Home » » Cara Mengatasi Bateri Handphone Android Cepat Habis

Cara Mengatasi Bateri Handphone Android Cepat Habis

Bagaimana cara mengatasi bateri handphone cepat habis? Artikel ini berkongsi  tips bagaimana caranya menjadikan handphone anda jimat bateri terutama sekali telefon android.

Telefon pintar adalah gadget paling penting dalam kehidupan kita pada zaman sekarang, walau begitu jika gadget ini sangat cepat habis bateri tentunya anda tercari-cari apakah penyebabnya sedangkan telefon milik rakan anda yang sama jenis dengan telefon anda, jimat bateri.

Sebenarnya,  cara pengunaan kita sendiri yang menyebabkan jimat atau tidak bateri tersebut.

Install aplikasi Quick setting
Baik, saya ingin berkongsi satu tips bagaimana untuk  menjadikan telefon  bimbit android anda jimat bateri dan secara tidak langsung mengatasi dari bateri cepat habis. Mula-mula, install aplikasi Quick setting pada Play Stor di android anda. Kenapa perlu install aplikasi ini?

Bagi pandangan saya, aplikasi ini amat bagus sebagai langkah pertama untuk menutup seting-seting asas apabila tidak diperlukan, Quick Setting ini merangkumi, GPS, Wifi, mod penerbangan, data, ringtone, vibrate, Blutooth, Auto Rotate, Hot Spot, Brightness, Adaptive Brightness, Touchlight dan juga Aplikasi Manager yang anda boleh kendalikan dalam sekali tekan.

Adanya aplikasi ini bukan sahaja berguna tetapi menjimatkan masa anda sekaligus salah satu factor menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar anda. Saya bukan mempromosikan aplikasi ini kerana saya tidak memperolehi sedikit pun keuntungan daripada itu tetapi sebagai perkongsian untuk kebaikan bersama.
Install aplikasi Super Task Killer free
Saya juga mengesyorkan anda mengistall aplikasi ini di Play Store kerana aplikasi ini amat berguna untuk menutup aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan (running) tanpa kita sedari di telefon pintar dengan sekali tekan sahaja. Aplikasi yang sedang running misalnya game dan aplikasi-aplikasi lain yang kita lupa untuk menutupnya satu pembaziran mengenai bateri telefon anda.

Matikan aplikasi wifi anda
Sekiranya anda tidak menggunakan wifi pada telefon bimbit anda, selalu pastikan untuk menutup button wifi kerana, wifi yang sentiasa ‘on’ mempengaruhi bateri telefon kerana wifi ini sentiasa memancarkan isyarat untuk mencari sambungan wifi.

Matikan aplikasi GPS
Sekiranya anda tidak memerlukan isfarat GPS pada telefon, pastikan aplikasi ini sentiasa dalam keadaan off kerana telefon anda akan memancarkan isyarat GPS internet sekiranya dalam keadaan on, aplikasi ini akan memberikan impak kepada ketahanan cas bateri anda.

Kurangkan bermain game
Dalam Play Store mengandungi banyak aplikasi game yang menarik, walaubegitu cuba kurangkan bermain game terlalu lama pada telefon pintar anda kerana permainan game ini memerlukan banyak penggunaan bateri dan cahaya. Lambat laun bateri anda akan semakin cepat habis kerana anda sering bermain game dan impak buruk pada telefon anda adalah jangka hayat bateri semakin cepat.

Matikan isyarat 3G/4G
Sekiranya perlu, apabila anda berada di kawasan yang tiada liputan isyarat rangkaian 3G atau 4G, sila matikan isyarat ini pada setting telefon kerana ia memberikan impak yang buruk kepada ketahanan bateri anda disebabkan telefon anda sentiasa memancarkan isyarat mencari rangkaian 3G/4G. Misalnya semasa anda berada di kawaasan pedalaman yang tiada isyarat 3G/4G, matikan isyarat telefon ini dan apabila anda berada di kawasan yang ada liputan, hidupkan semuala isyarat 3G/4G anda.

Matikan data mudah alih sepenuhnya
Jika tiada keperluan anda untuk menggunakan isyarat data di telefon  pintar anda, matikan sepenuhnya isyarat mudah alih bagi memanjangkan hayat bateri telefon. Dalam keadaan data mudah alih off, anda sebenarnya masih boleh melakukan panggilan dan menerima pesanan ringkas.

Pengunaan aplikasi facebook
Seperti yang diketahui aplikasi laman sosial ini memang menggunakan banyak penggunaan bateri. Rata-rata mereka yang menginstall aplikasi ini mengatakan bateri mereka cepat habis. Ini kerana mereka terlalu lama melayan aplikasi ini hinggakan menggunakan banyak penggunaan bateri. Selain itu, walaupun anda tidak menggunakan aplikasi ini dalam masa-masa tertentu tetapi aplikasi ini sentiasa dalam keadaan 'running' kecuali anda keluar, 'log out', ia memberikan dampak yang tidak baik kepada bateri handphone anda.

Jangan cas telefon bimbit sambil bermain game
Kebanyakan mereka yang minat bermain game dalam aplikasi android sering bermain sambil mengecas telefon. Hal ini bukan sahaja menjadikan telefon anda akan panas tetapi ia sebenarnya akan boleh merosakkan bateri telefon anda kerana haba yang berpanjangan, memberikan impak yang negatif kepada ketahanan bateri handphone.

Elakkan melakukan panggilan terlalu lama
Jika anda melakukan panggilan kepada seseorang dalam jangka yang agak lama, anda akan mendapati telefon bimbit anda akan menjadi panas dan bateri amat cepat habis bukan?Ini disebabkan isyarat pancaran yang dikeluarkan dari telefon bimbit. Tahukah anda haba pada telefon penyebab utama kerosakan bateri telefon? Oleh itu, jika anda anda benar-benar ingin menjimatkan bateri anda kurangkan melakukan panggilan dalam masa yang lama.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.