Home » » Cara Menghilangkan Perasaan Takut Ketika Belajar Menunggang Motosikal

Cara Menghilangkan Perasaan Takut Ketika Belajar Menunggang Motosikal

Perasaan untuk takut semasa mula-mula belajar menunggang motosikal adalah normal. Semua individu yang baru belajar mesti mempunyai perasaan takut. Artikel  ini cuba membantu kepada individu cara menghilangkan perasaan takut ketika belajar menunggang motorsikal.

Bagaimana cara anda belajar menunggang motosikal? Sebenarnya, faktor utama anda merasa takut adalah cara anda belajar yang tidak betul . Anda mesti memperolehi panduan-panduan yang benar semasa mula-mula belajar menunggang motor.

Penyebab utama anda merasa takut semasa anda belajar menunggang motorsikal kerana anda sebenarnya gagal menguasai asas menunggang motorsikal seperti;

1. Menyeimbangkan badan untuk mengawal motorsikal

2. Penguasaan mengendalikan pergerakan gear kaki, klac, pedal brek kaki, brek tangan dan handle minyak.

3. Keyakinan, keberanian untuk belajar

Menyeimbangkan  badan untuk mengawal motorsikal
Anda merasa takut kerana anda masih gagal untuk menyimbangkan badan anda semasa menunggang motosikal.  Ini menyebabkan anda merasa takut jatuh dari motorsikal. Untuk belajar menyeimbangkan badan, anda sepatutnya belajar menunggang basikal terlebih dahulu barulah mudah untuk belajar motorsikal. Jika anda ingin belajar juga untuk menyeimbangkan badan dengan menunggang motorsikal, minta rakan atau keluarga yang telah mahir menunggang motor untuk membawa anda di kawasan lapang atau kawasan padang untuk belajar menunggang motorsikal. Jangan belajar menunggang di kawasan jalan raya kerana cara ini amat merbahaya dan berisiko untuk mengalami kecederaan yang serius.
Belajar menunggang motosikal
Penguasaan mengendalikan pergerakan gear kaki, klac, pedal brek kaki, brek tangan dan handle minyak.
Motorsikal mempunyai banyak jenis, terdapat motorsikal yang mempunyai klac dan gear, motosikal tidak mempunyai klac tetapi memiliki gear serta motorsikal yang tidak mempunyai gear dank klac yang dikenali sebagai Scooter. Walau jenis apa pun yang anda ingin belajar untuk menunggangnya, anda mesti menguasai pergerakan-pergerakan gear kaki, klac, pedal brek kaki, brek tangan dan handle minyak. Jika anda belajar menunggang motosikal jenis scooter, anda harus menguasai handle minyak, brek handle kiri dan brek handle kanan. Untuk menguasai kemahiran ini, hanya latihan yang berterusan dan teknik imiganisi kawalan pergerakan harus dilakukan.

Keyakinan, keberanian untuk belajar
Jika anda tidak memiliki keyakinan dan keberanian untuk belajar, ketakutan untuk menunggang motosikal sentiasa mengatasi diri anda menyebabkan anda gagal mengawal motosikal sepenuhnya semasa menunggang motosikal. Hal ini amat merbahaya kerana anda berisiko untuk mengalami kemalangan di jalan raya kerana kurangnya keyakinan anda untuk mengandalikan motosikal. Pada hari ini, buang segala ketakutan anda dan belajar seperti yang disyorkan dalam artikel ini.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.