Home » » Cara Kemas Rumah Dengan Betul

Cara Kemas Rumah Dengan Betul

Bagaimana cara kemas rumah dengan betul? Sesetengah orang memang pandai mengemas rumah hinggakan rumahnya sentiasa kelihatan bersih tetapi tanpa disiplin yang betul, rumah akan kembali tidak terurus, bersepah selepas beberapa hari dari dibersihkan.

Kebanyakkan orang mengalami masalah ini dan hal yang paling teruk, rumah yang sebelum ini sentiasa dibersihkan telah bersepah dengan peralatan peribadi, sampah sarap kerana semangat untuk membersihkan rumah telah hilang disebabkan perasaan malas dan hal ini akan bukan sahaja akan  mengundang penyakit kerana pengabaian kebersihan tetapi kita akan merasa malu kerana orang yang datang mengunjungi rumah kita dalam keadaan rumah kita kotor dan bersepah.

Perkongsian tips ini mengajar anda bagaimana menjadikan rumah anda sentiasa kemas dan bersih. Rumah  yang bersih bukan sahaja  akan menenangkan fikiran anda dengan persekitaran yang selesa dipandang tetapi ia akan mempengaruhi keseluruhan kehidupan dan pekerjaan anda kerana selalunya kebersihan dari rumah lah menjadikan segala pekerjaan anda teratur kerana amalan disiplin yang sentiasa diamalkan di dalam diri. Baiklah berikut adalah beberapa tips dan cara mengemas rumah anda dengan cara yang betul.

Asingkan barang-barang yang tidak diperlukan
Apa yang perlu anda lakukan adalah, mengasingkan segala barang-barang di dalam rumah anda terhadap barangan yang tidak diperlukan. Misalnya semasa anda berhasrat membersihkan rumah anda, perhatikan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam rumah seperti kertas-kertas, botol, bekas plastik, tin-tin kosong, perabot yang rosak dan sebagainya dan kumpulkan di satu tempat  dan buang ke tempat pembuangan sampah.
Cara kemas rumah
Gambar Hiasan
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
Apabila anda selesai mengasingkan dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan, seterusnya anda perlu menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur dan kemas. Misalnya seperti  rak kasut dimana, kasut-kasut dan selipar perlu disusun dengan teratur, meja makan perlu dikosongkan dari barang-barany yang tidak diperlukan, pinggan mangkuk, sudu, kuali perlu disusun dengan kemas, kedudukan kusyen di ruang tamu disusun dengan teratur dan pastikan tiada barang seperti pakaian anda berada di kawasan tersebut, pakaian-pakaian anda disusun kemas di almari, peralatan mandi seperti sabun, ubat gigi, syampu perlu disusun ke dalam bekas yang disediakan. Pendek kata, jadikan semua barangan di dalam rumah kelihatan kemas dan teratur.

Sapu dan bersihkan dalam rumah
Setelah anda menyusun kesemua barangan yang diperlukan di dalam rumah anda, langkah seterusnya adalah menyapu dan membersihkan habuk di kawasan lantai, meja dan perabot-perabot, tv, serta tingkap rumah anda.

Seragamkan barang-barang setiap masa
Pastikan setiap barangan di dalam rumah disusun dengan seragam supaya kelihatan kemas. Jika barang-barang tidak disusun dengan seragam, ia kelihatan tidak cantik dipandang kerana disusun dengan tidak sekata. Barangan yang perlu disusun mengikut keseragaman adalah seperti alat-alat mekap, pakaian-pakaian kerja, perabot-perabot, buku-buku, pinggan mangkuk dan semua barangan anda yang lain.

Gunakan prinsip sentiasa amal
Untuk memastikan kebersihan rumah anda sentiasa bersih dan kemas sepanjang masa, tanamkan prinsip di dalam diri sendiri dan semua ahli keluarga di dalam rumah anda untuk mengamalkan lima prinsip utama mengenai cara membersihkan di dalam rumah anda iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal.

Idea asal artikel ini adalah diambil dari prinsip 5s, yang diamalkan oleh semua jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia bagi memastikan kebersihan di semua jabatan kekal terpelihara. Penulis melihat, prinsip ini amat bagus dan harus diterapkan ke dalam diri semua orang bukan sahaja bagi menjaga kebersihan dan kekemasan di tempat kerja tetapi  harus diamalkan di rumah mereka sendiri.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.