Home » » Melihat Matahari Terbenam Yang Cantik Di Pulau Labuan

Melihat Matahari Terbenam Yang Cantik Di Pulau Labuan

Melihat Matahari Terbenam Yang Cantik Di Pulau Labuan. Kadang-kadang tinggal di pulau Labuan ini agak memboringkan jika anda tidak tahu aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan di pulau ini.

Anda harus mencari aktiviti yang mampu membuatkan anda sentiasa gembira ketika berada di pulau ini kerana tanpa aktiviti yang dilakukan, sudah tentulah anda merasakan tinggal di pulau ini boleh menjadikan otak anda menjadi beku, ya ramai individu yang datang bekerja disini mengatakan tinggal di pulau ini amat memboringkan lebih-lebih pada masa hujung minggu.

Mungkin salah satu idea untuk menghilangkan boring anda adalah dengan melihat suasana pada waktu petang di sekitar pantai-pantai yang indah di pulau ini dengan melihat matahari terbenam yang amat cantik dan mendamaikan jiwa anda serta mungkin mengubat segala kerinduan kepada kampung halaman.
Matahari terbenam di pulau Labuan
Sunset Pulau Labuan
Dimanakah tempat melihat sunset atau matahari terbenam di kawasan pulau ini? Penulis beranggapan, mereka yang membaca artikel ini adalah mereka yang tidak pernah datang ke pulau Labuan atau baru berpindah di sini atas dasar kerja.

Baik, bagi pandangan penulis yang tinggal sendiri di pulau ini, anda boleh menyusuri pantai-pantai di sekitar Tanjung Purun, Kompleks Antarabangsa Sukan Laut kerana kawasan ini ramai dikunjungi oleh orang ramai pada waktu petang untuk melihat sunset yang indah.

Selain itu anda juga boleh menyusuri jalan di sekitar pantai Batu Manikar sehinggalah  ke Pancur Hitam, pantai di sekitar Sungai Lada, dan, pantai sekitar Sungai Pagar dan paling mendamaikan bagi pandangan penulis adalah pantai di jalan Sungai Pagar berhampiran dengan Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKL).

Setiap petang penulis akan datang di sekitar pantai UMSKL untuk melihat sunset yang cantik di kawasan ini. Orang ramai akan datang di sekitar pantai ini pada waktu petang dan pelajar UMSKL juga tidak ketinggalan untuk memenuhi kawasan ini bagi melihat keindahan matahari terbenam.

Jika anda datang di kawasan-kawasan pantai ini, dinasihatkan anda tidak melupakan kamera untuk mengabadikan kenangan anda semasa berada di tempat ini. Sekian perkongsian ringkas ini, semoga bermanfaat!




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.