Hello, agak lama tidak menulis di blog ini memandangkan
banyak komitmen lain yang perlu diselesaikan. Baik, Artikel pada kali ini adalah mengenai tips
cari homestay di Pulau Labuan.
Anda mungkin ingin mencari homestay di pulau ini kerana datang dengan beberapa perkara penting seperti urusan kerja, pertandingan sukan atau datang untuk bercuti di pulau ini bersama-sama kawan-kawan atau dengan keluarga sendiri.
Berikut adalah beberapa tips yang saya ingin kongsikan bersama kepada anda kerana penulis sendiri tinggal di pulau ini.

Meminta bantuan kawan-kawan untuk mencari homestay
Pertama sekali saranan saya, jika anda mempunyai rakan yang
berada di pulau ini, anda boleh menghubungi mereka untuk meminta bantuan
mencarikan homestay di pulau ini kerana pulau ini mempunyai banyak homestay
untuk pengunjung yang datang di pulau ini.
Sesiapa yang telah lama tinggal di pulau ini tentunya telah mengetahui homestay yang terdapat disini.
Sesiapa yang telah lama tinggal di pulau ini tentunya telah mengetahui homestay yang terdapat disini.
Cari homestay di internet
Cara yang kedua adalah melalui carian di internet seperti di
laman mudah.com.my, blog, dan web peribadi yang menjurus kepada iklan tentang
homestay mereka. Jika anda mencari di internet, banyak pemilik homestay mengiklankan rumah tumpangan mereka melalui
internet.
Iklan di Ujana Kewangan
Jika anda mengalami kesukaran untuk mencari homestay melalui
internet, anda boleh datang terus di pulau ini pada waktu pagi dan datang terus
ke kompleks membeli-belah ujana kewangan Labuan kerana di setiap sudut di pusat
membeli belah ini mempamerkan iklan-iklan
yang terdapat di pulau ini termasuklah iklan homestay yang adal di pulau
ini.
Cara untuk mendapatkan homestay di pulau Labuan
Sebelum anda datang di pulau ini, saranan saya, anda harus
mendapatkan tempahan awal homestay di pulau ini kerana kebanyakan homestay telah ditempah awal oleh pengunjung lain
terutama sekali pekerja cari gali. Selain itu, jika terdapat even atau semasa
cuti sekolah atau hujung minggu, kebanyakan homestay di pulau ini telah
ditempah oleh pengunjung.
Walau begitu, jika anda berminat untuk tinggal di hotel di
pulau Labuan, terdapat banyak hotel yang ada di pulau ini tetapi pada waktu
hujung minggu, hari cuti atau terdapat even di pulau ini, kebanyakan hotel juga
telah pun penuh ditempah oleh pengunjung.
Anda harus melakukan persiapan awal sebelum datang di pulau
ini jika anda berhasrat tinggal di penginapan homestay. Kenapa harus homestay?
Sudah tentulah penginapan ini agak murah berbanding dengan hotel kerana banyak homestay yang menawarkan sewa bilik sahaja bagi pengunjung yang datang dalam jumlah yang sedikit dan juga pakej sebuah rumah bagi pengunjung yang datang secara beramai-ramai. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan selamat bercuti di Pulau Labuan.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.