Home » » Cara Cek Kuota Internet Digi

Cara Cek Kuota Internet Digi

Hello, bagaimana cara cek kuota internet digi? Sesetengah dari anda yang menggunakan talian telco Digi adakalanya terlupa mengingati kod yang paling penting terutamanya mengenai kuota internet anda.

Adalah wajib untuk mengingati hal ini agar anda tahu sejauh mana pengunaan internet yang anda gunakan.

Bagi cara yang selalu digunakan oleh pengguna Digi, kebanyakan mereka menggunakan cara yang agak lambat dengan mendail  *128# dan seterusnya  dipaparkan menu pilihan dan anda harus memilih menu-menu pilihan seperti berikuti berikut

Internet >>Check Quota>>Current  Internet Package= Paparan maklumat penuh kuota internet anda

Untuk pengetahuan anda cara ini agak lambat sebenarnya, cara yang paling cepat bagi mengetahui kuota internet anda adalah dengan cara mendail,

*200# dan pilih Check kuota, seterusnya anda akan melihat paparan maklumat penuh mengenai jumlah penggunaan internet dan dan jumlah baki kuota internet anda yang  masih boleh digunakan. Bagaimana mudah bukan? Cuba lah melihat baki kuota internet anda sekarang !
Bagi yang ingin melakukan langganan internet melalui Digi, penulis telah pun melakukan penulisan mengenai plan-plan  internet ini di tajuk Senarai Plan Kuota Internet Untuk Digi Prepaid. Melalui tulisan ini anda akan mengetahui plan-plan internet digi yang ada dan pilih lah yang sesuai mengikut kesesuaian anda.

Bagi mereka yang ingin memilih plan internet dengan mendail *128#, anda akan dipaparkan menu pilihan dan anda harus memilih menu-menu pilihan seperti berikut

Internet>>Internet Package= Paparan maklumat mengenai pakej internet

Apabila anda melihat paparan pakej internet anda harus memilih salah satu pakej tersebut mengikut dengan kesesuaian yang anda inginkan. Misalnya, jika anda ingin memilih pakej internet harian bagi 150MB, anda akan dikenakan caj sebanyak RM3.

Maklumat-maklumat mengenai artikel ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang plan digi. Jika terdapat sebarang pembetulan dan mungkin terdapat cara yang lebih mudah, sila kongsikan dengan kami disini untuk pengetahuan bersama. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak mengenai plan-plan terbaru digi, kunjungi lalh web rasmi mereka di alamat ini (https://new.digi.com.my). Semoga info ini bermanfaat buat anda!

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.