Home » » Tips Memilih Syarikat Insuran Kereta Yang Bagus

Tips Memilih Syarikat Insuran Kereta Yang Bagus

Pernahkah anda berfikir bagaimana untuk mendapatkan syarikat insuran kereta anda yang diyakini memiliki reputasi perkhidmatan yang baik kepada pelangganya? Kebanyakan daripada anda selalunya hanya bertanya kepada kawan-kawan tanpa mengetahui  perkhidmatan sebenar syarikat insuran ini kepada pelangganya apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini dimasa akan datang semasa tuntutan insuran dilakukan.

Betapa pentingnya anda mengetahui latar belakang syarikat insuran anda kerana sesetengah perkhidmatan syarikat insuran tidak benar-benar memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelangganya.

Tips memilih syarikat insuran kereta yang bagus
Di Negara ini, banyak sekali insuran kereta yang  ada dan mereka cuba menawarkan pelbagai pakej yang menarik untuk menarik pelangganya tetapi perkhidmatan yang diberikan hanya segelintir sahaja yang memberik perkhidmatan yang terbaik kepada pelangganya.

Sebenarnya anda tidak mengetahui perkhidmatan sebenar mereka dalam beberapa tahun atau tidak mengetahui langsung kerana anda hanya berurusan dengan insuran anda semasa berlakunya kemalangan atau kereta anda tiba-tiba mengalami kerosakan di tengah jalan.

Baik, berikut adalah sedikit tips, bagaimana mengetahui syarikat insuran yang anda gunakan untuk kenderaan anda menawarkan perkhidmatan yang baik atau sebaliknya.

Pentingnya membaca terma dan syarat syarikat insuran kenderaan
Sebenarnya, sebelum anda membeli pakej insuran untuk kenderaan anda seharusnya amat penting membaca terma dan syarat dari syarikat insuran terlebih dahulu kerana setiap syarikat  insuran memiliki terma dan syarat yang berbeza dan tawaran yang tidak sama dengan plan insuran dari syarikat lain.

 Apabila anda telah memahami terma dan syarat plan insuran tersebut dan anda berpuashati dengan pakej yang mereka tawarkan, anda boleh lah menerima pakej insuran tersebut untuk kenderaan anda.  Jangan malu bertanya mengenai apa sahaja apa yang anda tidak fahami mengenai perkhidmatan mereka seperti;-
Prosuder tuntutan insuran- Hal ini penting untuk anda bertanya bagaimana prosuder tuntutan insuran apabila berlakunya insiden  yang tidak diingini misalnya kereta anda dilanggar oleh kenderaan lain, anda mengalami kemalangan atas kecuaian anda, kereta dirosakkan oleh orang tidak dikenali, kereta mengalami kerosakan di tengah jalan, cermin kereta pecah, bengkel panel-panel insuran dan lain-lain lagi yang patut anda tanyakan kepada pihak insuran anda. Pendek kata, biar anda memahami syarat dan hal-hal yang anda boleh tuntut insuran daripada mereka.

Bertanya kepada syarikat towing kereta- Jika anda mempunyai kawan yang bekerja di syarikat perkhidmatan towing kereta, jangan malu bertanya kepada mereka mengenai insuran yang paling senang berurusan jika berlaku sesuatu hal yang tidak dijangka kerana kebanyakan syarikat perkhidmatan towing kereta menjalin hubungan yang erat dengan insuran kenderaan kerana syarikat insuran memerlukan panel towing di lokasi-lokasi yang tiada perkhidmatan towing dari syarikat insuran.

Menghubungi bengkel panel insuran- Perkara yang paling mudah untuk menentukan mana syarikat insuran yang terbaik adalah mempunyai rakan-rakan yang bekerja di bengkel khas untuk membaiki kenderaan yang melakukan tuntutan  insuran kerana kemalangan dan sebagainya. Anda boleh bertanya kepada mereka yang mana insuran yang amat cepat memberi respond atau memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya semasa tuntutan insuran dilaksanakan. Perkhidmatan yang baik dari pihak insuran membolehkan pihak bengkel kereta akan melakukan  kerja mereka dengan cepat sesuai dengan perkhidmatan dari pihak insuran.


Semoga tips ringkas ini dapat membuka minda anda betapa pentingnya memilih syarikat insuran kenderaan yang bagus kerana jika anda memilih syarikat insuran yang tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan semasa tuntutan insuran dilakukan (tuntutan insuran disebabkan kemalangan), kereta anda akan berada di bengkel dengan lebih lama sementara menunggu kelulusan pembaikan dari pihak insuran  sedangkan hal tersebut dapat diselesaikan dengan mudah jika diuruskan secara baik dari syarikat insuran.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.