Home » » Telinga Berdesing Disebabkan Penyakit Tinnitus

Telinga Berdesing Disebabkan Penyakit Tinnitus

Pernahkah anda mengalami  telinga berdesing?  Menurut pakar kesihatan, telinga berdesing disebabkan penyakit tinnitus.

Apakah tinnitus? Ia juga dikenali sebagai Ti-ni-tis ataupun nada di dalam telinga seperti  seolah-olah bunyi degupan selari dengan degupan jantung, deringan, desiran, siualan atau bunyi-bunyi yang lain.

Bunyi ini adakalanya berterusan, kadang putus-putus dan selalunya amat ketara kedengaran semasa kita tidur pada waktu malam dalam keadaan suasana yang sunyi.

Di Negara United State, dikatakan tinnitus adalah perkara biasa bagi lima puluh juta penduduknya  dan menganggapnya sebagai penyakit bagi kegusaran kepada hal-hal yang tertentu.

Walau begitu penyakit ini amat menganggu semasa tidur pada malam hari dan memberikan implikasi yang serius kepada perhubungan, suasana tempat kerja dan seterusnya memberikan tekanan kepada jiwa dan perasaan.
Telinga berdesing
Sebenarnya implikasi tinnitus lebih kepada kehilangan pendengaran seseorang  tetapi tidaklah seteruk kehilangan pendengaran terus kerana selalunya tinnitus adalah simptom sementara disebabkan beberapa factor yang menjadikan telinga berdesing.

Sesetengah kes, terdapat individu yang akan menjadi terlalu amat sensitif kepada bunyi hinggakan terpaksa menutup telinga bagi meredahkan masalah yang dialami.


Dalam kes tinnitus yang paling teruk, ia mungkin permulaan awal kepada kehilangan pendengaran disebabkan oleh jangkitan pada telinga atau telinga tersumbat. Walau begitu pendengaran anda akan kembali normal seperti  biasa apabila penyakit di telinga anda dirawat.

Untuk pengetahuan anda, kadang-kadang semasa dalam proses penyembuhan pada telinga akibat penyakit ini, anda akan merasakan telinga anda akan berdesing selama beberapa hari dan sudah tentunya ia menganggu aktiviti seharian anda.

Mungkin idea untuk menutup telinga anda adalah langka yang boleh menyelesaikan masalah anda.

Penyebab-penyebab bagi penyakit tinnitus adalah berpunca dari pendedahan yang terlalu lama kepada bunyi yang kuat.

Menurut kajian sembilan puluh peratus mempunyai tahap kehilangan pendengaran disebabkan oleh bunyi yang bising.

Bunyi yang menyebabkan kerosakan pada telinga akan mengakibatkan kerosakan yang kekal pada bahagian sel-sel sensitif koklea, sel ini adalah sesuatu organ berupa lingkaran di dalam telinga bahagian dalam.

Selalunya mereka yang terdedah kepada penyakit tinnitus adalah golongan yang bekerja sebagai juruterbang, tentera, ahli-ahli muzik rock, pekerja pembinaan jalan, tukang-tukang kayu, mereka yang bekerja dengan senjata api, dan  pekerja landskap.

Selain itu juga golongan yang bekerja dengan alat peranti keras, berkerja dengan mesin gergaji ataupun mereka yang kerap mendengar muzik secara berterusan atau mendengar sesuatu bunyi yang amat kuat secara tiba-tiba juga akan menyebabkan masalah tinnitus.

Penyataan diatas adalah sebab-sebah utama bagi punca telinga berdesing, walau begitu terdapat 1001 punca yang menyebabkan penyakit tinnitus antaranya adalah seperti:

1. Jangkitan pada saluran telinga disebabkan oleh infeksi fungus, bakteria atau jangkitan virus. Telinga yang tersumbat juga antara penyebabnya dimana terjadinya pengumpulan lilin yang berlebihan di dalam saluran telinga.

Terjadinya tumor pada pada kawasan saraf benigna dimana saraf ini berfungsi sebagai saraf pendengaran.

2. Pengambilan ubat-ubat tertentu akan memberikan kesan sampingan yang amat berpotensi kepada penyakit tinnitus seperti ubat-ubatan sedatif, kuinin, aspirin, antibiotik, antideprisi, dan anti-inflamasi.

3. Umur yang telah meningkat dimana proses penuaan semulajadi akan berlaku, hal ini akan mengakibatkan merosotnya kokela ataupun bahagian-bahagian lain di dalam salur telinga seseorang.

4. Penyakit yang menjejaskan saluran dan bahagian-bahagian dalam telinga yang dikenali sebagai penyakit meniere.

Penyakit ini akan mengakibatkan gejala vertigo (penglihatan berputar) secara tiba-tiba disusuli dengan masalah tinnitus dan tekanan pada telinga.

Bagi kebanyakan kes, penyakit ini lebih menyerang pada hanya satu bahagian telinga sahaja.

5. Pengerasan tulang kecil yang tumbuh berlebihan berada di dalam kawasan telinga tengah dan telinga dalam yang lebih dikenali sebagai penyakit otosclerosis.

Penyakit ini akan menyebabkan tuli dan menyebabkan telinga akan berdengung.

6. Masalah-masalah kesihatan misalnya mengalami tekanan darah tinggi, masalah pada peredaran darah, kencing manis, ketidak aktifan kelenjar tiroid, penyakit kardiovaskular, penyakit alahan dan anemia.

7. Leher bermasalah atau rahang, contohnya sindrom sendi temporomandibular dimana sindrom ini akan mengakibatkan kesakitan semasa mengerakkan rahang akibat berlakunya peradangan di bahagian otot pengerak rahang dan bahagian sendi.

Sindrom ini akan menyebabkan ganguan semasa mengunyah , merasa kesakitan pada telinga, kepala dan leher.

8. Mengalami kecederaan di bahagian leher dan juga kepala.

Bagi mereka yang sering meminum arak, merokok, makan makanan tertentu, minum minuman yang mengandungi kafien seperti kopi, nascafe, masalah tinnitus akan menjadi bertambah buruk.

Hentikan tabiat-tabiat ini untuk mengurangkan penyakit yang dialami. Selain itu keletihan juga akan menjadikan penyakit telinga berdesing akan bertambah buruk.

Bagi kepercayaan kebanyakan penduduk di Asia Tenggara terutama sekali Malaysia, telinga berdesing dikatakan lebih sinonim kepada mesej atau tanda mengenai sesuatu yang berlaku keatas diri seseorang, walau begitu sukar untuk mengetahui sejauh mana kebenaran kepercayaan tersebut.

Rujukan: Webmd, spesialis, doctordigital




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.