Home » » Perlukah Buat Repot Polis Jika Mykad Hilang

Perlukah Buat Repot Polis Jika Mykad Hilang

Pernahkah anda mengalami hilang dokumen penting seperti Mykad? Dokumen ini amat penting sekali kerana pemilikan dokumen ini sebagai tanda anda adalah rakyat Malaysia yang sah. Oleh itu jangan ambil mudah jika dokumen ini telah tercicir sama ada berpunca dari diri anda sendiri atau pun sebaliknya.

Tahukah anda hampir setiap hari ramai yang memohon gantian semula Mykad di JPN kerana hilang atau tercicir? Mykad atau IC anda hilang menyebabkan banyak urusan anda sukar untuk dilakukan misalnya tentang urusan bank dan urusan lain-lain yang memerlukan pengesahan Mykad .

Artikel pada kali ini membincangkan, perlukah kita buat repot Polis apabila Mykad hilang? Sebenarnya, jika anda hilang Mykad berpunca dari kecuaian diri sendiri seperti tercicir, anda boleh datang terus ke mana-mana Jabatan Pendaftaran (JPN) yang terdekat dengan kediaman anda untuk mendapatkan semula gantian Mykad yang baru tanpa memerlukan apa-apa repot dari pihak Polis kerana sistem kerajaan sekarang tidak ingin menyusahkan rakyatnya sendiri dengan bersusah payah ke balai Polis semata-mata untuk membuat repot Polis atas kecuaian diri sendiri.
Mykad

Pada tahun 90an, mana-mana rakyat yang kehilangan Mykad harus untuk datang ke balai Polis untuk melakukan laporan tetapi pada masa sekarang seiring dengan perkembangan semasa kerajaan telah bersetuju untuk mana-mana rakyat Malaysia yang telah kehilangan Mykad boleh terus ke JPN tanpa merujuk ke balai Polis terlebih dahulu.

Repot Polis hanya dibuat jika kehilangan dokumen penting anda berpunca dari kejadian jenayah misalnya Mykad anda hilang disebabkan dicuri oleh pencuri, kebakaran rumah dan kemalangan. Walau begitu, jika Mykad anda hilang akibat tercicir dan anda ingin membuat satu laporan rasmi dari PDRM, anda tidak mempunya sebarang masalah untuk melakukan demikian kerana laporan Polis adalah hak anda.

Pada pandangan penulis, ada baiknya anda membuat laporan dari pihak Polis kerana dikhuatiri orang yang menjumpai Mykad anda melakukan hal yang tidak baik seperti menggunakan nombor telefon dari syarikat Telco dengan mendaftarkan atas nama anda, melakukan penipuan terhadap orang lain atas Mykad anda atau melakukan lain-lain kes jenayah dan ini akan menyebabkan satu masalah kepada anda satu hari nanti. Sekurang-kurangnya laporan Polis yang dibuat pada awal kehilangan Mykad, boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya orang lain menggunakan Mykad anda untuk tujuan yang tidak baik dikemudian hari.

Artikel ini adalah sebagai pendapat dan pengetahuan am anda sahaja dan bukannya mewakili prosedur yang ditetapkan dari JPN kerana prosuder mereka boleh berubah bila-bila masa, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai syarat-syarat kehilangan Mykad anda boleh terus datang ke mana-mana JPN untuk pertanyaan lanjut.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.