Home » » Pengalaman Fuel Pum Proton Gen-2 Rosak

Pengalaman Fuel Pum Proton Gen-2 Rosak

Pengalaman fuel pum proton Gen-2 rosak. Beberapa tahun yang lepas, semasa saya cuba menghidupkan kereta proton Gen-2, kereta ini hidup secara normal tetapi dalam beberapa minit, kereta Gen-2 ini mati secara tiba-tiba seolah-olah minyak tidak berfungsi dengan baik.

Pada mulanya, saya merasakan kereta ini mengalami masalah pada bateri kereta memandangkan bateri kereta ini telah lama saya gunakan. Memang agak pelik kerosakan ini kerana sebelum ini kereta Gen-2 yang saya selalu gunakan tidak mengalami masalah enjin mati secara tiba-tiba.

Bertanya pada kawan-kawan
Pada mulanya, saya cuba menghubungi kawan-kawan saya yang arif mengenai kereta tetapi mereka mengatakan ianya berpunca dari bateri kereta yang telah weak atau bateri yang telah sampai tempoh untuk diganti dengan bateri kereta yang baru.

Fuhh, kereta apabila mula meragam, segala perancangan kita pada hari tersebut segalanya tidak menjadi seperti yang dirancang. Pada mulanya, saya memang berkira-kira untuk membeli bateri kereta yang baru tetapi, saya mula memikirkan jika masalah bukan berpunca dari bateri tentunya saya akan mengalami kerugian kerana membeli  alat ganti yang tidak betul.
Hubungi mekanik
Saya cuba menghubungi pula dengan mekanik yang saya kenali dan dia mengatakan hal yang sama iaitu masalah berpunca dari bateri yang lemah. Walau begitu mekanik tersebut mengatakan kemungkinan terdapat masalah lain jika bukan  berpunca dari bateri. Mekanik itu juga mengatakan, enjin mati berpunca banyak sebab dan dia tidak memberikan jawapan yang tepat kerana kereta tersebut harus diperiksa terlebih dahulu dan mengarahkan saya menghantar kereta Gen-2 ke bengkelnya.

Hubungi panel insuran untuk  towing kereta
Saya sebenarnya tidak pakar mengenai kereta tetapi berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilalui mengenai kereta, saya akan berkongsikan kepada semua pembaca untuk dijadikan sebagai panduan. Mahu tidak mahu, saya terpaksa menghubungi panel insuran untuk menarik kereta Gen-2 menggunakan towing ke bengkel yang berdekatan. Dalam masa kurang setengah jam, kereta towing daripada panel insuran telah tiba dan membawa kereta Gen-2 ke bengkel kenalan saya.

Punca kereta sukar hidup kerana masalah fuel pump
Apabila sampai di bengkel, mekanik telah melakukan pemeriksaan keatas kereta tersebut dan dalam masa beberpa minit sahaja dia telah mengetahui punca  masalah kereta tersebut iaitu berpunca dari fuel pump yang gagal berfungsi. Lokasi fuel pump Gen-2 berada di tengah-tengah di kerusi penumpang belakang. Pada mulanya saya merasa pelik kenapa mekanik membuka kusyen penumpang belakang, rupanya disinilah lokasi fuel pum Gen-2. Mekanik memberitahu, motor fuel pum tersebut telah rosak dan harus diganti dengan  baru.

Cari alat ganti fuel pump
Bengkel yang saya hantar kereta ini tidak menyediakan alat ganti kereta, saya terpaksa pergi mencari alat ganti fuel pump sendiri di kedai alat ganti kenderaan. Oh ya, kejadian saya mengalami kerosakan fuel pum kereta Gen-2  semasa berada di pulau Labuan. Semasa saya mencari-cari alat ganti yang ada di pulau ini, saya menjumpai sebuah kedai alat ganti yang menjual set fuel pump hanya berharga RM120 buatan Korea. Saya segera membeli fuel pump ini dan membawa ke bengkel. Setibanya di bengkel, mekanik cuba membuat pemasangan fuel pump yang baru keatas Gen-2 tersebut, Malang sekali buat saya, fuel pump tersebut tidak berfungsi.

Saya terpaksa mengembalikan semula ke kedai alat ganti dan cuba berbincang dengan pemilik kedai alat ganti untuk menukar dengan jenama lain tetapi kedai alat ganti tersebut tidak mempunyai alat ganti fuel pump Gen-2 selain dari jenama buatan Korea. Nasib baik lah pemilik kedai tersebut bersetuju  untuk mengembalikan wang saya semula.

Saya cuba mencari kedai alat ganti yang lain dan menjumpai sebuah kedai alat ganti bertempat di Sebor Labuan tetapi fuel pump berharga agak mahal iaitu berharga RM199 dan hanya dapat dikurangkan menjadi RM190. Pemilik kedai alat ganti mengatakan fuel pum tersebut adalah asli daripada Proton. Walaupun harga agak mahal dari harga sebelum ini saya terpaksa membeli fuel pump tersebut dan membawa ke bengkel semula.

Dalam beberapa minit, mekanik tersebut berjaya melakukan pemasangan fuel pump yang baru keatas Gen-2  tersebut dan beliau cuba menghidupkan enjin. Hany sekali pulas kunci pada stater, enjin kereta dapat dihidupkan secara normal. Mekanik mengatakan kepada saya, jika masalah pada fuel pump, jika bukan pada bahagian motor yang telah rosak, kemungkinan pelampung pada bahagian fuel pump telah rosak.

Jika anda mengalami hal yang sama, enjin kereta mati secara  tiba-tiba, kemungkinan besar masalah berlaku pada  fuel pump kereta anda. Pernah sekali baru-baru ini, semasa memandu kereta Gen-2  tiba-tiba kereta Gen-2 seolah-olah kehilangan kuasa pada tekanan minyak dan mati secara tiba-tiba. Minyak petrol telah keluar dengan banyak pada bahagian tangki minyak, apabila mekanik melakukan pemeriksaan keatas fuel pump, rupanya getah saluran petrol yang bersambung dengan fuel pump telah tercabut.

Setelah mekanik menambahkan ikatan keatas getah saluran petrol, masalah tersebut berjaya diatasi. Saya berharap, artikel mengenai pengalaman ini boleh dijadikan sebagai panduan keatas diri anda di masa-masa  akan datang. Sekian.


« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

1 comments:

Entry yang bagus dan sangat membantu. Saya pemilik kenderaan jenis Proton Saga FLX. Kenderaan saya berusia 4 tahun. Baru-baru ini saya mengalami masalah yang sama. Bila saya bawa ke bengkel, mekanik periksa dan terus mengatakan masalah berpunca dari Fuel Pump yang telah rosak. Awalnya, mekanik tersebut memasang Fuel Pump bagi kenderaan Proton Saga BLM. Tetapi kereta saya masih alami masalah yang sama (tidak boleh start dan kalau boleh pun, tidak pick up bila masuk gear, seolah-oleh enjin semput). Jadi mekanik terpaksa order Fuel Pump Proton Saga FLX juga yang pada waktu itu diorder dari Kuala Lumpur. Katanya di Kota Kinabalu mencecah harga Rm400. Jadi saya terpaksa tinggalkan kereta untuk 2 hari dibengkel tersebut. Selepas dibuat pemasangan, kereta saya pulih seperti sedia kala. Total harga keseluruhan termasuk harga pemasangan ialah RM370. Minta kurang dapatlah RM350. Sekian untuk perkongsian respon saya.

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.