Home » » Resepi Ayam Masak Kicap Sabah

Resepi Ayam Masak Kicap Sabah

Penulis ingin berkongsi satu resepi amat sedap dan ringkas iaitu resepi ayam masak kicap Sabah. Resepi ini amat terkenal di negeri Sabah terutamanya penduduk tempatan kerana keenakannya yang unik, simple dan lazat.

Penulis bukanlah pakar masakan tetapi penulis mengkaji semula melalui pertanyaan-pertanyaan melalui rakan-rakan yang pandai memasak dan menyediakan resipi ini.

Jika anda datang di mana-mana majlis khawin di negeri ini, resepi ini wajib dihidangkan kepada tetamu jemputan dan hidangan ayam masak kicap ini akan cepat habis kerana terlalu ramai sangat orang  mendapatkan hidangan resepi ini.

Bagi pandangan penulis sendiri, resipi ini memang terbaik walaupun penyediaan bahan-bahan adalah amat ringkas tetapi  boleh menyebabkan anda akan menjilat jari.
Resipi ayam masak kicap
Baik tanpa membuang masa, berikut adalah cara penyediaan resipi ini berdasarkan untuk hanya beberapa individu sahaja:

Bahan-bahan buat resipi ayam masak kicap Sabah

- 1/2 ekor ayam
- Kicap lemak manis@kicap manis
- Kicap soya cair
- Kicap lemak masin
- Kicap pekat
-Garam
- Minyak masak untuk menumis

Bahan yang dihiris halus
- 2 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas halia
- 2 biji cili merah (buang biji)
- 2 ulas bawang besar (belah menjadi 4 bahagian setiap biji)

Cara-cara penyediaan ayam masak kicap Sabah
1.Bersihkan ayam dengan air bersih dan potong menjadi bahagian-bahagian yang kecil.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.

3. Masukkan bawang putih dan bawang merah ke dalam kuali dan gaul sehingga mengeluarkan bau    yang sebati.

4. Masukkan ayam, hirisan halia, bawang besar, dan hirisan cili merah yang telah dipotong,  kacau dan gaul dengan menggunakan sudu bersaiz besar.

5. Masukkan  hirisan halia, bawang besar, dan hirisan cili merah yang telah dipotong.

6. Tutup kuali dengan penutup. Apabila ia telah mendidih, tuang sedikit kicap lemak manis, kicap soya cair, kicap lemak manis, dan lebihkan menuang  kicap pekat ke dalam kuali. Gaul sehingga menjadi sebati.

7. Akhir sekali kecilkan api pada gas, masukkan setengah gelas air bersih ke dalam kuali  dan tutup dengan penutup. Biarkan sehingga mendidih semula dan masukkan sedikit garam sesedap rasa anda dan bersedia untuk dihidangkan. Untuk makluman anda, pastikan bawang besar telah lembut sepenuhnya sebelum resipi ini dihidangkan dan juga kuah mestilah tidak terlalu banyak bagi menjamin kelazatan resipi ini.

Ini adalah cara yang paling ringkas untuk membuat ayam masak kicap negeri Sabah yang amat sedap dan popular di negeri ini. Semenjak mengetahui resipi ringkas ini, penulis kerap menyediakan menu ini untuk masakan untuk diri sendiri. Anda tidak rugi untuk mencubanya kerana resipi ini amat sedap, ringkas dan ia boleh menyebabkan anda untuk menambah nasih di pinggan anda. Selamat mencuba.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.