Home » » Cara Memulakan Perniagaan Kedai Cuci Kereta

Cara Memulakan Perniagaan Kedai Cuci Kereta

Bagaimana cara memulakan perniagaan kedai cuci kereta milik anda sendiri? Penulis cuba memberikan beberapa idea berguna kepada mereka yang berminat untuk membuka kedai cuci kereta berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penulis sendiri.

Perniagaan ini amat berpotensi  untuk memperolehi keuntungan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul, walau begitu jika anda mengatur perniagaan ini dengan cara yang salah, anda akan mengalami kerugiaan disebabkan persaingan dari perkhidmatan kedai cuci kereta  yang lain.

Pemilihan kawasan untuk perkhidmatan cuci kereta
Jika anda benar-benar untuk memulakan perniagaan ini, anda harus menentukan dimana lokasi atau kawasan tempat anda memulakan kedai perkhidmatan cuci kereta . Pemilihan lokasi adalah penting bagi strategi pertama permulaan bisnes ini. Selalunya kawasan tumpuan orang ramai seperti berhampiran dengan pusat membeli belah, kawasan perumahan, laluan utama kenderan adalah lokasi yang betul bagi memulakan perniagaan ini.
Kedai cuci kereta
Gambar Hiasan
Anda harus peka terhadap kawasan-kawasan tanah yang terbiar berhampiran dengan jalan utama, berhampiran dengan perumahan, kawasan bandar atau berhampiran dengan pusat membeli belah  dan cuba mencari pemilik sebenar tanah atau kawasan  tersebut dan anda mungkin boleh berbincang dengan pemilik mengenai hasrat anda, sekiranya persetujuan tercapai, adalah wajib anda membuat surat perjanjian sewa tapak  mengenai perniagaan ini untuk mengelakkan masalah atau perkara berbangkit di kemudian hari.

Bajet memulakan  perniagaan kedai cuci kereta
Sudah tentunya apabila anda ingin memulakan perniagaan ini, anda telah memiliki modal atau wang untuk memulakan bisnes. Untuk menentukan bajet sebenar bagi memulakan perniagaan ini, anda harus memikirkan kos  membuat pondok kecil untuk peralatan mencuci kereta, pondok dan kerusi untuk pelanggan menunggu, sambungan paip air, peralatan-peralatan mencuci kereta seperti  mesin dan penyembur cuci kereta, kain mengelap, sabun-sabun khas untuk mencuci kereta, peralatan vacuum, peralatan wax dan polish, wiring sambungan elektrik, kos gaji pekerja dan lain-lain lagi.

Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhan Jaya Syarikat Malaysia) dan lessen dari PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)
Sekiranya ada telah memiliki sebuah kedai perkhidmatan cuci kereta atau ‘car wash’,  adalah wajib anda untuk mendaftarkan perniagaan anda di mana-mana cawangan SSM berhampiran dengan tempat tinggal anda dan juga lesen dari pihak berkuasa tempatan. Selalunya prosuder bagi memohon lesen atau permit dari PBT berbeza-berbeza mengikut negeri atau daerah. Anda wajib untuk mendapatkan lesen untuk mengelakkan tindakan yang dikenakan keatas perniagaan anda.

Pemilihan pekerja
Bagi menjadikan perniagaan anda berjalan lancar, anda harus memilih pekerja yang sesuai dengan memilih kreteria seperti, badan yang sihat, bebas dengan penyalahgunaan dadah, bebas dengan jenayah dan yang paling penting, individu tersebut adalah seorang yang rajin dan jujur. Pemilihan pekerja harus dipilih dengan teliti kerana dengan pekerja lah yang mencorakkan hala tuju perniagaan anda sama ada berjaya ataupun sebaliknya.

Tips untuk berjaya dalam bisnes perniagaan cuci kereta

Motivasi kepada pekerja- Pekerja anda diumpamakan  nadi kepada perniagaan anda kerana tanpa mereka bisnes anda tidak boleh beroperasi. Anda harus memberikan motivasi kepada pekerja anda untuk melakukan pekerjaan mereka dengan sebaik mungkin dan katakan kepada pekerja anda, tanpa perkhidmatan yang terbaik, gaji mereka mungkin tiada kerana kerana kekurangan pelanggan datang disebabkan mutu perkhidmatan yang kurang baik. 

Anda mungkin boleh memberikan komisyen kepada pekerja anda bagi setiap kereta yang dicuci, misalnya komisyen berjumlah RM1 bagi setiap kereta yang dicuci tidak termasuk gaji dan kerja lebih masa. Prinsip ini dikatakan sebagai ‘menang-menang’ dimana anda memperolehi keuntungan dan pada masa yang sama pekerja anda mendapat sedikit komisyen hasil usaha mereka sepanjang hari. Situasi ini sudah tentunya akan menaikan motivasi perkerja anda untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk mencuci kereta.

Pemantauan pekerja- Untuk menjadikan perniagaan anda berjalan dengan lancar, anda harus sentiasa memantau perniagaan anda dan sekali sekala harus turut serta untuk mencuci kereta untuk melihat sendiri prestasi perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja kepada pelanggan di kedai anda. Melantik seorang ketua yang berpengalaman dan jujur bagi memantau pekerja yang lain mungkin harus diambil kira bagi menambahkan lagi kelancaran perniagaan anda.

Perkhidmatan terbaik- Apa yang paling penting dalam bisnes ini adalah perkhidmatan yang terbaik harus dilakukan semasa mencuci kereta pelanggan-pelanggan yang datang untuk mencuci kereta. Perkhidmatan terbaik merangkumi, kepuasan pelanggan terhadap kereta yang dicuci, masa menunggu tidak terlalu lama, ruang menunggu yang selesa, dan harga perkhidmatan mencuci kereta yang bersesuaian. Jika perkhidmatan ini diamalkan oleh pekerja anda sebaik mungkin, sudah tentunya ramai pelanggan yang datang untuk mencuci kereta di kedai anda dan tidak mengherankan pelanggan ini akan datang semula ke kedai anda untuk mencuci kereta mereka.

Anggaran Keuntungan- Cuba anda bayangkan, apabila anda memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, dalam sehari kedai anda dikunjungi banyak pelanggan untuk mencuci kereta. Misalnya dalam sehari terdapat 100 buah kereta yang datang di kedai anda. Berapa keuntungan anda?jika anda akan mengenakan kadar bayaran RM 10 bagi setiap kereta yang dicuci luar dan dalam kereta, keuntungan kasar anda dalam sehari adalah RM1,000 dan jika di darabkan dalam sebulan pendapatan kasar anda adalah sebanyak RM31,000. Ini tidak termasuk perkhidmatan polish dan wax dimana kadar bayaran ini berbeza dengan kadar bayaran bagi cucian biasa. Bagaimana? Perniagaan ini sangat menguntungkan jika dilakukan dengan cara yang betul.

Rangka kerja- Ini adalah asas-asas atau gambaran penerangan ringkas bagaimana memulakan perniagaan perkhidmatan kedai cuci kereta yang boleh menguntungkan anda. Rangka kerja haruslah dilakukan dengan penuh teliti sebelum memulakan perniagaan ini kerana ramai yang cuba berjinak-jinak dengan bisnes ini telah mengalami kerugian kerana kekurangan  ilmu yang betul menjadikan bisnes mereka tidak menjadi seperti yang diharapkan ditambahi pula dengan persaingan dari perkhidmatan cuci kereta yang lain. Semoga info ringkas ini bermanfaat dan semoga berjaya dengan perniagaan anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.