Home » » Mengatasi Perasaan Takut Naik Kapal Terbang

Mengatasi Perasaan Takut Naik Kapal Terbang

Bagaimana untuk mengatasi takut naik kapal terbang? Perasaan takut untuk naik kapal terbang adalah normal, setiap orang akan melalui perasaan ini ketika menaiki kapal terbang  walau begitu, sesetengah orang amat fobia untuk menaiki kapal terbang (Flying Phobia).

Beberapa tahun ini pula dunia digemparkan dengan beberapa insiden yang menyayat hati terhadap kapal terbang milik negara malaysia Malaysia Airlines Flight 370(MH370) yang gagal dijumpai sehingga sekarang dan Malaysia Airlines Flight 17(MH17) yang ditembak jatuh semasa melalui ruang udara Negara Ukrine.

Beberikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda mengurangkan perasaan takut semasa menaiki kapal terbang.

Perasaan takut naik kapal terbang itu adalah normal
Seperti yang dikatakan sebelum ini, perasaan takut adalah normal selagi kita adalah manusia. Kita tidak boleh lari dari kenyataan ini walau begitu jika anda gagal untuk mengatasi perasaan takut anda, ia dikatakan sebagai fobia, jika anda tidak mengatasi masalah ini anda tidak akan berpeluang untuk melihat tempat-tempat lain yang memerlukan penerbangan untuk sampai di kawasan tersebut.

Ramai individu yang menghabiskan keseluruhan hidup mereka tanpa menaiki kapal terbang kerana mereka takut untuk menaiki flight sedangkan mereka mampu untuk berbuat demikian.
Takut Naik Kapal terbang

Tahukah anda, kebanyakan mereka yang menaiki kapal terbang mempunyai perasaan yang sama seperta anda. Mereka takut menaiki kapal terbang tetapi dalam diri mereka mempunyai kekuatan yang mengatasi ketakutan tersebut hinggakan mereka berani untuk menaiki flight. Mereka sebenarnya telah berpuluh-puluh kali telah menaiki kapal terbang malahan ada yang mencapai sehinga ratusan penerbangan tanpa melalui insiden yang tidak diingini.

Naik kapal terbang lebih selamat dari naik kereta
Menurut kajian oleh pakar-pakar penerbangan, menaiki kapal terbang 66 kali lebih selamat berbanding dengan menaiki kereta. Ini dibuktikan dengan jumlah kes kapal terbang jatuh sepanjang tahun amat kurang berbanding dengan kes kemalangan nyawa membabitkan kereta yang hampir setiap hari meragut banyak nyawa. Merujuk kepada indeks kematian melibatkan kemalangan jalan raya di Malaysia  yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, setiap tahun terdapat enam ribu lebih kematian membabitkan kenderaan berdaftar di Malaysia.

Indeks kematian tersebut menunjukkan betapa berisikonya menaiki kereta  berbanding dengan menaiki kapal terbang. Jika anda merasakan menaiki kereta lebih selamat berbanding dengan menaiki kapal terbang, anda telah salah membuat tafsiran. Jika anda melakukan kajian indeks kemalangan di jalan raya di kebanyakan Negara, perkara yang sama juga anda perolehi seperti di Malaysia dimana ia menunjukkan kadar kematian yang ketara akibat kemalangan di jalan raya.

Fakta beribu penerbangan setiap hari di serata dunia
Semasa anda merasa amat takut untuk menaiki kapal terbang, fikirkan tentang fakta ini, setiap hari di seluruh dunia terdapat beribu-ribu kapal terbang yang berada di udara dan menghala ke destinasi masing-masing tanpa melalui apa-apa insiden  yang tidak diingini berlaku. Rutin ini berlaku setiap hari dan sepanjang tahun tanpa insiden yang tidak diingini. Walau begitu masih terdapat insiden yang membabitkan kapal terbang jatuh dan meragut nyawa tetapi ia sebenarnya masih diketegorikan sebagai kes terpencil kerana ia adalah jarang berlaku.

Berhenti menonton rencana ‘plane crash investegation’
Salah satu penyebab anda phobia untuk menaiki kapal terbang adalah disebabkan mungkin anda pernah atau kerap  menonton rencana penyiasatan mengenai kejadian-kejadian kapal terbang jatuh terhempas terutama di dalam rancangan TV Astro atau dari filem-filem lain. Menonton filem ini akan  memberikan impak yang negative kepada diri penonton itu sendiri kerana filem tersebut memaparkan part yang menakutkan bagi menjadikan rencana tersebut lebih menarik.

Bagi mengurangkan phobia anda mengenai kapal terbang, elakkan dari menonton filem-filem seperti ini kerana ia sebenarnya secara tidak langsung memberikan kesan yang amat mendalam kepada penonton dan sesetengah dari mereka telah menjadi phobia untuk menaiki flight.

Berdoa adalah penyembuh kepada ketakutan
Walau apa pun agama anda, doa adalah terapi yang amat bagus kepada diri anda kerana doa bukan sahaja anda berkomunikasi secara terus kepada Tuhan anda tetapi, doa itu mencetuskan semangat, keyakinan, dan menghilangkan ketakutan ketika menaiki kapal terbang.

Penipu yang paling besar adalah perasaan takut
Adakah anda bersetuju mengenai penyataan penipu yang paling besar adalah perasan takut? Benar, kerana kegagalan anda untuk menguasai perasaan takut, banyak hal-hal yang sepatutnya boleh anda lakukan telah dihalang oleh perasaan takut dari imiginasi penipu yang anda hasilkan sendiri di dalam kotak pemikiran anda.

Begitu juga dengan ketakutan kerana gayat diatas kapal terbang,ketakutan kerana kapal terbang jatuh terhempas semasa dalam penerbangan, perasan ini seharusnya mesti kawal seperti dengan manusia normal yang lain yang mampu mengatasi ketakutan mereka sendiri . Diharap tips ini mampu membantu anda dan jika anda masih gagal untuk mengatasi phobia ini, disarankan anda berjumpa dengan pakar kaunseling untuk membantu masalah anda.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.