran upah yang tinggi sedangkan kos bagi pembelian alat ganti tidaklah semahal yang disangkakan.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.