Home » » Cara Mohon Kerja Kosong Kerajaan

Cara Mohon Kerja Kosong Kerajaan

Haloo, saya ingin berkongsi satu cara atau tips bagaimana untuk memohon kerja kerajaan dengan cara mudah. Ramai rakyat Malaysia terutama mereka yang baru menghabiskan pengajian mereka sama ada di peringkat sekolah menengah, kolej atau di peringkat universiti.

Rasanya ramai telah mengetahui cara ini tetapi saya menulis untuk memenuhi artikel saya dan panduan mereka yang masih belum mengetahuinya. Sebenarnya, banyak jawatan ditawarkan oleh kerajaan Malaysia dan setiap tahun, bulan, jabatan-jabatan tertentu akan melakukan pengambilan pekerja-pekerja baru ke jabatan mereka.

Memohon Kerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
Bagaimana untuk memohon?  Baiklah, cara untuk memohon adalah, anda pergi ke portal rasmi SPA di http://www.spa.gov.my dan anda akan melihat terdapat banyak kekosongan jawatan yang sentiasa terbuka ditawarkan oleh SPA8.

Sebelum anda mengisi kekosongan jawatan yang anda minat, pastikan anda mengetahui keputusan-keputusan peperiksaan anda seperti keputusan PMR, SPM,STPM,Diploma dan juga Ijzah. Jawatan di dalam kerajaan mempunyai banyak kategori. Terdapat jawatan hanya memerlukan kelayakan peringkat sijil PMR,dan tidak semestinya anda wajib memiliki sijil SPM, Diploma atau Ijazah.
SPA8
Jika di tempat anda tidak mempunyai internet, anda boleh mendapatkan borang SPA8 di pejabat pos. Jika saya tidak silap, anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk mendapatkan borang ini. Pastikan anda mendapatkan sekali borang panduan untuk mengisi jawatan-jawatan yang anda mahukan serta menyertakan sijil-sijil yang berkaitan.

Berapa lama untuk menunggu? Semua jawatan adalah terbuka sepanjang tahun. Apabila jabatan-jabatan tertentu memerlukan pekerja baru, pihak SPA akan memproses permohonan yang layak ke jabatan yang memerlukan kekosongan jawatan. Walau begitu, tempoh sah laku permohonan anda adalah hanya selama dua tahun sahaja. Sekiranya anda tidak dipanggil untuk ditemuduga melebihi dua tahun, anda harus membuat permohonan semula melalui cara yang saya nyatakan sebelum ini.

Isi hanya jawatan yang benar-benar memenuhi kelayakan anda sahaja. Jangan isi jawatan yang tidak memenuhi kelayakan anda kerana ini menyebabkan anda hanya membuang masa dan anda tidak mungkin akan dipanggil untuk ditemuduga. Pendapat saya, isi lah jawatan yang memerlukan jumlah kekosongan jawatan yang ramai kerana ia lebih mudah anda diterima bekerja di sektor kerajaan.

Memperolehi jawatan di dalam sektor pekerjaan tidak menjamin kekayaan tetapi ia menjamin pendapatan tetap sehingga hari tua. Oleh yang demikian, nasihat saya, pada awal selepas tamat persekolahan di peringkat SPM, isi lah borang SPA8 dan jangan terlalu memilih kerjaya.

Ini kerana, di negara Malaysia pada masa kini, amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana persaingan semakin sengit untuk mencari pekerjaan. Tahukah anda, setiap tahun, beribu graduan akan graduate di universiti-universiti tempatan atau swasta dan mereka sukar untuk memperoleh kerjaya disebabkan persaingan.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.