Home » » Cara Belajar Sambil Bekerja

Cara Belajar Sambil Bekerja

Bagaimana caranya belajar sambil bekerja? Tentunya ini adalah impian bagi kebanyakan pelajar selepas menamatkan pelajaran mereka di  peringkat sekolah menengah, kolej atau peringkat universiti bagi menampung kos pembelajaran yang agak mahal.

Bekerja adalah altenatif yang baik bagi mengumpulkan wang sebelum memulakan pengajian. Kadang-kadang amat sukar untuk memilih kolej yang flexible dan menepati masa bagi golongan yang bekerja hinggakan ramai yang tidak dapat melanjutkan pengajian mereka walaupun sebenarnya mereka memiliki kelayakan yang sesuai bagi meneruskan pelajaran mereka.

Sebenarnya di Negara ini terdapat banyak kolej atau universiti yang menawarkan pembelajaran dan krusus kepada golongan pekerja tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Menurut kajian, kebanyakannya golongan lelaki di Negara ini terpaksa menanguhkan hasrat mereka untuk menyambung semula pelajaran kerana mungkin masalah kewangan yang dihadapi atau keinginan untuk berdikari.
Belajar sambil bekerja
Gambar hiasan

Walau begitu, apabila anda telah  berada di alam pekerjaan, cabaran yang amat terbesar bagi anda adalah kesuntukan masa untuk belajar dan kesukaran membahagikan masa belajar kerana tekanan di alam pekerjaan. Untuk merealisasikan hasrat untuk belajar, pengorbanan masa dan tenaga harus ada pada diri seseorang untuk mencapai keinginan ini kerana ianya tidak sama seperti situasi di dalam perekolahan yang tidak  bekerja.

Kajian menunjukkan, university yang terbaik dan popular bagi golongan pekerja di Negara ini adalah Universiti Terbuka Malaysia ( UNITEM) @ Open University (OUM).  Mengikut latar belakang, universiti  swasta ini dikatakan gabungan bagi universiti-universiti tempatan di Malaysia dan telapun diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Apa yang menariknya universiti ini menawarkan pelbagai course di peringkat diploma dan peringkat ijazah kepada calon pelajarnya dan sistem pembelajaran yang paling flexible yang mana menggunakan sistem ODL atau Open Distance Learning. Ini bermakna anda belajar melalui sistem online sepenuhnya dan hadir kuliah di pusat pembelajaran hanya dua kali seminggu pada hari sabtu dan ahad. Jika anda tidak dapat hadir kelas anda boleh memohon melalui online berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengurusan universiti.

 Jika anda ingin berhasrat untuk belajar dan pada masa yang sama anda sedang bekerja , anda tidak mempunya sebarang masalah jika anda belajar di OUM. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai universiti ini, anda boleh melayari web mereka di www.oum.edu.my.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.