Home » » Top 50 Laman Web Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia

Top 50 Laman Web Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia

Internet di Malaysia sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di negara ini. Setiap hari rakyat akan menggunakan perkhidmatan di mana jua mereka berada kerana terciptanya telefon pintar yang boleh mengakses internet dengan mudah dan bayaran yang murah.

Pernahkah anda berfikir, apakah laman web yang paling kerap dikunjungi oleh masyarakat di negara ini? Alexa.com telah menyenaraikan 500 web yang paling kerap dikunjungi oleh orang ramai dan menurut pandangan penulis, web tersebut amat berpengaruh dan memiliki kekuatan yang tersendiri hingga kan orang ramai mengunjungi web tersebut.

50 laman web paling dikunjungi orang ramai di Malaysia
Menurut rangking yang diberikan oleh alexa.com, laman web yang paling kerap dikunjungi oleh rakyat di negara ini adalah seperti berikut.
Top 50 Laman Web Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia

1) Google.com- Laman web nombor satu dunia yang berpangkalan di United State sudah tentunya mendominasi rangking ini. google menyediakan perkhidmatan untuk carian, website, informasi, video, dan pelbagai lagi dan laman web ini menjadi pilihan utama masyarakat di negara ini untuk menggunkan perkhidmatan google.

2) Facebook.com- Laman sosial milik komputer programmer iaitu Mark Zuckerberg mendominasi rangking ke dua paling kerap dikunjungi oleh orang ramai di Malaysia.

3) Youtube.com- Laman web untuk mengupload video, berkongsi video, muzik.

4) Yahoo.com- Laman untuk carian, email percuma, berita-berita semasa, forum, pengiklanan dan banyak lagi.

5) Google.com.my- Laman web milik google yang menunjukkan alamat Malaysia (com.my), perkhidmatan untuk carian yang lebih spesikifasi kepada carian di Malaysia berbanding dengan google.com yang lebih kepada carian dunia.

6) Blogspot.com.my- Laman membuat sebuah web blog untuk penulisan, informasi, peribadi, bisnes, oleh individu yang berminat untuk mencipta karya sendiri.

7) Maybank2u.com.my- Perkhidmatan online yang disediakan oleh syarikat kewangan bank Maybank untuk kemudahan pelangganya seperti pembayaran bil-bil secara online, semakan baki, pelaburan, insuran dan sebagainya.

8) Lazada.com.my- Laman web untuk shopping paling popular di Malaysia setakat ini. Dianggarkan beribu-ribu transaksi pembelian secara dalam talian melalaui laman web ini yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

9) Wikipedia.org- Informasi bebas yang dibina berdasarkan kerjasama perisian wiki.

10) Mudah.my- Laman web pengiklanan yang mengumpulkan semua penjual dan pembeli di Malaysia.

11) Ask.com- Memberi kemudahan untuk carian laman web, gambar-gambar, untuk bershopping, berita, pengiklanan, makanan, map, dan macam-macam lagi.

12) Live.com- Enjin carian dari Microsoft.

13) Onclickads.net- Menyediakan iklan kepada pemilik website yang berjuta-juta di seluruh dunia

14) Amazon.com- Laman membeli belah yang terkemuka dunia. Anda boleh membeli apa sahaja disini. Setengah orang mengatakan, laman web ini dikenali sebagai gudang membeli buku secara online.

15) Life.com. tw- Informasi dan berita mengenai gaya hidup di Taiwan.

16) Twitter.com- Laman sosial yang paling popular selepas Facebook.

17) Bing.com- Laman website carian, berita-berita, gambar, video dan macam-macam lagi.

18) Lowyat.net- Komuniti forum online terbesar di Malaysia yang memberi fokus kepada perbincangan gaya hidup di negara ini, Teknologi, dan sebagainya.

19) Teepr.com- Berita-berita yang menarik dalam bahasa Chinese.

20) Msn.com- Laman web untuk carian, beli belah, chat, dan sebagainya.

21) Malaysiakini.com- Mengupas berita-berita semasa, berita dalam empat bahasa, iaitu, Melayu, English, Tamil, dan China.

22) Thestar.com.my- Berita terbaru megenai negara Malaysia dalam bahasa english.

