Home » » Bagaimana Cari Tempat Duduk Di Kapal Terbang

Bagaimana Cari Tempat Duduk Di Kapal Terbang

Sebelum ini saya telah menulis sebuah artikel cara naik kapal terbang, artikel pada kali ini adalah mengenai bagaimana  untuk mencari tempat duduk di kapal terbang. Penulisan ini khususnya kepada mereka yang tidak perna lagi menaiki kapal terbang dan mungkin artikel ini boleh membantu anda.

Biar anda mengetahui cara yang betul agar anda tidaklah kelihatan seperti baru pertama kali menaiki kapal terbang dan mungkin anda boleh ditertawakan oleh penumpang lain kerana anda masih kebingungan dengan prosuder-prosuder yang ditetapkan dalam kapal terbang. Jika anda mengetahui prosuder yang betul, menaiki flight semudah menaiki bas.

Buat tempahan tempat duduk melalui online booking
Sebenarnya semasa anda melakukan tempahan tiket penerbangan anda, masa itulah anda mula menetapkan tempat duduk anda kerana jika anda tidak memberitahu tempat duduk anda semasa tempahan dilakukan, pihak pengurusan tiket akan menempatkan anda berdasarkan kekosongan tempat duduk yang ada. Jika anda melakukan tempahan tiket anda secara online melalui web rasmi mana-mana penerbangan, anda  boleh melihat tempat duduk yang kosong dengan melalui online.
Ruang tempat duduk penumpang
Contoh Keadaan tempat duduk dalam Kapal Terbang
Buat tempahan melalui telefon
Selain itu, anda juga boleh melakukan tempahan tiket melalui panggilan telefon terus ke bahagian pengurusan tiket dan mereka akan membantu anda melakukan transaksi pembelian tiket melalui kad kredit atau kad debit. Pada masa itu lah, anda harus melakukan tempahan tempat duduk anda sama ada anda mahukan duduk di bahagian ekor pesawat, tengah pesawat atau di bahagian hadapan. Bahagian ticketing akan membantu anda untuk menguruskan kedudukan tempat duduk anda.

Buat tempahan di airport
Jika anda masih ragu-ragu dengan cara diatas, anda boleh terus ke airport untuk melakukan pembelian tiket anda. Cara ini mungkin agak mudah bagi anda tetapi ia sebenarnya merugikan masa anda kerana semua tiket boleh ditempah terus secara online. Semasa anda melakukan pembelian tiket disini, anda harus meminta kakitangan ticketing  untuk melakukan tempahan sekali untuk tempat duduk anda seperti kehendak anda.

Meminta bantuan dengan ejen berdaftar
Anda juga boleh datang di pejabat ticketing swasta untuk melakukan tempahan tiket anda dan seterusnya meminta pihak mereka untuk melakukan tempahan tempat duduk anda tetapi cara ini mungkin akan dikenakan caj tambahan yang agak mahal dari mereka.

Cari tempat duduk berpandukan tiket kapal terbang anda
Apabila anda berada di airport, apabila pihak ticketing mengeluarkan tiket rasmi penerbangan anda, anda akan melihat di tiket anda nombor tempat duduk anda semasa di dalam kapal terbang misalnya nombor tempat duduk anda adalah 9A, anda harus mencari nombor tempat duduk ini yang tertera di atas ruang atas tempat duduk penumpang dalam kapal terbang.

Anda dinasihatkan supaya tidak menghilangkan tiket dan sentiasa mengingati nombor tempat duduk anda kerana anda hanya berpandu kepada nombor tempat duduk anda semasa memasuki ruaang penumpang kapal terbang. Jika terdapat kekurangan tips disini, sila berkongsi dengan kami. Baca juga,







Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.