Kereta rosak semasa dalam perjalanan sama ada semasa anda pergi
berjalan-jalan untuk bershopping, semasa melawat rumah kawan, semasa dalam
perjalanan balik kampung, dalam perjalanan ke tempat kerja atau hal-hal lain, sepatutnya, boleh diselesaikan dengan cara yang mudah jika anda melakukan
persediaan-persedian untuk mengatasi kereta anda rosak secara tiba-tiba di
tengah jalan.
Tentunya kereta rosak di tengah jalan adalah satu hal yang malang bagi kita kerana segala perancangan yang kita rancang pada hari tersebut tidak dapat dilakukan kerana kereta mengalami kerosakan.
Ini adalah sedikit panduan asas penjagaan kereta yang perlu anda tahu dan lakukan sebelum kereta anda mengalami masalah di tengah jalan dan tip cara mengatasi sekiranya kereta anda rosak di tengah jalan
Tentunya kereta rosak di tengah jalan adalah satu hal yang malang bagi kita kerana segala perancangan yang kita rancang pada hari tersebut tidak dapat dilakukan kerana kereta mengalami kerosakan.
Ini adalah sedikit panduan asas penjagaan kereta yang perlu anda tahu dan lakukan sebelum kereta anda mengalami masalah di tengah jalan dan tip cara mengatasi sekiranya kereta anda rosak di tengah jalan
Pentingnya mengetahui asas penjagaan kereta
Melalui pengalaman penulis, beberapa pengetahuan asas
penjagaan kereta perlu diketahui untuk mengelak berlakunya kerosakan kereta
anda secara tidak dijangka. Pengetahuan ini amat penting untuk mengetahui
unsur-unsur kerosakan awal pada kenderaan anda dan ia mampu mengelak daripada
kerosakan yang bertambah teruk. Asas-asas penjagaan kereta yang perlu diambil
kira adalah;-
1. Tayar
Setiap kali anda memandu kereta anda pastikan anda melihat
keempat-empat tayar kereta untuk memastikan tekanan angin pada tayar mencukupi.
Penggunaan penyukat tekanan angin amat penting untuk memastikan tekanan angin
pada tayar dalam tekanan yang betul. Selain itu pastikan anda melihat tayar
tidak mengalami tanda-tanda kehausan (tayar rosak akibat masalah aligment).
Selalunya setiap kali anda menukar minyak hitam, anda mesti
melakukan aligment tayar dan rotation tayar anda untuk memanjangkan tempoh
hayat tayar anda kerana jika anda tidak melakukan rutin penjagaan ini, tempoh
hayat tayar anda akan menjadi pendek kerana tayar anda akan cepat rosak akibat
kerosakan pada tayar anda. Hantar kereta anda di mana-mana kedai tayar untuk
aligment tayar dan melakukan rotation tayar (jika perlu) setiap kali anda
menukar minyak enjin.
2. Minyak enjin
Minyak enjin berfungsi untuk memastikan operasi enjin kereta
sentiasa berfungsi dengan baik. Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin
anggaran seminggu sekali keatas minyak enjin dengan melihat pada penyukat.
Disyorkan anda melakukan pemeriksaan minyak enjin pada waktu pagi sebelum anda
menghidupkan kenderaan anda dan pastikan minyak enjin berada di level yang
normal dan pastikan juga paras minyak tidak menurun dari sukatan normal.
Jika paras minyak hitam menurun dari sukatan normal atau
menurun di had minima yang ditetapkan, enjin anda mungkin mengalami masalah.
Pastikan tiada tanda-tanda 'leaking' kebocoran pada pada bahagian-bahagian enjin. Jika minyak enjin berkurangan,
selalunya berlaku leaking minyak hitam dan boleh dilihat minyak hitam menitis pada
bawah enjin.Anda perlu menghantar kereta di bengkel untuk pemeriksaan dengan
lebih lanjut. Selain itu, anda mesti menukar minyak enjin apabila mileage
penukaran telah sampai, penukaran minyak enjin untuk menjamin jangka enjin
kereta anda.
3. Pemeriksaan Radiator coolant
Radiator rosak akan menyebabkan enjin kenderaan anda menjadi
panas, pastikan pada waktu seawal pagi anda harus memastikan paras air coolant
masih berada di level yang normal. Air coolant menurun secara mendadak mungkin
disebabkan radiator anda telah mengalami kebocoran. Kereta rosak di tengah
jalan dan enjin berasap disebabkan enjin mengalami kepanasan yang melampau
disebabkan kerosakan pada radiator.
4. Minyak brek
Minyak brek berfungsi menjamin berek anda berfungsi dengan
baik. Minyak ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya dengan memastikan
level minyak brek sentiasa di paras yang normal. Jika minyak ini menunjukkan
tanda-tanda pengurangan, anda hanya tambahkan semula minyak enjin.
