Home » » Kenapa Perlu Membeli Secara Online Di Lelong.com.my?

Kenapa Perlu Membeli Secara Online Di Lelong.com.my?

Kenapa Perlu Membeli Secara Online Di Lelong.com.my? Saya ingin berkongsi kepada anda tentang satu laman web e-dagang dimana web ini adalah antara yang paling popular di Malaysia iaitu lelong.com.my.

Ibupejabat bagi pengurusan web site ini bertempat di Selangor dan mereka menguruskan web ini dengan amat baik sehinggakan berjaya mengumpul ramai pembekal dan penjual kedai secara online di web ini.

Jika anda berkesempatan mengunjungi web berkenaan, anda akan melihat beribu barangan popular di jual di web ini dan bagi pandangan saya, web ini adalah milik tempatan yang paling berjaya di negara ini.

Saya sendiri telah beberapa kali melakukan pembelian di laman ini tanpa sebarang masalah untuk barangan yang saya tempah sampai di rumah saya.  Benarkah melakukan pembelian barangan di web ini selamat?

Secara peribadi, jika anda melihat bagaimana sistem mereka bekerja, pengurusan Lelong.com.my sebenarnya telah berusaha untuk membolehkan pihak pembekal supaya berlaku jujur kepada pelangganya dengan transaksi melalui bank, paypal, kad kredit , debit kad, trekking number, pemberian taraf star lima bintang kepada pembekal berdasarkan feedback dari pembeli mereka.
lelong.com.my
Web http://www.lelong.com.my/
Oleh yang demikian, jika pembekal atau penjual kedai online diberikan feedback negative dari pembeli berdasarkan barangan yang kurang berkualiti, ini memberikan impak negative secara keseluruhan kebolehpercayaan pelangan kepada pembekal tersebut.

Ini bermakna, tips terbaik semasa membeli barangan di web ini, amat penting anda melihat feedback dari pembeli-pembeli sebelum ini sebelum anda mengambil keputusan membeli barangan di kedai online daripada Lelong.com.my.

Jika anda melihat rata-rata pembeli sebelum ini kebanyakannya memberikan feedback negative, ini menunjukkan pembekal tersebut tidak memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelangganya kerana, hanya pembeli sahaja yang layak memberikan feedback positif atau negative terhadap pembekal.

Sekiranya, pembekal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangganya, rata-rata pembeli deng secara rela, memberikan feedback positif kepada pembekal tersebut.

Web ini dikunjungi oleh berpuluh ribu orang setiap hari dan, tahukah anda? Web ini adalah antara website yang paling kerap dikunjungi oleh rakyat di Malaysia berdasarkan ranking yang diberikan oleh alexa.com.

Dianggarkan beribu-ribu transaksi daripada orang ramai di laman web ini setiap hari dan ia telah menguntungkan pembekal yang berlaku jujur di web ini kerana pelangganya terdiri dari rakyat Malaysia dari seluruh Negara.

Barangan yang dijual di laman web ini dari barangan rumah, fesyen, alat kecantikan, perabut, barangan elektrik, gadget, pakaian, kasut, buku-buku, kereta, alat ganti kenderaan, dan bermacam-macam lagi dijual oleh kebanyakan pembekal dengan harga yang amat murah dan anda bebas untuk menilai dan memilih barangan yang ditawarkan.

Walau begitu, anda harus bijak memilih barangan yang dijual dengan harga murah dengan menilai semula kos penghantaran yang ditawarkan sendiri oleh pembekal.

Sebenarnya, pihak Lelong, menawarkan sesiapa sahaja pembekal dan penjual dalam talian dengan menyewa tapak kedai online dari mereka dan ini tidak merugikan pembekal yang jujur kerana jika anda jujur kepada pelanggan anda akan berjaya dengan hanya membuka kedai online dengan menyewa tapak melalui web ini.

Apa tidaknya anda akan berjaya kerana, laman web ini amat sesak dengan pembeli dalam talian dari serata negara Malaysia. Ia umpama, seperti shopping kompleks di Sogo Kuala Lumpur yang sentiasa sesak dengan orang ramai kerana promosi gila-gila yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.