23) Lelong.com.my- Website membeli belah yang paling popular di Malaysia yang mengabungkan beribu pembekal, pemborong, penjual secara dalam talian.

24) Mystart.com- Laman web carian

25) Linkedin.com- Rangkaian untuk mereka yang disyorkan dalam pekerjaan, mengekalkan pengguna yang berdaftar menyimpan butir-butir terhadap mereka kenal dalam rangkaian dam percaya dalam perniagaan.

26) Wordpress.com- Web blog percuma dengan menggunakan perisaian wordpress.

27) Alibaba.com- Website membeli belah secara online dalam bentuk borong di asia dan pembekal terbesar dalam web ini adalah pemborong-pemborong dari negara China.

28) Cimbclik.com.my- Perkhidmatan online untuk menyemak baki, transaksi secara online, membayar bil-bil, pelaburan, dan sebagainya yang disediakan sendiri oleh Cimb Bank.

29) Instagram.com- Laman sosial perkongsian peribadi dalam bentuk gambar, video pendek, status terkini.

30) Popads.net- Menyediakan iklan-iklan daripada banyak syarikat, individu, usahawan untuk mana-mana pemilik website, blog yang berminat untuk meletakkan iklan di web mereka.

31) Airasia.com- Kapal tambang murah yang popular di Malaysia.

32) Paultan.org- Wartawan kereta nombor satu di Malaysia dimana menganalisis jenis-jenis kereta terbaru, masalah kereta, berita mengenai kereta dalam negara dan luar negara.

33) Blogger.com- Web blog percuma yang disediakan oleh google.

34) Cari.com.my- Semua maklumat tentang Malaysia, forum, cerita, artikel, gosip, dan sebagainya. Ditubuhkan pada tahun 1996 dalam tiga bahasa, Melayu, India ,China.

35) Themalaysianinsider.com- Beritaa mengenai politik, isu-isu semasa,sukan, gaya hidup dan sebagainya.

36. 11street.my- Laman web membeli belah dalam talian dengan menjual pelbagai jenis produk seperti, pakaian kanak-kanak, pakaian wanita, lelaki, telefon pintar, alat elektronik, dan macam-macam lagi.

37) Tabao.com- Laman membeli belah yang terbesar di China hinggakan menjadi amat popular di seluruh dunia. Laman web ini ditubuhkan pada tahun 2003 dan dimiliki sendiri oleh AliGroup.

38) Paypal.com- Transaksi pembelian melalui kad kredit dengan menggunakan perkhidmatan Paypal yang berfungsi sebagai menjaga kerahsiaan maklumat pengguna.

39) Jobstreet.com.my- Pencarian kekosongan kerjaya melalui peringkat antarabangsa dan tempatan.

40) Blogspot.com- Web blog percuma yang disediakan oleh google.

41) Agoda.com- Tempahan dalam talian mengenai hotel, resort di asia dan seluruh dunia.

42) Pixnet.net- Laman web sosial yang terbesar di Taiwan, dimana perkongsian mengenai gambar, blog, maklumat, dan sebagainya.

43) Pbebank.com- Transaksi secara online, semakan baki, pelaburan, insuran untuk kemudahan pengguna yang disediakan oleh syarikat kewangan iatu Public Bank.

44) Apple.com- Web gadget atau telefon pintar yang paling berpengaruh di seluruh dunia.

45) Profitboosterapp.com- Perkhidmatan forex.

46) Treadadexcange.com- Perkhidmatan forex

47) Baidu.com- Web carian dalam bahasa cina,

48) Gigacircle.com- Mengumpulkan cerita menarik daripada ramai penulis blog dalam bahasa Cina

49) Microsoft. com- Berita mengenai produk, berita dan sokongan.

50) Bomb01.com- Berita-berita terkini dan paling meletup dalam bahasa China

Artikel ini merujuk sepenuhnya analisis yang disediakan oleh web penganalisis terkenal dunia iaitu http://www.alexa.com/. Semoga artikel ini bermanfaat sebagai pengetahuan anda mengenai laman web yang paling dikunjungi oleh orang ramai di Malaysia. Baca juga  Top 10 Portal Berita Online Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.