Home » » Hotel Yang Perlu Anda Tinggal Di Pulau Labuan

Hotel Yang Perlu Anda Tinggal Di Pulau Labuan

Hotel Yang Perlu Anda Tinggal Di Pulau Labuan. Jika anda datang bercuti di pulau ini tentunya anda ingin mencari lokasi hotel yang paling best atau strategik untuk tinggal bagi mengisi masa-masa cuti anda dengan penuh bermanfaat.

Seperti anda ketahui pulau ini hanya lah sebuah pulau yang kecil dan ia seharusnya tidak memberi masalah jika anda ketika bercuti di pulau ini kerana anda tidak akan sesat semasa berada di sini. Hal yang akan menjadi masalah adalah lokasi tempat tinggal yang sesuai semasa anda berada di pulau ini.

Ini kerana, jika anda memilih hotel yang jauh dari jarak bandar dan anda tidak mempunyai kenderaan untuk menjelajahi pulau ini, sudah tentunya akan memberi masalah kepada anda. Walau begitu, kebanyakan hotel yang ada di pulau ini sebenarnya banyak berada di lokasi kawasan bandar.

Semasa anda berkira-kira untuk bercuti di pulau ini dan anda mempunyai keinginan untuk membawa kereta sendiri atau ingin menyewa kereta di pulau ini, anda tidak perlu memilih lokasi hotel yang benar-benar di kawasan tengah-tengah bandar kerana anda memiliki kenderaan sendiri.

Walau begitu, jika anda seorang pelancong yang datang ke pulau ini tanpa berhasrat untuk menyewa kereta atau membawa kereta, anda disyorkan memilih lokasi hotel yang berada di dalam bandar Labuan, misalnya Hotel Pulau Labuan, Grand Dorset, Hotel Tomato dan banyak lagi hotel yang berada di dalam bandar.

Kenapa anda perlu memilih hotel di dalam kawasan bandar? Sebenarnya, keluasan bandar ini adalah kecil, jika anda berjalan kaki dari hujung pasar atau dari Pasar Sentral hingga ke Ujana Kewangan (Financial Park) mungkin hanya mengambil masa 20 minit hingga 30 minit sahaja. Untuk pengetahuan anda, anggaran jam 10 pagi hingga 0500 petang, kawasan bandar ini sesak dengan kenderaan kenderaan dan amat sukar untuk mendapatkan parking.

Memilih hotel di dalam kawasan bandar memudahkan anda untuk melihat suasana malam di pulau ini tanpa memikirkan untuk memandu kenderaan. Anda boleh mendapatkan teksi dengan mudah di kawasan bandar jika anda ingin melihat tempat-tempat menarik di pulau ini dan juga senang untuk mendapatkan kedai makan untuk makanan anda.

Jika anda merasa ragu-ragu untuk mendapatkan hotel di pulau ini, disyorkan anda untuk melihat google Map untuk memilih hotel yang anda inginkan kerana dengan google Map anda akan melihat kedudukan sebenar kawasan bandar di pulau ini.

Jika anda dari Sabah dan Sarawak, mungkin anda harus memilih hotel yang berada berhampiran denga Terminal Feri untuk memudahkaan pergerakan anda semasa balik. Jika anda berhasrat untuk datang di pulau ini pada hujung minggu, anda harus melakukan tempahan awal hotel kerana pada hujung minggu, ramai daripada tanah seberang datang untuk bercuti di pulu ini. Semoga perkongsian tips ini serbah sedikit boleh membantu anda semasa bercuti di pulau ini. Have a nice day.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.