5. Minyak power stering
Minyak power stering berfungsi untuk menjamin kelancaran
stering kenderaan anda. Pastikan jika minyak power stering berkurangan, anda
hanya perlu tambahkan semula minyak power stering.
6. Bateri kereta
Masalah yang sering dihadapi oleh orang ramai terhadap
kereta mereka adalah berfunca dari masalah pada bateri kereta. Apabila bateri
kereta telah mencapai tempoh jangka hayat, bateri ini akan menjadi 'weak' dan
menjadi sukar untuk menghidupkan kereta anda. Bagi mereka yang menggunakan
'bateri basah', pastikan anda sentiasa memantau level air bateri pada kenderaan
anda untuk menjamin jangka hayat kereta anda.
Bagi mereka yang menggunakan bateri kering, selalunya ia
tidak menunjukkan tanda-tanda bateri akan 'weak', oleh itu anda harus melakukan
persediaan awal dengan membeli bateri kereta yang baru apabila bateri kering
telah mencapai setahun lebih kerana jangka hayat bateri kering anggaran dalam
setahun lebih hingga dua tahun sahaja.
7. Memastikan tiada minyak 'leaking' pada enjin kereta
Pada waktu pagi, sebelum anda menghidupkan kereta anda
pastikan tiada minyak ‘leaking’ pada bahagian enjin atau bawa kereta anda.
Minyak leaking berpunca terdapatnya kebocoran pada bahagian enjin kenderaan
anda seperti di bahagian seal box minyak
hitam, distributor, penutup minyak enjin, dan bahagian-bahagian lain. Jika
terdapat kebocoran berpunca dari minyak enjin, hantar kereta anda di bengkel
dengan segera.
Itu adalah sedikit panduan mengenai penjagaan enjin kederaan
anda yang anda perlu tahu untuk mengelak kereta anda rosak secara tiba-tiba ketika berada dalam
perjalanan. Walau begitu, hari tidak selalunya cerah, setiap orang yang
memiliki kereta pernah merasa kereta mereka break down semasa dalam perjalanan.
Oleh itu berikut adalah tips-tips yang perlu anda lalukan jika anda mengalami
kerosakan kereta ketika berada di dalam perjalanan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah, cuba untuk bertenang,
alihkan kereta anda di tepi jalan jika boleh, ianya bertujuan untuk tidak
menghalang kereta anda dari laluan keret lain. Arahkan semua penumpang keluar
jika ada di dalam kereta anda dan amat penting menyalahkan lampu kecemasan
untuk tujuan memberitahu kenderaan lain, anda berada dalam kecemasan dan ini
membolehkan kenderaan lain tidak melalui di laluan kenderaan anda. Jika anda mempunyai kun, letakkan beberapa meter
di belakang kenderaan anda sebagai isyarat kecemasan.
Buka bonet hadapan kereta anda dan cuba untuk melihat di
mana kerosakan yang berlaku, jika anda tidak mengetahu mengenai asas-asas enjin
kereta ada baiknya anda menghubungi kawan-kawan yang tinggal berhampiran dengan
kawasan tersebut dan pastikan kawan anda mengetahui hal-hal mengenai kereta. Jika
dalam kawasan tersebut tiada rakan anda yang tinggal, hubungi mekanik yang anda
kenal untuk datang melakukan pemeriksaan keatas kereta anda.
Walau begitu, jika masalah berpunca dari tayar yang bocor,
mungkin anda boleh melakukan penukaran sendiri dengan tayar spare. Jika anda
seorang wanita dan tidak mengetahui cara-cara untuk menukar tayar kenderaan,
anda perlu menghubungi kawan-kawan yang terdekat, mekanik, atau jika boleh
pihak insuran anda untuk membantu anda.
Sekiranya kenderaan anda memerlukan towing untuk membawa
kereta anda di bengkel untuk tujuan baik pulih, anda disarankan menggunakan
khidmat towing insuran anda kerana ia adalah percuma tetapi ianya bergantung
kepada jarak yang ditetapkan oleh pihak insuran. Sekiranya kereta anda rosak di
kawasan yang jauh dari bandar, anda masih boleh menghubungi panel insuran untuk
menarik kereta anda tetapi anda terpaksa
mengeluarkan wang anda untuk membayar kos upah menarik kereta tersebut.
Jika insuran anda
tidak menyediakan perkhidmatan tarik kereta, anda terpaksa menghubungi syarikat
towing di kawasan tersebut untuk melakukan penarikan kereta anda untuk membawa
ke bengkel yang berhampiran.
Ini adalah perkongsian-perkongsian menurut pengalaman
penulis sendiri mengenai asas penjagaan kereta dan idea yang harus dilakukan
apabila berhadapan situasi kereta rosak di tengah jalan. Jika anda mempunyai
idea yang lebih baik, sila berkongsi kepada
kami disini.
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.