Home » » Cara Atasi Tanaman Halia Tidak Hidup Subur Akibat Kemarau

Cara Atasi Tanaman Halia Tidak Hidup Subur Akibat Kemarau

Artikel ini adalah memberi panduan kepada usahawan tanaman halia bagi mengatasi tanaman halia yang tidak hidup subur yang menyebabkan benih halia hanya berukuran kecil walau pun  tanaman halia tersebut telah pun matang berumur diantara lapan hingga sembilan bulan.

Panduan ini bagi mereka yang tidak menggunakan baja untuk menjadikan benih halia hidup subur kerana penggunaan baja terhadap tanaman halia menjadikan benih halia cepat untuk matang, cepat rosak dan menurut orang ramai, halia yang menggunakan baja mempunyai rasa yang tawar apabila digunakan dalam masakan.

Seorang kenalan di negeri Sabah telah mengimport dua kontena halia dari Negara China untuk dijual di Malaysia tetapi telah mengalami kerugian kerana banyak benih halia telah rosak. Ini disebabkan penggunaan baja keatas tanaman halia menjadikan daya tahan halia China tidak bertahan lama.

Jika halia Sabah, kebanyakan usahawan di negeri ini tidak menggunakan baja sebagai penyubur kepada tanaman ini kerana mereka mengetahui penggunaan baja menberikan kesan yang kurang baik terhadap hasil  tanaman mereka.

Ramai peniaga-peniaga terutamanya dari Kuala Lumpur sanggup datang di negeri Sabah semata-mata untuk mendapatkan halia Sabah yang berkualiti tinggi kerana ditanam tanpa menggunakan baja. Baik, tips ini sebenarnya diperolehi dari pengusaha halia dari daerah Tambunan Sabah yang mana beliau telah mengusahkan tanaman halia telah bertahun-tahun lamanya dan memperolehi keuntungan berpuluh-puluh ribu hanya dari mengusahkan tanaman halia.

Menurut usahawan halia yang berpengalaman di daerah Tambunan, kadang-kadang tanaman halia tidak menjadi disebabkan oleh kemarau yang panjang menyebabkan tanaman halia ini tidak akan hidup subur dan benih halia juga tidak akan berkembang. Apabila hal ini berlaku, ia susuatu bencana kepada pengusaha-pengusaha halia kerana hasil yang diharapkan tidak menjadi dan inilah yang menyebabkan ramai pengusaha halia yang baru berputus asa dan membiarkan ladang halia mereka tanpa penjagaan yang sepatutnya.

Kemarau tidak selalunya panjang, ini lah tips yang diberikan oleh pengusaha halia dari Tambunan. Jika hal ladang halia tidak menjadi, jangan berputus asa, fokus kepada tanaman halia anda walaupun tempoh matang halia telah pun mencapai Sembilan bulan dan tidak mengeluarkan hasil yang baik. Apa yang perlu dilakukan, bersihkan semula tanaman halia setelah kemarau berlalu dengan menghapuskan rumput-rumput liar atau tanaman penggangu di sekitar tanaman halia dan tunggu sehingga beberapa bulan lagi dengan memastikan tanaman halia tidak diganggu oleh rumput-rumput liar.
Halia Tambunan Sabah
Halia Tambunan Tanpa Menggunakan Baja
Menunggu beberapa bulan lagi bagi memastikan benih halia yang tidak berkembang baik disebabkan oleh kemarau  akan mengeluarkan tunas yang baru semula dan akan berkembang serta menghasilkan halia yang boleh dijual di pasaran,  Walaupun pengeluaran hasil yang agak lambat tetapi segala usaha dan teknik yang betul akan mendatangkan hasil yang diimpikan.

Tekniknya adalah mudah, benih halia yang ditanam sebelum ini akan mengeluarkan  tunas-tunas yang baru disebabkan penjagaan yang betul dengan membersihkan tanaman halia dari gangguan rumput-rumput liar, penjagaan yang konsisten akan menjadikan tanaman ini akan hidup subur semula apabila cuaca kembali seperti sedia kala.

Daerah Tambunan adakalanya akan mengalami kemarau yang panjang dan cuaca ini menyebabkan para pengusaha tanaman halia terpaksa melakukan altenatif tips ini kerana kesukaran untuk mendapatkan sumber air di kawasan tanah yang berbukit apabila kemarau berlaku.

Perkongsian tips ini hasil penceritaan ikhlas dari usahawan-usahawan tanaman halia dari daerah Tambunan Sabah dimana mereka telah menghasilkan tanaman halia yang berkualiti tinggi selama bertahun-tahun bertahun-tahun lamanya dan dengan mengusahkan tanaman halia ini lah ramai usahawan halia dari daerah ini yang telah menjadi jutawan.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.