Home » » Cara Dapatkan Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah

Cara Dapatkan Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah

Bagaimana mendapatkan kerja kosong dalam kerajaan Negeri Sabah? Artikel ini hanya untuk rujukan penduduk negeri Sabah, ini kerana hanya penduduk yang bermastutin di negeri ini atau penduduk tempatan sahaja yang layak untuk memohon pekerjaan di negeri ini.

Kebanyakan penduduk tempatan di negeri Sabah tidak mengetahui cara untuk memohon pekerjaan di negeri ini menyebabkan, mereka yang tahu sahaja berpeluang untuk memohon pekerjaan dalam kerajaan negeri ini. 

Hebahan melalui radio
Jika anda benar-benar ingin memohon pekerjaan di negeri ini anda mesti tahu cara dan strategi untuk memohon, salah satu tips pertama adalah dengan melalui hebahan radio tempatan, DJ radio tempatan selalunya akan mengumumkan pengambilan kekosongan pekerjaan dalam kerajaan negeri sabah sekiranya jabatan-jabatan tertentu mengeluarkan kenyataan kekosongan jawatan.

Nasihat saya, anda mesti selalu mendengar radio tempatan dan mereka selalunya akan mengumumkan pada awal pagi, walalupun begitu, hebahan ini selalunya pengambilan kekosongan jawatan secara terbuka dan sekiranya anda mendengar pengumuman dari mereka, anda harus segera ke jabatan yang mengeluarkan kenyataan kekosongan jawatan kerana, borang kekosongan jawatan tersebut selalunya dikeluarkan secara terhad.
kerja kosong

Hebahan melalui suratkhabar
Selain itu, kekosongan jawatan juga akan diumumkan melalui akhbar tempatan seperti, Borneo Mail, Sabah Times, Borneo post, dan Harian Metro. Ini bermakna, setiap hari anda mesti mendapatkan surat khabar pada waktu awal pagi kerana jika anda terlewat mendaptkan surat khabar, selalunya surat khabar telah habis dijual. selain itu, anda tidak mengetahui adanya kekosongan jawatan yang ditawarkan di negeri Sabah.

Melalui internet
Anda juga akan mengetahui kekosongan jawatan yang ditawarkan dengan melalui  laman web ini, http://ww2.sabah.gov.my/spans/, laman web ini adalah laman rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam negeri Sabah, dan sekiranya jabatan-jabatan di dalam negeri ini akan menawarkan kekosongan jawatan dalam jabatan masing-masing, anda boleh melihat kekosongan jawatan yang ditawarkan melalui web rasmi ini.

Kesimpulan
Jika anda berminat untuk mendapatkan pekerjaan di dalam perkhidmatan di negeri Sabah, amat sukar untuk memperolehinya, kecuali anda mempunya keluarga di dalam jabatan tersebut. Kenapa saya mengatakan demikian? Ini kerana, selalunya kaum keluarga yang telah bekerja di mana-mana jabatan di negeri ini akan menghebahkan kaum keluarga, saudara-mara, kawan-kawan mereka terlebih dahulu. Walau begitu, jika anda benar-benar layak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut, anda masih berpeluang untuk menjawat jawatan di dalam perkhidmatan awam negeri Sabah.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.