Home » » Cara Lajukan Internet Yang Slow

Cara Lajukan Internet Yang Slow

Beberapa hari ini anda mungkin mengalami sambungan internet yang slow sama ada pada komputer anda, laptop atau telefon pintar.

Anda tercari-cari cara lajukan internet yang slow atau lambat. Mungkin artikel ini boleh membantu anda dengan mengikuti beberapa solusi yang disarankan dalam artikel ini dengan berpandukan kaedah yang paling biasa dialami oleh mereka yang mengalami masalah tentang internet yang lambat.

Baiklah, berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.

Cuba menggunakan pelayar yang berbeza
Gunakan pelayar atau browser yang berbeza kerana sesetengah pelayar adakalanya loading yang amat lambat apabila anda membuka laman-laman yang tertentu, misalnya laman yang dipenuhi oleh iklan, laman yang dipenuhi oleh banyak photo, muzik dan sebagainya.

Anda mungkin disarankan menggunakan pelayar Mozilla kerana pelayar ini menepikan  keperluan-keperluan yang tidak diperlukan seperti java script, flash, iklan semasa proses downloading dengan mengistall ads on iaitu ads blocker yang hampir menghilangkan iklan yang tidak relevan.

Selain itu, menggunakan pelayar seperti  Chrome yang menggunakan memori yang amat kecil amat bagus apabila anda membuka laman yang mengandungi flash, java script serta iklan. Menggunakan pelayar yang direka khas untuk sabungan internet yang perlahan seperti Opera Turbo amat membantu anda dalam masalah ini. Anda mungkin boleh mencuba pelayar-pelayar yang dipertingkatkan seperti Fasterfox Lite dan  FastestChrome.
'On' dan 'Off' sambungan internet
Kadang-kadang sambungan internet akan menjadi amat slow apabila di kawasan kediaman anda anda ramai yang menggunakan internet ataupun kawasan yang sesak. Misalnya jika anda menggunakan sambungan wifi, anda mendapati pada waktu-waktu tertentu anda sukar melayari internet kerana ini disebabkan kabel utama internet dikawasan anda hanya satu tetapi digunakan oleh banyak orang. Sambungan internet menjadi lambat selalunya berlaku pada waktu malam dan pada hujung minggu kerana penggunaan internet yang terlalu ramai.

Bagi mengatasi masalah ini mungkin anda boleh  mencuba dengan mematikan sambungan internet dan memasangnya semula, selalunya cara ini berkesan. Sesetengah komputer atau telefon pintar akan ‘jem’ jika penggunaan yang terlalu lama, ‘restart’  telefon atau computer akan menjadikan ia beroperasi secara normal semula.

Buang software, plugin, pelayar, widget  yang tidak diperlukan
Tahukah anda, menggunakan banyak sofware atau plugin yang tidak diperlukan hanya menambah berat telefon pintar atau komputer anda? Ini sebenarnya menyebabkan sambungan internet anda menjadi slow.  Oleh itu lihat semula plugin, extention, pelayar, software di komputer anda dan buang semua yang tidak diperlukan. Jika anda enggan membuangnya, anda masih boleh melumpuhkan plugin yang tidak diperlukan sekiranya anda menggunakan di kemudian hari.

Tutup Tab yang tidak diperlukan
Mungkin semasa anda mencari maklumat-maklumat di internet, anda telah membuka banyak tab misalnya anda membuka web laman sosial seperti Facebook, Twitter, membuka portal-portal berita seperti Berita harian Harian Metro, tanpa menutup tab-tab yang lain. Tahukah anda cara seperti ini adalah satu pembaziran kepada banyak data internet anda dan secara tidak langsung akan menyebabkan talian internet anda akan menjadi slow.

Cookie dan cache sebenarnya berfungsi untuk merekodkan sejarah mengenai carian anda di internet dan juga memudahkan capaian yang lebih cepat. Jika sejarah mengenai carian telah direkodkan terlalu banyak, ia serba sedikit akan menjadikan kelajuan telefon pintar dan komputer anda akan menjadi slow. Jika anda merasakan cookie ini menjadi penyebab kepada internet anda menjadi slow, anda boleh mengubah tetapan internet anda dengan menukar kepada lalai atau membuang segala sejarah carian internet ataupun menetapkan sejarah carian web yang anda percayai sahaja. Bagi pengguna Chrome, klik bahagian paling atas sekali di bahagian kanan komputer anda, klik pada history, dan buang rekod carian yang tidak diperlukan.

Periksa Semula Pakej Perkhidmatan Internet anda
Sudah tiba masanya anda melihat semula pakej perkhidmatan internet yang anda langgani. Walau begitu, jika and menggunakan perkhidmatan wifi, anda boleh mencuba komputer lain sama ada laju atau sebaliknya.

Jika ujian ini menunjukkan komputer ini mempunyai kelajuan internet yang normal, masalah terletak di komputer anda yang satu lagi.

Jika menunjukkan keputusan yang sama, (internet slow) anda boleh menghubungi pusat perkhidmatan internet anda untuk melihat masalah secara online, jika mereka gagal memberikan kepuasan kepada perkhidmatan internet anda, mungkin anda boleh mencuba perkhidmatan internet dari syarikat lain kerana pada masa ini terdapat banyak syarikat perkhidmatan  internet yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

Komputer perlu dioptimumkan sepenuhnya
Bagi pengguna komputer, anda perlu mengoptimumkan sepenuhnya pengoperasian komputer anda seperti membuang semua program-program yang tidak diperlukan, memasang anti virus yang berbayar untuk kelancaran komputer anda. Ini kerana aktiviti virus di komputer akan menyebabkan sambungan  internet menjadi slow.

Berapakah ram (random ascess memory) di komputer atau telefon pintar anda? Ram yang kecil sebenarnya memberi dampak yang besar mengenai kelajuan internet. Anda mungkin boleh menukar ram pada komputer anda tetapi ram tidak boleh ditukar pada telefon pintar kerana iannya telah ditetapkan  oleh pihak pengeluar.  Penukaran Ram perlu diambil kira sekiranya komputer anda ada jenis yang lama, misalnya window versi xp yang tidak sesuai kepada kelajuan internet pada zaman sekarang.

Mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan membeli komputer yang baru bagi mengoptimumkan sepenuhnya kelajuan internet kerana komputer yang telah lama tidak berupaya menandingi kelajuan internet pada komputer yang baru. Bagitu juga dangan telefon pintar yang murah merangkumi keupayaan ram yang kecil menjadikan kelajuan internet yang amat slow.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.