Home » » Pengalaman Tukar Minyak Enjin Kereta

Pengalaman Tukar Minyak Enjin Kereta

Pengalaman Tukar Minyak Enjin Kereta. Saya bukan lah pakar mengenai kereta tetapi, saya berkongsi cerita mengenai pengalaman saya sewaktu menukar minyak hitam atau minyak enjin keatas kereta saya di workshop atau bengkel.

Artikel ini mungkin amat berguna kepada sesetengah orang yang masih baru mengenai kereta, pertama kali menggunakan kereta sendiri dan hal-hal asas mengenai penjagaan kereta harus diberi perhatian terutamanya sekali dari segi penukaran minyak enjin. Minyak enjin perlu ditukar setiap berapa ribu kilometer perjalanan kenderaan anda untuk memastikan enjin kenderaan sentiasa dalam keadaan baik.

Pengalaman tukar minyak enjin di bengkel
Setiap beberapa bulan, apabila mileage atau kilometer yang tertera di bahagian meter kereta telah mencapai had untuk penukaran minyak enjin, saya akan menghantar kereta saya di bengkel yang berhampiran untuk menukar minyak enjin.

Saya selalu menggunakan minyak enjin jenama Shell kerana saya sering mengisi minyak di stesen minyak Shell. Bagi pandangan saya, penggunaan minyak enjin Shell amat sesuai jika anda mengisi minyak petrol daripada Shell kerana, kualiti petrol dan minyak hitam berhubung kait dengan teknologi yang digunakan oleh Shell. Setakat ini, saya merasakan sendiri secara peribadi, pengunaan minyak Shell amat jimat sekali.
Minyak enjin
Sebelum saya menghantar kereta di bengkel, saya akan singgah di stesen minyak Shell untuk membeli minyak enjin Shell. Saya melakukan pembelian di stesen minyak Shell kerana untuk menjamin keaslian minyak enjin Shell, maklumlah pada masa sekarang, terlalu banyak produk minyak hitam tiruan yang dijual di pasaran.

Sesetengah stesen Shell menjual oil filter sekali, oil filter ini berfungsi sebagai penapis minyak dan harga bergantung kepada jenama oil filter. Jika anda membeli oil filter jenama Jepun, harga agak tinggi berbanding dengan oil filter jenama biasa.

Bagi pandangan saya, jika perjalanan melibatkan jarak yang dakat sehari-hari, berbaloilah dengan hanya membeli oil filter jenama biasa, walau begitu jika anda mementingkan jenama dan kualiti, belilah jenama yang telah tersohor misalnya daripada jenama Mitsubishi atau yang lain-lain.

Apabila saya selesai membeli keperluan yang perlu ditukar, saya akan membawa minyak enjin dan penapis minyak enjin ke bengkel yang berdekatan. Saya selalunya akan menghantar kereta di bengkel yang saya biasa bawa kereta termasuklah ketika saya melakukan pembaikan keatas kereta saya semasa mengalami kerosakan-kerosakan kecil.

Persoalan ini mungkin sering bermain di fikiran anda semasa mula-mula membeli kereta, berapakah ribu kilometer kah perlu menukar minyak hitam? Baik, berdasarkan nasihat dari mekanik yang berpengalaman, had maksima minyak enjin digunakan adalah sebanyak dua belas ribu lebih kilometer bersamaan dengan tujuh ribu lebih batu, barulah minyak enjin anda perlu ditukar.

Sesetengah pihak mengatakan, anda perlu menukar minyak hitam apabila milage mencapai 3000 km atau 5000 km dan sesetengah yang lain mengatakan anda perlu menukar minyak enjin apabila mencapai 7000 km.

Sebenarnya menurut pakar kejuruteraan automotif yang telah saya baca di artikel luar negara,  penukaran minyak enjin bergantung kepada had maksima yang ditetapkan oleh pengeluar minyak enjin itu sendiri dan bukannya dengan melihat minyak enjin yang kelihatan hitam dan sesetengah mekanik mengatakan, apabila minyak enjin telah berwarna hitam, anda perlu menukar minyak hitam kerana dikhuatiri terkumpulnya keledak di dalam enjin yang boleh merosakkan enjin kereta anda.

Sebenarnya, mitos ini adalah tidak benar kerana berdasarkan kualiti dan teknologi  sekarang, pakar-pakar jurutera automotif telah mencipta minyak enjin yang mampu beroperasi sehingga dua belas ribu lebih kilometer tanpa mengalami kerosakan keatas enjin kenderaan anda.

Minyak enjin yang berwarna hitam adalah menunjukkan minyak enjin itu telah bekerja yang sepatutnya ia bekerja. Bagi saya yang setakat berada di pulau yang kecil ini, saya akan menukar minyak enjin sehingga dua belas ribu kilometer dan setakat ini, kereta yang saya gunakan telah mencapai  5 tahun tanpa sebarang masalah enjin kereta.

Melalui pemerhatian saya, kebanyakan pengguna di Malaysia akan menukar minyak enjin mereka sehingga mencapai  5000 km atau sehingga mencapai 7000 km. Bagi pandangan saya, menukar minyak enjin pada waktu 5000 km agak merugikan anda kerana sebenarnya, anda masih boleh menggunakan kenderaan  anda sehingga mencapai 12,070 km .

Walau begitu, anda harus tahu berapa kilometer kah yang disyorkan oleh pengeluar minyak enjin keatas minyak enjin yang anda gunakan.

Baik, apabila saya sampai di bengkel kereta, mekanik akan menggunakan car jack untuk mengangkat bahagian hadapan kereta untuk memudahkanya untuk membuka penapis minyak (oili filter) yang lama dan mengantikan oil filter tyang baru.

Apabila mekanik membuka oil filter yang lama, minyak enjin atau minyak hitam akan keluar melalui saluran dari tempat oil filter dibuka itu tadi. Proses akan memakan masa beberapa minit untuk  minyak hitam akan keluar sepenuhnya. Sesetengah bengkel menggunakan mesin penyedut khas untuk mengeluarkan minyak enjin dari kereta tanpa membuka oil filter terlebih dahulu.

Apabila selesai proses mengeluarkan minyak enjin, mekanik akan menukar oil filter yang baru dan barulah mengisi minyak enjin yang baru.

Selesai, selalunya mekanik akan meminta upah sebanyak RM10 untuk penukaran minyak enjin ini tetapi sesetengah tempat, ada yang mengenakan upah sehingga RM 20 hingga RM30. Upah sebanyak RM30 diketegorikan amat mahal kerana proses menukar minyak hitam hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.