Home » » Buat Duit Online Dengan Klikjer.com

Buat Duit Online Dengan Klikjer.com

Beberapa bulan yang lalu, saya tercari-cari, bagaimana untuk membuat duit secara online tanpa mengeluarkan apa-apa modal. Melalui kajian saya, banyak cara membuat duit di internet sebenarnya. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana membuat duit dari klikjer.com.

Adakah anda tahu tentang mereka? syarikat ini dibawah kendalian Shuth Network Sdn. Bhd bermula pada tahun 2010 lagi dan apa yang saya tahu mereka beroperasi melalui sistem affiliate berpusat.

Buat duit dengan sistem affiliate
Adakah anda tahu tentang sistem ini? baik, sebelum saya menerangkan secara lebih lanjut bagaimana mencipta wang mudah dari mereka, ada baiknya anda memahami secara ringkas apa itu sistem affiliate dan bagaimana ia bekerja hingga anda boleh menjana wang darinya.

Melalui pemahaman saya, affiliate adalah, individu yang mempromosi sesuatu produk dari syarikat-syarikat tertentu dan jika produk tersebut terjual, anda memperolehi komisyen dari produk yang terjual. Promosi keseluruhan adalah melibatkan secara onlineya sepenuhnya iaitu promosi banner dan link yang disediakan oleh syarikat tersebut.
Klikjer.com

Bagaimana untuk menjadi ahli?
Melalui kajian saya mengenai syarikat ini, untuk menjadi ahli affiliate dengan mereka, anda kena lah mendaftarkan diri sebagai ahli terlebih dahulu. Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Apa produk mereka jual?
Syarikat affiliate ini menjual produk berasaskan buku-buka panduan yang dihasilkan menerusi ebook. Apa ebook itu? ebook adalah buku panduan yang dihasilkan menerusi buku digital. Ia bukan buku seperti yang dijual di kedai buku, ia hanya sebuah penulisan sama seperti buku tetapi hanya menerusi internet sahaja. Mereka menjual pelbagai produk ebook berbentuk panduan seperti ebook Jom Kurus, Melabur dengan emas, Panduan perakaunan dan banyak lagi.

Peluang untuk menjadi penulis
Jika anda memiliki idea panduan-panduan untuk keperluan masyarakat seperti ebook yang dipasarkan oleh syarikat ini, anda boleh mencipta karya anda sendiri dan anda hantar kepada mereka, pihak syarikat itu akan menghasilkannya dalam bentuk ebook dan menjual kepada orang ramai. Setiap ebook anda terjual anda akan menerima bayaran dari mereka.

Bagaimana untuk mempromosi produk
Seperti yang saya katakan sebelum ini, anda mempromosi produk mereka dengan melalui banner dan link yang disediakan oleh pihak mereka. Cara terbaik untuk mempromosi produk adalah berkongsi link di forum-forum online atau meletakkan banner di blog atau website anda.

Bagaimana untuk menerima bayaran?
Jangan risau, sekiranya produk yang anda promosi terjual, anda akan menerima bayaran komisyen dari mereka. Mereka akan memasukan terus ke akaun anda setiap 15 hari selepas sebulan. Misalnya, komisyen anda terkumpul bermula 1 mei 2015 hingga 31 mei 2015 akan dibayar pada 15 june 2015. Walau begitu, kemungkinan syarikat ini akan menguatkuasakan bayaran setiap 45 hari selepas sebulan tempoh komisyen terkumpul.

Pendapat saya mengenai klikjer.com
Melalui pendapat saya, klikjer.com  sedang berkembang naik, ia akan menjadi amat popular di masa akan datang. Untuk berjaya melalui sistem affiliate dari mereka, anda harus menfokus penulisan dalam penulisan blog melalui produk mereka tawarkan. anda boleh melihat top affiliate mereka di fan page facebook. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai syarikat ini, anda daftarkan diri menjadi ahli affiliate dengan mereka dan bertanya lah kepada mereka dengan lebih lanjut tentang syarikat mereka. saya berharap artikel ini bermanfaat kepada anda dan diharap kita berjumpa lagi di artikel seterusnya.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.