Home » » Cara Warnakan Pakaian Anda Dengan Dylon Dye

Cara Warnakan Pakaian Anda Dengan Dylon Dye

Mahukah pakaian lama anda menjadi baru? Baik saya ingin berkongsi anda satu tips cara warnakan pakaian anda dengan menggunakan pewarna kekal dari jenama Dylon dye buatan dari Negara United Kingdom.

Walau begitu, pakaian yang anda warnakan haruslah mempunyai satu warna sahaja kerana pakaian yang memiliki banyak corak warna yang berlainan, menyebabkan warna pakaian anda akan berubah menjadi satu warna sahaja.

Mewarnakan pakaian sesuai bagi mereka yang ingin mewarnakan pakaian ke warna yang lain misalnya dari pakaian warna putih ke pakaian yang berwarna hijau. Saya masih mengingati semasa zaman persekolahan, guru sekolah kami telah mewarnakan sejumlah pakaian putih untuk diwarnakan ke warna ungu untuk dijadikan sebagai pakaian sukan untuk sekolah kami dalam mewakili pertandingan sekolah peringkat daerah.
Pewarna Dylon Dye Dalam Bentuk Kotak
Bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan seperti Polis, Navy, Tentera atau persatuan-persatuan yang mempunyai uniform tertentu, anda digalakkan menggunakan perwarna pakaian anda dengan menggunakan Dylon Dye kerana pewarna atau dye ini mampu menjadikan uniform anda yang telah pudar kembali kelihatan seperti baru dan mampu bertahan dalam beberapa bulan bergantung pada cara anda mencuci pakaian.

 Bagi pakaian yang berwana putih atau anda ingin menjadikan pakaian anda ke warna lain, warna pakaian ini akan menjadi kekal misalnya warna pakaian yang berwarna merah dan anda ingin menjadikan warna pakaian anda ke warna hitam, warna hitam akan kekal selama-lamanya dan tidak akan bertukar menjadi merah semula.
Jenis Warna Yang Ada
Walau begitu, bagi pakaian jenis kain polyester, kain campuran kapas, kain atau pakaian jenis ini tidak dapat diwarnakan oleh dye. Dimanakah anda boleh memperolehi  pewarna dari jenama Dylon ini? Melalui pemerhatian saya, kebanyakan kedai-kedai buku menjual pewarna Dylon jenis paket dengan pelbagai warna. Anda bebas memilih warna kesukaan anda, bagi saya saya suka memilih pewarna yang berwarna biru dan hitam kerana saya mempunyai banyak pakaian yang berwarna hitam dan biru. Warna biru selalunya saya gunakan untuk mewarnakan semula seluar jeans.

Cara penggunaan pewarna Dylon Dye adalah seperti berikut:-

Bahan-bahan yang perlu disediakan untuk mewarnakan 4 hingga enam helai pakaian.

1. Panaskan satu cerek air dan biarkan sehingga mendidih

2. Sediakan satu baldi bersaiz kecil

3. Pakaian anda yang anda ingin warnakan

4. Satu atau dua paket pewarna dylon dye

5. Garam sebanyak 30gram atau 1oz

6. Sarung tangan getah

Apabila air dalam cerek telah mendidih, tuang air panas ke dalam baldi dan masukkan 30 gram garam ke dalam baldi dan kacau air tersebut sehingga garam menjadi sebati dengan air.

Masukkan satu atau dua paket dye Dylon ke dalam baldi dan kacau sehingga pewarna tersebut benar-benar menjadi sebati.

Dengan menggunakan sarung tangan getah, masukkan pakaian anda satu persatu ke dalam baldi. Bagi saya, saya akan memasukan hanya satu pakaian dahulu dan saya akan biar pakaian tersebut dalam sepuluh  minit dalam masa yang sama saya akan kacau pakaian tersebut untuk memastikan keseluruhan pakaian telah diwarnakan.

Setiap pakaian perlu direndamkan 10 hingga 20 minit dan apabila kesemua pakaian anda telah diwarnakan sepenuhnya, anda bolehlah membawa pakaian anda ke jemuran pakaian dan biarkan pakaian tersebut dari pancaran matahari sehingga kering.

 Apabila pakaian telah kering, anda boleh terus menggunakan pakaian tersebut tetapi nasihat saya, dalam beberapa kali cucian asingkan pakaian yang telah diwarnakan tersebut untuk mengelakkan pakaian yang diwarnakan merosakkan warna pakaian yang lain.

Bagaimana mudah bukan? Sebenarnya pewarna pakaian jenis Dylon boleh diperolehi dalam bentuk tin, kotak, tin kecil berbentuk bulatan nipis, botol, dan paket. Saya melakukan penulisan mengenai pewarna Dylon ini kerana ia amat membantu saya untuk mewarnakan pakaian saya yang telah pudar. Semoga info ini bermanfaat!






6 comments

Selamat pagi Geoffrey...
Ditempat saya susah nak dapat dye utk celup pakaian.

Boleh kah saya beli dari tuan sahaja? Tuan beli ditwmpat tuan, dan kirim kpd saya. Nanti saya bayar kos barang dan penghantaran. Saya juga mahu warna hitam dan biru tua.

Semua kedai stationery kawasan saya (Sungai Petani) tiada. Saya juga pernah cari di AlorSetar tapi juga tiada.

Wasap saya - 0134394950

Terima kasih.

selalunya di Kedai2 buku, pasara raya

maaf tuan, kawasan sy kedai buku india yg ada sini pun jarang-jarang ada stok

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.