Home » » Minyak Tawon Amat Popular Di Indonesia

Minyak Tawon Amat Popular Di Indonesia

Beberapa bulan yang lepas, seorang kawan saya telah memberikan satu botol minyak yang digelar minyak Tawon buatan dari Negara Indonesia. Pada masa itu, kebetulan telinga saya sakit akibat jangkitan disebabkan oleh kulat.

Kawan saya mengatakan, neneknya yang berasal dari Indonesia membawa beberapa botol sebagai buah tangan dari Negara berkenaan. Pada mulanya, saya merasa ragu-ragu dengan ubat ini, tetapi berdasarkan bau minyak saya merasakan, ada sesuatu yang istemewa mengenai minyak ini.

Semasa saya mengalami sakit telinga, saya cuba menggunakan minyak ini selepas, puas menerima rawatan di hospital untuk rawatan telinga saya disebabkan jangkitan ini mungkin akibat selalu mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas dan air telah memasuki salur telinga saya dan inilah yang telah menyebabhkan jangkitan.

Saya menggunakan minyak ini dengan mencelupkan putik kapas kearah minyak Tawon dan saya akan secara perlahan-lahan putik kapas ke telinga saya yang mengandungi minyak Tawon. Semasa minyak ini memasuki telinga, saya merasa sedikit kehangatan dan sejuk dalam salur telinga. Saya menggunakan minyak ini dalam anggaran dua kali sehari dan saya pastikan telinga saya  tidak dimasuki olelh apa-apa air semasa mandi.
Minyak herba
Minyak Tawon
Amat menakjubkan, telinga saya telah mengalami tanda-tanda penyembuhan selepas dua hari menggunakan minyak ini, saya  menggunakan minyak ini sehinggalah telinga saya sembuh sepenuhnya. Saya cuba menyelidiki daripada apakah bahan minyak ini dibuat dengan mencari sedikit informasi dari Negara Indonesia melalui carian internet.

Melalaui pembacaan saya, minyak ini amat popular di Negara berkenaan dan kebanyakan blogger dari Negara jiran melakukan penulisan tentang kebaikan minyak ini. Apa yang saya tahu, minyak ini wujud pada tahun 1912 lagi dan dicipta oleh seorang Cina Indonesia bernama Li A Liat.

Melalui pandangan saya, minyak ini mampu bertahan 100 tahun lebih disebabkan adanya rahsia hebat mengenai minyak ini dan sehingga kini perniagaan minyak Tawon diterajui oleh cucu Li A Liat sendiri dengan nama Perusahaan Minyak Tawon Jaya Mankasar Indonesia.


Minyak ini sebenarnya berdasarkan adunan herba-herba yang hebat yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit kulit, sakit sendi, sakit kepala, sakit gigi, dan pelbagai lagi. Jika anda ke Indonesia untuk melancong atau bercuti, saya syorkan jangan lupa untuk membeli minyak ini untuk dijadikan sebagai buah tangan  untuk keluarga anda di  Malaysia. 






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.