Jadual di bawah adalah jadual perjalanan feri ekspress daripada Pulau Labuan ke tanah besar umpamanya dari pulau ini ke Menumbok, Negara Brunei, Sipitang, Lawas, Kota Kinabalu dan juga jadual pelayaran ke pulau ini.
Dengan adanya jadual ini, ia serba sedikit boleh membantu anda atau orang ramai tanpa ke terminal feri untuk mendapatkan jadual perjalanan ini.
Walaupun begitu, anda dinasihatkan untuk merujuk terus kepada pengusaha-pengusaha bot ekspress untuk mendapatkan jadual perjalanan lanjut kerana dikhuatiri terdapat perubahan pada jadual perjalanan.
Perjalanan pelayaran selalunya sama pada ketetapan seperti di dalam jadual tetapi sekiranya terdapat masalah seperti kerosakan enjin bot, masalah cuaca, kemungkinan besar, terdapat perubahan pada masa pelayaran.

JADUAL TERKINI PERJALANAN FERI EKSPRESS/SPEED BOT PULAU LABUAN
|
MASA PERJALANAN
|
KOTA KINABALU KE LABUAN
|
8.00AM & 1.00AM
|
LABUAN KE KOTA KINABALU
|
8.00AM & 1.00AM
|
BRUNEI KE LABUAN
|
7.00AM, 8.00AM, 8.30AM, 9.00AM & 1.00PM & JUMAAT-AHAD -1.30PM, 4.30PM
|
LABUAN KE BRUNEI
|
8.00AM, 11.00AM 12.15PM, 2.00PM, 4.00PM & 4.30PM
|
LABUAN MENUMBOK
|
SPEED BOT JAM 7.00AM HINGGA JAM 5.00PM
|
MENUMBOK LABUAN
|
SPEED BOT JAM 7.00AM HINGGA JAM 5.00PM
|
LABUAN KE LAWAS
|
12.30PM
|
LAWAS KE LABUAN
|
8.00AM
|
LABUAN KE SIPITANG
|
9.00AM & 1.00PM
|
SIPITANG KE LABUAN
|
9.00AM & 10.00AM
|
LIMBANG KE LABUAN
|
12.30PM & 2.00PM
|
LABUAN LIMBANG
|
7.30PM & 8.00AM
|
Sekiranya anda ingin menaiki feri kenderaan, anda boleh merujuk dengan mengklik link ini JADUAL TERKINI FERI KENDERAAN LABUAN (RO-RO).
*Penulis Tidak Bertanggungjawab Di Atas Sebarang Perubahan Jadual Perjalanan.Sila Hubungi Pengusaha bot/feri Untuk Maklumat Lanjut*
Cara menaiki speed bot di Terminal Feri Antarabangsa Labuan
*Penulis Tidak Bertanggungjawab Di Atas Sebarang Perubahan Jadual Perjalanan.Sila Hubungi Pengusaha bot/feri Untuk Maklumat Lanjut*
Cara menaiki speed bot di Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Untuk makluman anda, kaunter tiket akan beroperasi di terminal ini seawal anggaran jam 6.40 pagi dan jika anda awal mendapatkan tiket di kaunter, anda akan menaiki speed bot ke Menumbok dalam anggaran 7.30 pagi. Semasa artikel ini ditulis, harga bagi tiket setiap penumpang adalah sebanyak RM07.50sen. Selepasa anda mendapatkan tiket anda, sila tunggu di tempat duduk disediakan untuk ruang menunggu. Anda boleh melihat di skrin TV yang disediakan untuk melihat status dan nombor bot anda. Walau begitu, setiap bot yang akan berlepas, anda akan mendengar pengumuman dari staff terminal dengan menggunakan pembesar suara.
Cara menaiki speed bot dari Menumbok ke Labuan
Anda boleh mendapatkan tiket anda di Terminal feri Menumbok di kaunter yang disediakan oleh pengusaha bot di kawasan tersebut. Harga bagi tiket untuk setiap penumpang adalah sebanyak RM07.50sen. Apabila anda selesai mendapatkan tiket anda, tunggu segera di ruang menunggu yang disediakan. Setiap bot yang akan berlepas akan diumumkan melalui pembesar suara. Sekiranya nombor bot seperti yang tertera di tiket dipanggil untuk berlepas, anda boleh segera ke jeti dimana bot laju menunggu. Perjalanan ke Labuan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk sampai jika bot tidak mengalami sebarang masalah.
Bagi anda yang pertama kali datang bercuti ke Labuan, baca juga, Tempat Menarik Di Labuan Wajib Dikunjungi.
Bagi anda yang pertama kali datang bercuti ke Labuan, baca juga, Tempat Menarik Di Labuan Wajib Dikunjungi.
Nasihat-nasihat kepada penumpang
Setiap penumpang yang menaiki bot atau feri, anda dinasihatkan datang awal di terminal feri untuk mengelakkan anda dari terlepas feri anda. Tips dari penulis, semasa menaiki bot atau feri, pastikan anda melihat dimana kedudukan jaket keselamatan dan pelampung keselamatan (life buoy) untuk persediaan keselamatan.
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.