Home » » Panduan Benar Beli Insuran Perubatan Dan Nyawa

Panduan Benar Beli Insuran Perubatan Dan Nyawa

Panduan Benar Beli Insuran Perubatan Dan Nyawa. Beberapa hari lalu, saya telah membaca sebuah buku artikel mengenai panduan membeli insuran perubatan dengan betul. Artikel tersebut menceritakan secara panjang lebar mengenai kepentingan insuran perubatan kepada manusia.

Pada pandangan anda sendiri, sejauh mana insuran itu membantu anda dan keluarga anda di masa akan datang? Setiap tahun, pelbagai syarikat insuran  bagaikan candawan tumbuh selepas hujan.

Ia sebenarnya baik untuk kerancakan pertumbuhan syarikat di Malaysia tetapi, adakah syarikat tersebut benar-benar memberikan insuran untuk kebaikan kepada masyarakat atau hanya semata-mata untuk wang?

Artikel ini adalah panduan asas bagaimana caranya memilih insuran terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda.
Insuran perubatan dan nyawa
Baca terma dan syarat
Jika anda berhasrat untuk membeli insuran perubatan, datanglah ke mana-mana cawangan wakil insuran di tempat tinggal anda.

Selalunya syarikat insuran terbaik memiliki cawangan syarikat wakilnya sendiri di kebanyakan semua negeri dan daerah. Sebelum anda mengambil apa-apa insuran, pastikan anda memahami sepenuhnya terma dan syarat dari syarikat insuran tersebut.

Ini penting untuk sebagai rujukan dan anda faham tentang kehendak syarikat tersebut. Sebenarnya, semua keputusan tentang kos perubatan adalah bergantung dengan terma dan syarat syarikat insuran.

Tahukah anda kenapa syarikat insuran perubatan dan nyawa berani mengambil risiko untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan pampasan kematian kepada seseorang individu itu?

Jawapannya amat mudah, senarai penyakit dan kematian seseorang dalam terma dan syarat insuran adalah perkara jarang dihadapi oleh semua orang, walau begitu, masih banyak lagi syarikat insuran yang berani mengambil risiko untuk untuk menyenaraikan beberapa penyakit yang sering dihidapi oleh manusia sebagai tarikan utama pakej insuran mereka.

Sesetengah syarikat insuran, hanya menyenaraikan beberapa jenis penyakit sahaja misalnya seperti blood poison, sedangkan penyakit ini amat jarang dihidapi oleh manusia tetapi pihak insuran telah menyenaraikan jenis penyakit ini dalam plan insuran mereka.

Kenapa mereka tidak senaraikan penyakit yang sering dihidapi oleh manusia seperti penyakit jantung, strok atau sebagainya? Ini adalah strategi pihak insuran untuk mengelak penyakit-penyakit yang sering dihidapi oleh masyarakat.

Kadang-kadang, terdapat syarikat insuran dalam terma dan syarat mereka mengenai jenis kematian seseorang individu itu lebih kepada menganak tirikan individu yang bekerja dalam suasana yang berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan dan mengenai keselamatan diri.

Misalnya, terdapat syarikat insuran tidak berani memberi insuran nyawa kepada pasukan keselamatan kerana pekerjaan ini amat berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan atau kematian.

Panel-panel Perubatan
Hal ini penting untuk diketahui untuk anda mengetahui panel klinik atau hospital untuk perubatan anda. Sesetengah insuran tidak akan membayar kos perubatan terhadap klinik atau hospital swasa yang bukan dalam senarai panel mereka.

Walau begitu, syarikat insuran terbaik memiliki banyak klinik panel perubatan di seluruh Malaysia. Misalnya klinik Polyclinic adalah syarikat swasta yang memiliki banyak cawangan di seluruh negara ini. Beberapa Syarikat insuran telah memilih panel ini sebagai panel rawatan untuk ahlinya.

Melalui pandangan orang ramai syarikat insuran yang memilih panel klinik ini dikira mempunyai reputasi baik kerana bayaran kos perubatan di klinik ini amat mahal tetapi amat berbaloi untuk menerima rawatan di klinik ini kerana perkhidmatan yang dikira baik.

Apakah insuran terbaik?
Pada pandangan anda, apakah insuran perubatan dan nyawa yang memberikan perkhidmatan terbaik? Walau terdapat beberapa insuran yang gah di negara kita, belum tentu lagi syarikat ini akan memberikan perkhidmatan terbaik terhadap ahlinya.

Bagi pandangan saya berdasarkan rujukan-rujukan dalam beberapa artikel, membeli insuran perubatan terbaik adalah anda mesti merujuk kepada hospital swasta. Hospital swasta memiliki reputasi terbaik dalam perubatannya kepada pesakit, walau begitu, bayaran yang dikenakan amat mahal dan sukar ditanggung oleh individu yang berpendapatan rendah.

Jika anda telah bersedia untuk mendapatkan insuran perubatan dan nyawa anda, nasihat saya, datanglah ke mana-mana hospital swasta yang terkenal di tempat anda. Apabila anda sampai ke hospital swasta tersebut, pergi ke kaunter pertanyaan dan tanya pekerja yang bertugas dengan pertanyaan seperti ini,

'' cik/tuan, saya berhasrat untuk mengambil insuran yang terbaik untuk diri saya, apakah syarikat insuran yang tidak mempunyai sebarang masalah tentang kos rawatan pembayaran kepada pesakitnya?'' 

Apabila anda mengajukan pertanyaan seperti itu, sudah tentunya staff di kaunter akan memberikan semua maklumat syarikat insuran terbaik kepada anda. Dari sini lah anda mengetahui siapa syarikat insuran yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Bagaimana? Mudah bukan, saya, berharap artikel ini memberikan manfaat kepada anda dan jadikan sebagai panduan di masa akan datang atau semasa anda berkira-kira untuk mendapatkan insuran yang baik dari segi pengurusan kos perubatan dan nyawa anda. Walau bagaimanapun, pilihan di tangan anda, have a nice day!

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.