Home » » Membeli Cicak Tokek RM1 Juta Seekor

Membeli Cicak Tokek RM1 Juta Seekor

Beberapa tahun lepas Malaysia menjadi kecoh apabila media telah mewar-warkan cicak tokek atau cicak gecko mampu menjadikan individu tersebut menjadi kaya sekiranya menjumpai tokek yang bersaiz besar dan menjual kepada pembeli dengan harga yang amat lumayan dan dikatakan jika kena pada harganya cicak tokek mampu mencapai RM1 juta seekor.

Melalui penelitian media di Negara ini, cicak tokek ini dikatakan mampu untuk mengubati penyakit kanser, HIV, Aids dan pelbagai penyakit kronik lain dan hal ini telah menjadi viral di media cetak dan internet terutama sekali facebook.

Sebenarnya, pihak media mendengar perkara ini daripada sumber melalui internet dan menjadikan sebagai berita utama untuk menarik perhatian kepada rakyat di negara ini.

Hal ini telah menjadi kecoh di seluruh Malaysia dan kebanyakan rakyat terutama mereka yang tinggal di kawasan kampung sanggup masuk ke kawasan hutan semata-mata untuk mencari cicak tokek dengan membawa harapan yang besar untuk menjumpai cicak tokek yang bersaiz besar.
Gambar Cicak Tokek
Dari negeri semananjung hingga lah di kepulauan borneo Sabah dan Sarawak, cicak tokek ini menjadi amat popular seketika. Semasa penulis berada di Bukit Mertajam Pulau Pinang atas urusan kerja pada masa itu, rakan-rakan yang berada di sana telah menunjukkan sebuah gambar melalui telefon, seekor cicak tokek  bersaiz  seekor biawak telah dijumpai  di kawasan lading getah di kawasan Bukit Mertajam.

Penulis membayangkan, betapa bertuanya individu yang telah berjaya menangkap cicak tokek tersebut. Melalui gambar yang ditunjukkan, cicak tokek itu memang memiliki saiz yang besar walau begitu penulis tidak mengetahui dimana tempat untuk menjual tokek.

Lain pula cerita di Sabah, beberapa orang kampung kenalan penulis sanggup bergadai nyawa untuk menangkap seekor cicak tokek yang telah dijumpai semasa memasuki hutan. Melalui penceritaan mereka, cicak tokek yang mereka temui telah lari ke puncak rimbunan pokok bambu tetapi mereka sanggup untuk memanjat pokok bamboo tersebut hingga  tokek itu telah terjun ke bawah tanah.

Mereka cuba menjual tokek itu melalui orang tengah tetapi mereka tidak berjaya menjualnya kerana tokek itu hanya seberat kurang 20 gram. Jika tokek tersebut mempunya berat melebihi 20 gram, pembeli hanya membeli harga RM300. Mereka amat kecewa dan hampa kerana apa yang mereka harapkan tidak menjadi kenyataan.

Melalui kajian penulis sendiri, cicak tokek ini masih mempunyai pembeli jika tokek yang dijual mempunyai saiz yang besar. Memang benar, harga yang ditawarkan oleh pembeli amat lumayan kerana melalui penceritaan beberapa individu di sekitar Borneo, beberapa individu yang berjaya menangkap tokek yang bersaiz besar telah menjual cicak ini dengan harga yang amat lumayan.

Cicak tokek ini mempunyai permintaan yang amat tinggi di Negara China dan Jepun serta beberapa Negara di Eropah kerana mampu mengubati pelbagai penyakit kronik. Pakar-pakar dari Negara tersebut mendakwa telah menjumpai ubat yang amat mujarab dari badan tokek.Walau begitu, untuk menjumpai haiwan ini di dalam hutan tidak lah semudah yang disangka kerana haiwan ini amat sukar untuk ditemui dan bijak untuk bersembunyi di dalam habitatnya. 

Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN), haiwan ini adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Mana-mana individu yang memelihara cicak ini harus mendapatkan lesen bagi membolehkan untuk memelihara cicak ini. Jika gagal untuk memenuhi saranan jabatan ini, mereka boleh dikenakan kompaun atau denda sehingga  RM50,000 kerana haiwan ini dibawah akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.